life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 16, 2013

superbzweekend

Elok amik aqif dari rumah mak nya petang jumaat hari tu terus dia demam kaw kaw sek. Serius tak pernah demam macam gini weh. Dah la puasa. Aku dengan balik terkejar kejar amik aqif, nak masak lauk berbuka lagi, tak mandi tak hapa, terus melayan anak yang domam. Cececeaaa. 

Of course umi risau temperature dah naik 39. Ini kalau biarkan confirm gigil anak aku. So lepas berbuka, kami lakibini terus pecut ke ppum. Dengan harapan boleh lah dipantau nya dengan teliti. Well, dah kata hospital separa gov maka tak lari lah, harus kena tunggu jugak. But still nasib baik cz kat ppum ada disediakan jabatan kecemasan utk baby n kanak kanak. So kau tak payah nak tunggu lagi berejam rejam rejam dengan pesakit dewasa yang lain. Fuhh selamat. 


Kasihan bukan? Dah la kepala botak, memang kau rasa haba panas tu direct ke telapak tangan kau. Ini pun dah banyak kali tuam dah. Sampai haba panas pun dah berpindah ke tuala sekali. Memang melepek je la satu hari tu. Dah la mata jenis kuyu. Setim. Bila pandang orang, muka mintak simpati. Kau yang sebagai mak ni tak ke sedih tengok anak rupa macam tu? Wuwuwuwu. Dua tiga malam lah jugak kami lakibini mentidor kat luar. Sakit tulang belakang ni haa. Tapi takpe, demi anak nak sihat kami ignore je. Dalam pada demam, budak kecik ni aktif jugak. Minum susu mahu. Cuma makan je kurang. Suku bubur je. Penat umi tanak bubur awak tapi awak cannot go. Sobs.



Nampak macam bapak mithali dah tu. Kehkehkeh. Well, dia yang concern lebih. Umi relaks ok. Biasalah anak nak beralih bulan barangkali. Ada lah tu keja dia yang dia akan dapat nanti. Tak berjalan or nak tumbuh gigi lagi ni. Sabau jela. Dua hari weekend tu memang duduk rumah jela. Kasi anak bebetul sihat. Jaga dia. Cuaca sekarang ni pun boleh tahan. Kejap jerebu kejap panas. La ni hujan je pulak. Tu yang efek pada budak tu. Doc kata once dia tak muntah is ok la. Aqif demam je. Batuk sikit sikit. Seseme takdok. So not to feeling worry sangat. Risau jugak kot la tetiba infection kat peparu ke apa ke. At least kalau tahu dari awal takde lah masalah. Boleh la prepare pegi gh siap siap.

La ni dah sihat sikit. But still kasi ubat gaks. Takut la nanti demam datang balik. Minggu ni umi keja malam. Kang daddy jaga awak sensorang kang acanee. 








No comments: