life is beautiful

life is beautiful

Friday, August 02, 2013

one week before raya

Sedar tak sedar next week dah raya uolls. Ohoii harus lah fefeling terlebih. Sebab, tahun ni kami raya bertiga. Umi, daddy dan jugak bujang kecik, aqif. Walaupun ini kali beraya di key ell (sebut sampai lidah terjelir ok). Mommy okay je.

Persiapan almost dah siap. Eceh. Walhal baju yang kau tempah tu belum lagi p amik kat tailor. Eh tapi kuih raya aku dah beli tau. Tak banyak tapi ada lah sikit. Duit raya pung dah tukar uolls. Hamboihh kemain. Kata raya besederhanaan tapi macam macam lak kau buat. Hahahaha. Dah. Aku tukar duit raya tu tak banyak pung. Buat cukup syarat je.

Last week kami laki bini p shopping baju raya. Anak tinggal dgn mak dia. Ater, aku pegi hari bekerja. Time lunch tu aku cabut sat. Settle. Takde bersesak dgn ramai orang. Aku pun tak suka sebenarnya. Dah lah kau puasa, lagi nak bersesak bagai ooo tidak la. Kang ada yang buka sekerat hari kang. Haus. Korang raya apa plan? Aku ni masih kabur lagi. Tak plan apa tapi tau yang raya pertama kat kl. Eh silap, shah alam. Plus rabu aku still keja lagi. Hubster pung tak dapat cuti panjang. Jadi aku malas nak amik cuti byk. Lagipun after raya aku kan dah ada plan baek punya. So cuti kena simpan. Plan apa kau orang tunggu jelah eh. Sampai masa aku kasi tau.

Hari tu aku ada cakap nak buat kueh raya sendiri kan. Well, tak start apa pun sebenarnya. Bahan dah beli tapi masa amatlah mencemburui beta. Ke aku yang belum ada mood. Hadoii stress ni. Dah la minggu ni nak balik sban. Nak balik sban tapi kueh tak siap lagi apecer? Ada la aku dah beli nak bawak balik, tapi yang aku nak buat ni kena lah jugak di bawak balik sana. Sebab masa tgh beli bahan aku call mak tanya macam macam macam beriya lah kau nak buat kueh. Hahaha. Lakonan. End up, takde pung hasil. Silap haribulan kena kutuk la dgn mak sendiri. Dia siap sound aku ni betul ke nak buat kueh. Eh eh.. sampai hati tau.

Then, theme tahun ni dah jadi huru hara. Kejap oreng kejap hitam. Agak lah, oreng aku n aqif dah beriya buat baju kaler sedongdong. Hitam tak masuk dlm senarai pung. Hitam?? What the hell. Ni kan raya. Tahu la awak nak sangat pakai baju yang kita beli kat bandung last year. Tapi sian la kat anak bujang awak tu. Takde serinya hitam tu. Anak awak kena lah kaler garang sikit kann. Ada je baju kaler coklat/putih nak ke oreng. Pun pattern yang sama beli kat bandung. Tapi tulah. Beriya nak hitam. Nasib masa shopping hari tu sempat gak rembat selai dress hitam. Aku dah tawakal ini kalau takde size, mari la kita pakai baju warna warni. Fuhh nasib ada tapi biasa la pempuan comel macam aku size petite haruslah tangan panjang sikit. Kain kena lipat pinggang. Itu bisa diatur. Janji ngam dgn badan kira okayyy. Aku bukan la perempuan cerewet itu tak kena ini tak kena. Asal ada size aku on. Maklumlah susah bebenor nak cari size. Itu pasal lah aku suka tempah. Fit dgn badan. Bayar sikit takpe janji puas hati. Ini baju siap tapi tak selesa outer sana outer sini hazabedah la.

Korang ni cita baju la kueh la, zakat fitrah dah bayar ke belum?
Kami dahhh, alhamdulillah.
Selesai satu tugas daddy.
Ok, tu je report utk minggu ni. Later aku cerita lagi.





No comments: