life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 17, 2013

sorry, kita takde jodoh.

Aku dan kereta memang takde jodoh kalau tengah trimester pertama ni. Maaf lah ye. Seriuosly. Apatah lagi dengan aircond kereta. Langsung takde. Bahaha. Habis nak naik apa? Kapal terbang?? Kelasss kau. Gini. Memang ngandung aqif dulu pun aku macam ni. Asal naik kereta je muntah. Muntah je bila naik kereta. Walaupun kau nak pegi bangsar makan pizza. Pun muntah gak. Padahal takde la sampai amik masa sejam. Nasib baik la aqif bila masuk dalam keta baik. Budak ni memang. Asal dalam keta je senyap. Sampai tertido tido lak tu.

Standby plastik memang dah wajib bila nak berpergian. Bilakah benda ini nak berakhir. Aku dah tak larat dah ni. Plus laki aku sekarang sejak aqif dah pandai jalan ni asyik nak ajak keluar jalannn je. Yang hazabedahnya haku. 





Best kan diorang? Jalan jalan senang hati. Gelak gelak. Umi je yang tengah menahan pening. Kau tahu, sepanjang perjalanan dari kl - shah alam aku hanya mampu lelap mata pura pura tido sebab tak nak muntah. Tak mahu tak mahu. Penat dah tekak ni. Kalau lepas makan nasik pastu terus naik keta lagi la hazabedah. Dia punya isi muntah tuh, tuhh diaaa. Seketui seketui nasik keluar. Kahkahkah. Ok, sila jangan muntah pulak ye. =)

Tu jelah alahan aku. Morning sickness takde. Evening sickness mode is on. Kahkahkah. Balik keja mesti melepek dulu. Badan berangin la pening la apa la. Pastu kena mandi dulu before amik anak. Haa ni lagi. Nak mandi pakai air panas. Walaupunnn petang. Kelasss kau nak. Maka aku layan je. Bukan selalu ye dak. Macam aku cakap, time pregnant memang aku suka tapi nak melayan tekak orang mengandung ni ohoiiii, bertabah la ye wahai hati.

Tadi, pecah rekod lunch time pukul 1115am. Kebuluq perot. Tu lah, malam tadi mengada layankan perot taknak makan nasik. Kuis kuis je kot walaupun kau yang masak. Aku ni ada masaelah la. Kalau aku yang masak mesti takde selera nak makan. Tapi bila orang lain masak or makan kat kedai mesti ok je. Tekak boleh terima. Gila. Macam masak bubur utk aqif pun sebenarnya aku gagah menahan kembang tekak tahu. Habis, takkan nak suruh anak makan nestum. No no no.

Sekian bebelan dari daku. 
Oh fyi, aku takde mengidam apa pun lagi. Teringin gak rasa nak ngidam tu cemane kann. Selalu orang ngandung ngidam macam macam. So far aku ok. Hiiiii.






Wednesday, September 11, 2013

T__T

Nak buat macamana kalau orang dah menyampah tengok muka kita. Maka pandai pandai lah bawak diri. Takkan nak jadi hidung tak mancung pipi tersorong sorong kot. Tentu tentu hidung aku memang tak mancung. Kemek. Kembang. Pipi pulak tembam langsung takde seri. Jangan la jadi orang yang tak sedar diri.

Terima kasih. Kerana mengingatkan saya. Siapa diri saya. Ada apa dengan saya. Again. Saya ni ibarat menumpang. Saya kan keras hati. Ego. Sombong. Semualah. Terima kasih banyak banyak. Saya akan belajar melalui pengalaman ini. Mudah mudahan saya akan ingat semua ini sampai mati. Bertabahlah.

Ya Allah, aku mohon. Jadikan aku manusia yang lemah lembut. Amin.





Monday, September 09, 2013

bodoh ke bangang? ke sama?

Hari ni aqif cucuk setahun. Kebetulan aku pun belum buat buku pink. Lama tak pegi checkup maka lupa prosedurnya. Hahaha. Aku akui memang salah aku. Yelah, mula nak tanya je pasal checkup ibu ngandung. The end nurse suruh buat buku terus. So buat. Jumpa doc segala. Tunggu lama lah jugak. Maklumlah, aku pegi kkia. Bukan private. So bertabahlah.


Settle urusan aqif, tunggu pulak turn aku. Nurse bising sikit la pasal jarang anak 1st dgn yg 2nd ni agak rapat. Eh rapat ke? Bagi aku oklah tu sebab bila aku bersalin nnt aqif nak masuk 2y. Sementara muda lagi ni tapau la selagi boleh. Kahkahkah. Takde la dia bising. Cuma bagi nasihat yg betul nape kena jarakkan kelahiran. Tapi aku salute la akak nurse tu. Advice aku memacam. Cakap pun baik je. Yelah, gayanya dah berumur. Dah banyak pengalaman entertain patient.

Aku period tak pernah datang since bersalin hingga lah june hari tu. Tu lah sekali datang then terus tak muncul muncul sampai aku tahu aku preggy balik. Ko bayangkan. Acane nak tahu waktu subur. Ye. Aku kan breastfeeding anak. So normal kalau period tak datang. June period. Julai puasa. Ogos dapat tahu pregnant. Apa perasaan? Confuse. Hahaha. Memula je. Now dah ok balik hingga aku jumpa doc tadi.

Akak nurse tadi ok je bagi nasihat. Cakap pun bebaik. Tiba giliran doc pulak kemain dia teow aku napa tak rancang. Blablabla. Malas nk cakap sebab menyakitkan hati. Aku cuma jawab aku bf. Tak datang period. Tiba tau je preggy. Dah Allah nak bagi rezeki ni. Saya terima jela. Doc pulak sound, yelah. Tuhan tentukan tapi kita boleh merancang. Ya allah. Doc boleh cakap macam tu???

Aku tengok kecik besar kecik besar je. Boleh pulak dia takutkan. Kena jarakkan kelahiran. Kalo tak nanti rahim boleh pecah. Ini rahim tak kuat lagi ni. WTF?? Patut ke seorang doc cakap macam tu kat patient?

Patut kau bagi lah solution nak kuatkan rahim. Macamana nak jaga kesihatan. Nak maintain macam beranak sulung dulu. Bagi solution ubat apa perlu ambil. Tak dapat kkia bagi takpe. Aku boleh cari kat farmasi. Takdehal. Abis kau nak aku cakap apa? Nak cakap sebenarnya saya taknak pun baby ni. Nak buang takut.

Dah darah daging aku. Kau sedia ke tak sedia ke tetap kena terima jugak. Abis nak buang? Nak tanggung dosa? First impression bila kau tahu kau preggy then nangis pun dah boleh buat baby dalam perut sedih. Ini kan pulak kau nak buang dia. Main sedap. Bila dah ada isi mula lah menggelabah. Ohoiii panas hati betul dengan doc tu.

Doc muda. Yes. Agaknya muda dari aku. Nurse yang bertugas dengan doc tu pun muda. Tahun 1988. Umur bapa eh? Ok 25. Entah entah belum kawin. Agaknya doc pun sama belum kawin. Bulu bawah pun halus lagi gamaknya.

Cakap aku tak merancang. Sikit punya merancang aku dan laki. Cuma rancang sendiri la. Hihihi. Ater, anak baru satu dah sibuk nak makan pills nak cocok sana sini. Rileks la brader. Tiba pulak kau makan pills segala tup tup terussss 10 tahun susah nak lekat. Berakkkk. Lain la kalo kau ada kompilasi time bersalin dolu. Czer ke kan. Boleh la dibawak berbincang nak makan pills tu.

Aku kesal sebenarnya. Doc tu macam tiada budi bahasa pulak. Takde seni penggunaan bahasa yang puitis. Tak reti nak tackle hati patient. Kenalah cool down kan patient. Aku pun kalo boleh nak tahun depan preggy. Tapi, takkan lah aku nak cakap kat doc yg aku tak bersedia dengan kandungan kedua ni. Macam alasan bangang je. Dah tahu tak sedia. Makan lah pills, bodoh. Sure ayat tu yg doc tu akan sembur kat aku.

Okok, doc, saya maafkan lah awak. Maybe aku pun masa tu tengah penat menunggu. Bila dia sound je aku mula lah berapi. Tapi aku dah ok dah. Cuma tak best la kkia bangsar tu. Amik darah hari lain. Jumpa doc hari lain. Ape, ingat aku ni banyak cuti ke. Penat tau nak turun naik turun naik bukit bangsar tu. Dah le cab susah nak dapat. Haaa tulah, sapa suruh penakut nk drive keta. Hahahahaha. Kena.


Oklah, tu je. Nanti ku cerita lagi pengalaman diawal trimester pertama sepanjang ngandung baby kedua ni. Hazabedahhh. Bai!





Friday, September 06, 2013

1st birthday

Entry yang sebelum ni abaikan jelah. Maklumlah, masa tu tengah emosi kelaut. Fikir pun tah apa apa. Menyesal pun ada. Kahkahkah. Amboi. Nampak aku macam dah boleh terima kenyataan je. Okok, sebenarnya hari ni nak wish,

Selamat Hari Lahir yang pertama Aqif Zaumar!

Ye, hari ni lah anak bujang beta dah genap setahun. Bila diingat balik, time ni aku tengah sakit contraction. Maklumlah aqif lahir petang. Pagi tadi anak bujang bangun terus umi dia wish and kish bertalu talu. Dia pulak macam tau tau je kan. Sengih, senyum memanjang. Hantar rumah mak pun mulut bising lagi. Adoi, ni yang rindu nih.

Umi, daddy doakan awak supaya jadi anak yang menyenangkan hati kami. (Asyik soleh/solehan je kalini kita kasi kelainan tapi membawa maksud yang sama).
Semoga jadi anak yang tetap imannya, berilmu, berakal dan tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruks.

Nanti kita celebrate eh. Tak payah reramai. Kita bertiga je. Eh, berempat lah. Umi, daddy, awak dan adik awak dalam perut ni okay. Hihihihi

Love you lots, son.



Jangan ditangisi kerna badan umi masih maintain. Kahkahkah. 
Tips hujung jari, silalah jaga anak sendiri dengan tangan sendiri. 
Dapat macam aqif, comfirm turun merudum rudum.

Kbai.






Monday, September 02, 2013

xoxo

Stressed. Betul aku sangat stress ohoi. Tak tahu kenapa. Mengapa dan bagaimana. Aku jadi tak faham dengan diri ni. Oh ya, malas nk story panjang. Am pregnant. Almost 7w. Surprise? Yeah. Me too.

Kronologi time raya. Aku kan tak penah period lepas bersalin aqif. Then end of Jun hari tu period datang. Ok, syukur alhamdulillah dat mean kau ni normal lagi. Kemudian, puasa. Period takde. Puasa pun kantoi sehari sebab sakit tekak. Kemudian, raya. Horror gila. Seminggu lepas raya ada brownies keluar. Ku rasa period lah. Tapi lepas tu takda. Selang 2 3 hari pun takda. Maka mandi wajib dan jalankan kewajipan sebagai isteri. Kahkahkah. Pagi esok terus darah keluar. Harus upt test. Maka naik double line. I is nangis. Kenapa? Jangan tanya kenapa sebab aku pun takda jawapan yang munasabah.

Pic 2nd upt test. Gigih test dua kali sebab nak double confirm. Ini kali ku dah berjurai airmata. Laki dah slow talk. Jangan macam ni. Baby dalam perut dengar nnt dia nangis. Napa umi tanak terima dia.
Seriously bukan macam tu. Bukan aku tak terima qada dan qadar Allah. Dah nama rezeki kan kenapa taknak terima? Entahlah. Minda separa sedar ku terfikir, mampukah aku handle baby yang kecil tu nanti dengan keadaan aqif yang tengah lasak. Ini lasak bukan main main ok. Sangat aktif. Plus baru dapat kaki. Rumah lagi, laki, kerja. Ahh banyak lah kalau aku nak list nanti korang cakap aku tak tahu nak bersyukur dengan pemberian Allah.

Laki ku bagus. Sentiasa ingat kan aku yang semua ni ada ketentuan. Kenapa kita diberi rezeki ini. Allah tu tahu yang kita mampu. Lagi pun, bukan kah aku pernah cakap yang anak itu pembawa rezeki?

Ok kali ni aku tipu. Aku tipu diri sendiri. Padahal diri ini sebenarnya belum sedia nak pikul tanggungjawab berat. Baru 7w dah macam hal jadi. Letih, stress. Jaga anak. Jaga rumah. Jaga suami dan jugak kena pegi keja. Kau bukan 1st lady yang preggy ok. Ingat tu. Takde masa nak rehat bagai. Rehat boleh. Tapi sambil jaga anak. Mampu? Dah kenapa nak salah kan anak yang kecil yang tak tahu apa apa tu pulak? Tentu lah kecil, tak tau fikir. Kau tu mak. Kena tabah.

Ok fine. Aku mengalah.

Aku stress. Stress nak melayan tekak orang ngandung. Bila stress, laki cakap sikit mula nak melenting. Bukan diri ku yang sebenar. *cry*. Dah jatuh hukum berdosa bila kau marah laki balik. Laki pun ada pulak masa nak pujuk kau. Lagi berangin ada. Aku tak suka macam ni. Efek pada baby dalam perut. Umi marah marah, baby baru nak bernyawa dah rasa diri tak dihargai. Tak diperlukan. Macam aku dengar dia cakap, umi tak suka kita. *cry lagi*

Ada yang dah tahu aku preggy. Lalu ku jawab, berkat rezeki Allah beri. Dapat la aqif berkawan nanti. Aku tipu lagi. Tipu diri sendiri. Pada siapa nak ku luah kan perasaan hati ni?

Sesungguhnya, aku masih belum mampu nak terima yang diri ini pregnant lagi.
Maafkan umi, sayang.

Daddy, sorry to say.

Tapi, walaupun macam tu, aku kena tetap terima, right? Ini kan darah daging aku. Benih cinta aku dan suami. Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini.
Sesungguhnya aku belum kuat nak bahagikan kasih sayang antara kami. Belum mampu nak pikul tanggungjawab ini.
Ku berserah pada-Mu.