life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 17, 2013

sorry, kita takde jodoh.

Aku dan kereta memang takde jodoh kalau tengah trimester pertama ni. Maaf lah ye. Seriuosly. Apatah lagi dengan aircond kereta. Langsung takde. Bahaha. Habis nak naik apa? Kapal terbang?? Kelasss kau. Gini. Memang ngandung aqif dulu pun aku macam ni. Asal naik kereta je muntah. Muntah je bila naik kereta. Walaupun kau nak pegi bangsar makan pizza. Pun muntah gak. Padahal takde la sampai amik masa sejam. Nasib baik la aqif bila masuk dalam keta baik. Budak ni memang. Asal dalam keta je senyap. Sampai tertido tido lak tu.

Standby plastik memang dah wajib bila nak berpergian. Bilakah benda ini nak berakhir. Aku dah tak larat dah ni. Plus laki aku sekarang sejak aqif dah pandai jalan ni asyik nak ajak keluar jalannn je. Yang hazabedahnya haku. 





Best kan diorang? Jalan jalan senang hati. Gelak gelak. Umi je yang tengah menahan pening. Kau tahu, sepanjang perjalanan dari kl - shah alam aku hanya mampu lelap mata pura pura tido sebab tak nak muntah. Tak mahu tak mahu. Penat dah tekak ni. Kalau lepas makan nasik pastu terus naik keta lagi la hazabedah. Dia punya isi muntah tuh, tuhh diaaa. Seketui seketui nasik keluar. Kahkahkah. Ok, sila jangan muntah pulak ye. =)

Tu jelah alahan aku. Morning sickness takde. Evening sickness mode is on. Kahkahkah. Balik keja mesti melepek dulu. Badan berangin la pening la apa la. Pastu kena mandi dulu before amik anak. Haa ni lagi. Nak mandi pakai air panas. Walaupunnn petang. Kelasss kau nak. Maka aku layan je. Bukan selalu ye dak. Macam aku cakap, time pregnant memang aku suka tapi nak melayan tekak orang mengandung ni ohoiiii, bertabah la ye wahai hati.

Tadi, pecah rekod lunch time pukul 1115am. Kebuluq perot. Tu lah, malam tadi mengada layankan perot taknak makan nasik. Kuis kuis je kot walaupun kau yang masak. Aku ni ada masaelah la. Kalau aku yang masak mesti takde selera nak makan. Tapi bila orang lain masak or makan kat kedai mesti ok je. Tekak boleh terima. Gila. Macam masak bubur utk aqif pun sebenarnya aku gagah menahan kembang tekak tahu. Habis, takkan nak suruh anak makan nestum. No no no.

Sekian bebelan dari daku. 
Oh fyi, aku takde mengidam apa pun lagi. Teringin gak rasa nak ngidam tu cemane kann. Selalu orang ngandung ngidam macam macam. So far aku ok. Hiiiii.






No comments: