life is beautiful

life is beautiful

Friday, August 30, 2013

Raya 2013

Dah macam terlalu lambat sangat aku nak tepek, tapi kalau tak tepek maka membazirkan gambar yang telah diambil kann? Hahahaha. Ok, meh aku cerita satu satu. Bukan salah ku yang sengaja melambatkan cerita tapi lepas minggu raya, naik kerja dah masuk shift petang, bz sebab banyak keja. Ok tipu. Then another following week ku kena attend kursus, bersambung sambung pulak kursus sampai ke minggu ni. Ohh heavennnyaa donia.

Heaven jadahnya, sebab time aku kursus ni la nak kena settle kan loan rumah kat bpp nun. Nak settle kan itu, ini dan macam macam. Ada kejutan jugak. Haaaaa. Ok lah kita cerita satu satu dulu. 

First,
Raya dah ku katakan tahun ni di shah alam kampung kebanggaan suami terchenta. Hakhakhak. Memang trilogi cinta lah pasal sehari sebelum raya ku kena keja. Takde eksekius. Datang keja dan bawak anak bujang sebab pengasuh nak balik kampung. Gigih mommy sorang ni taw. Balik kerja terus shut shah alam, berbuka disana and ada takbir raya. Bayang kan. Esok nak raya baju tak packing lagi. Pun tak iron lagi. Barang anak tak prepare. Rumah tak berkemas. Ohoii. Malam lepas takbir raya kami anak beranak lari laju laju balik kl pulak. Kahkahkah. Padan muka.

So, pagi raya pertama di shah alam, then bergerak beraya ke rumah maktam di subang. Kemudian, baru kami otw melaka, muar and batu pahat. Iye. Memang balik johor sebab sepupu sepapat belah mil orang sana. Kami okla dah sedang elok tu sebab dari batu pahat terus balik beraya ke melaka balik rumah neneks belah mak aku.

Lets enjoy the pictures. Taknak tepek gambar family lain. Hahahaha. Kejam. Eh takdela sebenarnya semua pic kat dalam hp laki ku. So bila kala pulak aku nak pi transfer kat laptop kan. Heheheheee.






Pic last tu macam umi je yang beriya. Baju raya tahun ni kami laki bini warna hitam. Aqif je lain. Dia ulang pakai baju masa aqiqah hari tu. Lagipun dia takde pair. Kau orang tengok lah, dah macam geng jawa dah. Laki ku dgn kain pelikat, aku dengan kain batik jawa. Vavavava kelassss. Sebenarnya tu baju peplum. Nakkk jugak. Kain kaler hitam tapi macam besar gelobosh gelobosh je so aku suai padan la dengan kain batik jawa yang laki ku bagi masa kawin dulu. Oklah tu. Tudung raya takde. Eh ada, tapi kaler lain. Aku nak tema oren sebenarnya tapi laki ku la. Nak hitam. Sebab dia ada baju kaler hitam tak pakai lagi. JAdi aku selaku bini mithali, layan kan je. T__T. So pakai jela tudung apa yang ada. 

Raya tahun ni bersederhanaan sahaja sebab bonus ciput. Kahkahkah. 
Eh sebelum terlambat, selamat hari raya uolls, dari kami laki bini dan aqif zaumar.
Da-da.






No comments: