life is beautiful

life is beautiful

Monday, September 02, 2013

xoxo

Stressed. Betul aku sangat stress ohoi. Tak tahu kenapa. Mengapa dan bagaimana. Aku jadi tak faham dengan diri ni. Oh ya, malas nk story panjang. Am pregnant. Almost 7w. Surprise? Yeah. Me too.

Kronologi time raya. Aku kan tak penah period lepas bersalin aqif. Then end of Jun hari tu period datang. Ok, syukur alhamdulillah dat mean kau ni normal lagi. Kemudian, puasa. Period takde. Puasa pun kantoi sehari sebab sakit tekak. Kemudian, raya. Horror gila. Seminggu lepas raya ada brownies keluar. Ku rasa period lah. Tapi lepas tu takda. Selang 2 3 hari pun takda. Maka mandi wajib dan jalankan kewajipan sebagai isteri. Kahkahkah. Pagi esok terus darah keluar. Harus upt test. Maka naik double line. I is nangis. Kenapa? Jangan tanya kenapa sebab aku pun takda jawapan yang munasabah.

Pic 2nd upt test. Gigih test dua kali sebab nak double confirm. Ini kali ku dah berjurai airmata. Laki dah slow talk. Jangan macam ni. Baby dalam perut dengar nnt dia nangis. Napa umi tanak terima dia.
Seriously bukan macam tu. Bukan aku tak terima qada dan qadar Allah. Dah nama rezeki kan kenapa taknak terima? Entahlah. Minda separa sedar ku terfikir, mampukah aku handle baby yang kecil tu nanti dengan keadaan aqif yang tengah lasak. Ini lasak bukan main main ok. Sangat aktif. Plus baru dapat kaki. Rumah lagi, laki, kerja. Ahh banyak lah kalau aku nak list nanti korang cakap aku tak tahu nak bersyukur dengan pemberian Allah.

Laki ku bagus. Sentiasa ingat kan aku yang semua ni ada ketentuan. Kenapa kita diberi rezeki ini. Allah tu tahu yang kita mampu. Lagi pun, bukan kah aku pernah cakap yang anak itu pembawa rezeki?

Ok kali ni aku tipu. Aku tipu diri sendiri. Padahal diri ini sebenarnya belum sedia nak pikul tanggungjawab berat. Baru 7w dah macam hal jadi. Letih, stress. Jaga anak. Jaga rumah. Jaga suami dan jugak kena pegi keja. Kau bukan 1st lady yang preggy ok. Ingat tu. Takde masa nak rehat bagai. Rehat boleh. Tapi sambil jaga anak. Mampu? Dah kenapa nak salah kan anak yang kecil yang tak tahu apa apa tu pulak? Tentu lah kecil, tak tau fikir. Kau tu mak. Kena tabah.

Ok fine. Aku mengalah.

Aku stress. Stress nak melayan tekak orang ngandung. Bila stress, laki cakap sikit mula nak melenting. Bukan diri ku yang sebenar. *cry*. Dah jatuh hukum berdosa bila kau marah laki balik. Laki pun ada pulak masa nak pujuk kau. Lagi berangin ada. Aku tak suka macam ni. Efek pada baby dalam perut. Umi marah marah, baby baru nak bernyawa dah rasa diri tak dihargai. Tak diperlukan. Macam aku dengar dia cakap, umi tak suka kita. *cry lagi*

Ada yang dah tahu aku preggy. Lalu ku jawab, berkat rezeki Allah beri. Dapat la aqif berkawan nanti. Aku tipu lagi. Tipu diri sendiri. Pada siapa nak ku luah kan perasaan hati ni?

Sesungguhnya, aku masih belum mampu nak terima yang diri ini pregnant lagi.
Maafkan umi, sayang.

Daddy, sorry to say.

Tapi, walaupun macam tu, aku kena tetap terima, right? Ini kan darah daging aku. Benih cinta aku dan suami. Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini.
Sesungguhnya aku belum kuat nak bahagikan kasih sayang antara kami. Belum mampu nak pikul tanggungjawab ini.
Ku berserah pada-Mu.











No comments: