life is beautiful

life is beautiful

Monday, September 09, 2013

bodoh ke bangang? ke sama?

Hari ni aqif cucuk setahun. Kebetulan aku pun belum buat buku pink. Lama tak pegi checkup maka lupa prosedurnya. Hahaha. Aku akui memang salah aku. Yelah, mula nak tanya je pasal checkup ibu ngandung. The end nurse suruh buat buku terus. So buat. Jumpa doc segala. Tunggu lama lah jugak. Maklumlah, aku pegi kkia. Bukan private. So bertabahlah.


Settle urusan aqif, tunggu pulak turn aku. Nurse bising sikit la pasal jarang anak 1st dgn yg 2nd ni agak rapat. Eh rapat ke? Bagi aku oklah tu sebab bila aku bersalin nnt aqif nak masuk 2y. Sementara muda lagi ni tapau la selagi boleh. Kahkahkah. Takde la dia bising. Cuma bagi nasihat yg betul nape kena jarakkan kelahiran. Tapi aku salute la akak nurse tu. Advice aku memacam. Cakap pun baik je. Yelah, gayanya dah berumur. Dah banyak pengalaman entertain patient.

Aku period tak pernah datang since bersalin hingga lah june hari tu. Tu lah sekali datang then terus tak muncul muncul sampai aku tahu aku preggy balik. Ko bayangkan. Acane nak tahu waktu subur. Ye. Aku kan breastfeeding anak. So normal kalau period tak datang. June period. Julai puasa. Ogos dapat tahu pregnant. Apa perasaan? Confuse. Hahaha. Memula je. Now dah ok balik hingga aku jumpa doc tadi.

Akak nurse tadi ok je bagi nasihat. Cakap pun bebaik. Tiba giliran doc pulak kemain dia teow aku napa tak rancang. Blablabla. Malas nk cakap sebab menyakitkan hati. Aku cuma jawab aku bf. Tak datang period. Tiba tau je preggy. Dah Allah nak bagi rezeki ni. Saya terima jela. Doc pulak sound, yelah. Tuhan tentukan tapi kita boleh merancang. Ya allah. Doc boleh cakap macam tu???

Aku tengok kecik besar kecik besar je. Boleh pulak dia takutkan. Kena jarakkan kelahiran. Kalo tak nanti rahim boleh pecah. Ini rahim tak kuat lagi ni. WTF?? Patut ke seorang doc cakap macam tu kat patient?

Patut kau bagi lah solution nak kuatkan rahim. Macamana nak jaga kesihatan. Nak maintain macam beranak sulung dulu. Bagi solution ubat apa perlu ambil. Tak dapat kkia bagi takpe. Aku boleh cari kat farmasi. Takdehal. Abis kau nak aku cakap apa? Nak cakap sebenarnya saya taknak pun baby ni. Nak buang takut.

Dah darah daging aku. Kau sedia ke tak sedia ke tetap kena terima jugak. Abis nak buang? Nak tanggung dosa? First impression bila kau tahu kau preggy then nangis pun dah boleh buat baby dalam perut sedih. Ini kan pulak kau nak buang dia. Main sedap. Bila dah ada isi mula lah menggelabah. Ohoiii panas hati betul dengan doc tu.

Doc muda. Yes. Agaknya muda dari aku. Nurse yang bertugas dengan doc tu pun muda. Tahun 1988. Umur bapa eh? Ok 25. Entah entah belum kawin. Agaknya doc pun sama belum kawin. Bulu bawah pun halus lagi gamaknya.

Cakap aku tak merancang. Sikit punya merancang aku dan laki. Cuma rancang sendiri la. Hihihi. Ater, anak baru satu dah sibuk nak makan pills nak cocok sana sini. Rileks la brader. Tiba pulak kau makan pills segala tup tup terussss 10 tahun susah nak lekat. Berakkkk. Lain la kalo kau ada kompilasi time bersalin dolu. Czer ke kan. Boleh la dibawak berbincang nak makan pills tu.

Aku kesal sebenarnya. Doc tu macam tiada budi bahasa pulak. Takde seni penggunaan bahasa yang puitis. Tak reti nak tackle hati patient. Kenalah cool down kan patient. Aku pun kalo boleh nak tahun depan preggy. Tapi, takkan lah aku nak cakap kat doc yg aku tak bersedia dengan kandungan kedua ni. Macam alasan bangang je. Dah tahu tak sedia. Makan lah pills, bodoh. Sure ayat tu yg doc tu akan sembur kat aku.

Okok, doc, saya maafkan lah awak. Maybe aku pun masa tu tengah penat menunggu. Bila dia sound je aku mula lah berapi. Tapi aku dah ok dah. Cuma tak best la kkia bangsar tu. Amik darah hari lain. Jumpa doc hari lain. Ape, ingat aku ni banyak cuti ke. Penat tau nak turun naik turun naik bukit bangsar tu. Dah le cab susah nak dapat. Haaa tulah, sapa suruh penakut nk drive keta. Hahahahaha. Kena.


Oklah, tu je. Nanti ku cerita lagi pengalaman diawal trimester pertama sepanjang ngandung baby kedua ni. Hazabedahhh. Bai!





No comments: