life is beautiful

life is beautiful

Monday, July 22, 2013

ramadhan 2013

Ramadhan kali ini as usually, takde berbuka beriya sangat pung. Macam tahun yg sudah. Kalau tak aku yang masak lauk, kami beli je kat bazar. Beli pun tak banyak. Cukup la anak beranak makan. Since aqif pun dah pandai nak makan sama. Amboi kemain anak bujang umi, orang nak berbuka suap nasik, dia pun sibuk jugak nak suruh kita suap dia. Ohoii.

Persiapan raya?
Hurm, nope. Belum beli lagi. Wakakaka. Nampak sangat sedih sebab tahun ni raya kat kl. KL ok. I jadik orang kl la ini tahun. Silap silap raya pertama laki dah ajak tengok wayang. Eh takdela satu barang pun aku tak beli. Baju dah tempah. Siap dah pun. Sedongdong lagi dengan anak bujang beta. Anak amik lebihan kain mak. Jimat weyy. Laki je mengada  taknak beli baju. Nak pakai sangat baju yang beli kat indon last year. Yelah, suka hati awak la. Awak kan ketua keluarga, ketua ekonomi rumahtangga. Kehkehkeh.

Kuih raya pun tak banyak yang dibeli. Dua tiga jenis tu ada la jangan takde langsung. Kang kalau kaum kerabat datang nak hidang ape? aku mana pandai masak sangat. Buat makan laki bini boleh la. Eh tapi kan, aku ada azam yang tahun ni nak buat kiuh raya sendiri. Kagum tak? kagum tak. Hihihi. Ate, oven kat rumah tu sampai berhabuk tak digunakan. Maka tahun ni ayuh! mari lah kita. Do support me ye hubster. :)

Sebenarnya banyak nak beli ni. Beratur dalam list. Tapi mood raya tu belum mari apacito? Entahla,  tunggu lah dulu esok esok ke. Hubster pun tengah free sekarang. Boleh la ajak pegi mana mana. Jangan esok dia dah busy baru hegeh hegeh nak ajak, sorry lah yek. Awal awal aku dah kena sound gitu. Ai gov bila nak kasi bonus raya ni. Orang nak pakai duit. Wuwuwu. Keja makan gaji, kena la harap monthly payment and bonus. Kalo bonus ilek tahun ni, kita raya cam biasa jela. Oh sedih.

Dah la, tak tahu nak cakap ape dah. Yang pastinya tekak bulan posa ni memang macam tekak perempuan ngandung. Itu nak ini nak. Hahahaha.







No comments: