life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 09, 2013

Salam Ramadhan

Esok dah nak puasa. Tapi masalahnya bersediakah aku? Eh, apasal pulak tak bersedia? Kan ke dah lama mengharungi bulan ramadhan di tahun tahun yang lepas? Kuikuikui, ater aku ni kan ibu menyusukan anak maka wajib dah aku ni nak kena risau pasal nanti susu aku akan berkurangan sebab kurang minum air. Amboi panjang dia punya jawapan ye. Mihmihmih.

Lately ni aku dah syak yang aku dilamun kemerunduman susu. Ada, tapi sikit. Means selalu kalau pump siang hari  dapat le +5oz. Ini aku tengok nak cecah 5oz pun semput. Tapi pagi tetap maintain. Up to+7oz. Maka aku dah risau. Bukan takde stok kat dalam freezer tu cuma yelah, aku kan umi maka risau tu melampau la. Get it? Tapi aku ada gak bermonolog dengan diri sendiri. Mungkin dah tiba masanya. Mungkin rezeki aqif dah tertulis sampai disini. Macam yang pernah aku cakap kan dulu. Jangan menidakkan rezeki yang tuhan beri. So aku redha je. Korang jangan la nak cakap kat aku kena makan itu makan ini, buat itu buat ini. Badan aku, aku tahu lah macam mana. Aku dah ada feel sikit la yang susu tu semakin kurang dan terus kurang. I is so sad. ;'(

Dah, toksah nak sesedih lagi. At least aku dah selamat memberi penyusuan secara eksklusif pada aqif dari lahir hingga umurnya 6 bulan. Syukur sangat. Murah rezeki anak. (pujuk diri sendiri)

Dalam nak menyambut bulan ramadhan esok hari aku dikhabar kan berita yang gembira. Eh gembira ke tak? Ehehehe gembira lah jugak sebab building plan rumahku syurgaku sudah lulus. Alhamdulillah. Lama dah submit baru sekarang diluluskan. Siap dari anak aku tak pandai menyusu botol kini dah nak berjalan kot. Tapi faham faham saja la, once building plan dah lulus kau kena mengadap step yang seterusnya iaitu sediakan duit utk lawyer fee. Adeh, nak kena ikat perut la nampak gayanya. Biasalah, aku beli rumah yang sangat special (eceh!). Beli tanah, tukar nama dalam geran, submit building plan, then the end step barulah apply loan buat rumah pulak. Get it? Renyah. Tapi itu lah yang aku dan mr.hubster mampu. Nak duduk sangat rumah lot bawah khenn. So hadap.

Balik ni nak kena discuss balik dengan mr.hubster. Nak kena calculate balik ni kewangan keluarga. Laki aku  kan menteri kewangan. Tukang cari duit. Aku tukang arrangement je. Mihmihmih. Baru lepas kenduri aqiqah aqif, ingatkan boleh la berjimba kejap, tapi apakan daya datang pulak benda yang memerlukan duit ni. Eh kenduri aqif aku tak cerita lagi eh? Hahahaha ada, ada tu aku dah draf. Tapi tak complete lagi. Nampak nau umi aqif ni sibuk kan. Nanti aku publish ye. Eleh bajet macam blog kau ni ramai pembaca je. Aak?

Well, tu jelah nak membebel. Takde lain dah. Kalau ada pun next entry la ye. Aku ni kat ofis. Pakai pc ofis. Duduk lelama kang macam tak berapa best la pulak. Gov bayar gaji kau bukan suruh update blog. Suruh kau keja. Ingest bahan. Print bahan. Transfer bahan. Reti.

Selamat menyambut ramadhan uolls. 
Puasa, jangan memonteng ye. 
Jangan tinggal solat tarawikh! (ingatan pd diri sendirik)
Akhir kata,

Saya dah botak! Ada macam abam dom dalam fast6 tak? Hehehehe
Bai!






No comments: