life is beautiful

life is beautiful

Thursday, October 31, 2013

UEM Family Day 2013

Kerja gomen seploh tahun pun belum tentu nak dapat family day tetiap tahun. Paling sengkek pun dua tahun sekali. Tu pun aku rasa buat in house je kot. Kahkahkah. Ater, sila jangan marah ye. Maybe situasi ni terjadi kat tempat aku. Hakikat. So disebabkan begitu jadinya, aku pun menumpang sekali jela join family day ofis laki.

Hebak company ni. Buat kat sunway lagoon. Semua subsidiaries dijemput. Dah la entrance free, makan pon free. Eh dah kata family day kan. Kalau bayar memang nak kena label kedekut lettew. Tapi aku tak main pon semua yang ada kat situ.  Tengok cuci mata jela. First sebab takde kawan. Dah la takde kawan. Ngandung lak tu. Nak masuk extreme park? Ghenti kan la. Awal awal dah kena sound dengan laki, umi jaga barang.

Ok, fine.


Tuh dia vuvuzella uolls. Aku dengan laki tak naik pon sebab nak pegi extreme park pon menggagau nak mencari. Maklum la aku kan first time masuk sini. Kekdahnya jakun la sikit. 




Bukti laki aku join family day ofis dia. Anak bujang steady je duduk dalam stroller. Malas nak jalan lettew. Pagi pagi dah kena kejut maun dia tak mengamok. Nak tido pon tak senang katanyaa. Eleh, orang nak bawak p mandi ni tau. Bukan senang.


Maaf lah ye sebab gambar mandi semua takde. Bukan malas nak bawak kamera, tapi sebab sibuk melayan anak bujang. Aku dah tak paham dah budak ni. First time suka je nengok air. Bila ajak masuk ya ampunnn penakut. Suft Beach tu ada la sikit ombak ombak tapi takde la obvious sangat. Memang sesuai utk bebudak mandi. Eceh.  Tu jela tempat yang dia suka. Plus ada ramai budak. Tah mana mana budak je dia tegur even makpak budak gak. Gahahaha. Peramah sungguh ko nakk. Tempat mandi yang kat atas tu dia dah penakut dah. Maybe sebab ada air pancut bagai. So aqif mungkin rasa macam eh kang aku lemas ni kangg. Bolehhh. Then end kami layankan dia menyusur air kat tepi tepi tu je. Tu pun kemain pelok daddy ketat ketat. Homaigadd ko anak. Tak comel. Tak comel.

Selesai mandi makan tukar baju semua baru start jalan kat Wildlife Park. Pastu dan dan kau anak bujang tido. Daddy tension la. Hasrat dihati nak tunjuk kat anak dia tu fish, bird. Pastu dia tido. Kahkahkahkah. Aku nak gelak guling2 dah. Kau orang tengok la muka hot temper daddy. Dia nak kejut dah tu tapi aku tak bagi. Kau tengok muka anak tu macam penat kan, macam penat kan. Aku ni as a mak kesian la budak tu. Bagi la dia tido dulu.
Muka tension tengok anak sedap tido. Bila nak bangun ni nakkk. Bangun la. Daddy nak tunjuk bird ni. Sini banyak bird ok. Rugi lah kalau awak tido.
Haishh tido lagi. Dah angkat letak angkat letak pon masih tido lagi. Penat swimming katenya lettew. Tak puas hati woo daddy, dia suruh gak anak dia bangun. Dah bangun terpisat pisat terus daddy pi tunjukkan bird. Pastu tetiba gelak sengih sengih. Ok kelakar. Yelah, tujuan utama join family day ni sebab nak entertain anak. Nak tunjukkan dia binatang since dia suka benor dengan pets. Pastu lain tak bukan nak pi mandi manda. Saja. Budak kecik kan suka air. Ikutkan hati malas nak pegi sebab buat hari ahad, esok nak keja. Penat woi.





Lepas pegi Wildlife Park yang belah atas, kami pegi yang belah bawah lak. Tapi banyak yg under contraction. Eh betul ke. Entah la. Sebab kat situ tak ramai orang pon. Sebenarnya dah pening. Kita orang nak pi park yang ada main pusing pusing tu. Tapi cari jalan tak jumpa. Kahkahkah. Dah la tak jumpa, pastu dengan nak bawak stroller lagi kan. Confirm banyak jalan tak boleh nak lalu. Aku pon dah letih gila. Kesiian kat daddy sebenarnya. Aku suruh cari kaum dia taknak. Maybe la banyak kawan dia dok dengan family memasing. Tapi rugi tuuu masuk sunway lagoon tak main segala benda. FOC kot. Lepas ni nak pegi lagi? Boleh. Tapi tunggu anak 3-4 dah besar panjang. Baru seronok. Kahkahkah.

Tujelah aktiviti masa family day ni.
Boring. Boring. Boring.
Sebab tak boleh nak main semua mainan. Kang main kang ada yang bleeding lagi. Aku teringin nak naik flying fox tu. Macam best je flying fox atas air. Macam best je. Wuuuu. Pastu jambatan gantung pon tak naik. Ohh sedih. Takpelah dah takde rezeki kan. Next time kita repeat balik la.






Deco Deco

Aku kan sejak loan rumah dah lulus ni asyik verangannn je nak buat deco deco rumah. Heeee. Kantoi kau dah beli rumah iyye. Alah aku beli rumah, eh bukan aku sorang. Kami laki bini beli rumah pun bukan esok pun siapnya. Lambat lagi. Tapi aku ni asyik la verangan dan siap mimpi mimpi bagai nak deco rumah cemana. Verangan is  free so lets do it again again and again. Hahahaha.

Gambar yang kat monstagram tu salah satu projek yang aku nak buat. Tapi belum dapat hasilnya lagi. So tunggu. Tu pun aku rasa aku dah ada idea cemana nak buat. Cemana nak deco. Ewah. Konon konon bajet kretip sangat je. Aku ingat nak buat macam ni,



Ok tak kakton? Memang bajet cecomel kan. Tapi idak le framenye macam tu. Maybe aku akan guna frame kayu or something else yang nampak elegant gitu. Dan ada lagi dalam kepala otak ni dok terfikir idea lain. Maybe kanvas and kufi. Tengah in sekarang kot. Aku je yang baru gedek gedek nak tahu. Aku dah boleh banyangkan dah wall aku camana nanti. Kahkahkah.

sumber: google

Seeee. Punyanya gagah menggoogle art design ni. Aku bukan apa. Walaupun belum masanya lagi nak duduk rumah sendiri tapi idea dalam kepala otak dah datang macam macam. Pulak bila tengok kawan kawan yang dah duduk rumah sendiri and deco rumah memasing humang aihhh, keterujaan itu membuak buak di dalam dada ini. Bila nak duduk rumah sendiri niiii. Hahaha. Bertabahlah ye.

Tapi takpe, walaupun now aku duduk menyewa je. Aku rasa dah sampai masanya nak make over rumah tu. Well, dua tahun kot kau duduk sana tanpa buat sebarang perubahan. Eh ada lah. Alih sofa sana sini. Alih katil dan kemas bilik belakang. Ok, tu je. T__T Sebab laki aku awal awal dah sound. Rumah sewaaa je yang. Ok nangis.

And, by this time i think i need to do something different. Aku nak touch up balik rumah tu. Nak deco sikit. Sikit pung jadi la sementara nak tunggu rumah idaman kalbu laki bini siap yek. Takde la nak cat bagai, tu memang tak. 

Aku suka duduk rumah. Bila duduk rumah aku suka pastikan rumah aku bersih. At least. Walaupun aku dah kawin tapi rumah mcm deco rumah bujang je. Hakhakhak. Ni pun aku dah beli sikit2 barang deco. Nak setup apa yg patut. Paling penting kitchen la. Walaupunnn aku masak biasa biasa je tapi kitchen tu memberikan aku perasaan yang tenang. Ewahh. Ni kalau laki dengar ni mahu digelakkan aku tak henti henti.

Dan disebabkan baby no.2 ni dah ada, kemungkinan kena la beli wardrobe baru. Kena kemas sikit bilik tengah a.k.a ofis laki ku itu. Ye, bilik tu dah macam  tongkang pecah. Dgn rak bukunya, workstation, fail berlambak, lemari anak bujang, barang dia, barang aku. Tu pun dah alih barang sikit nak kasi ruang tengah tu kosong. 

Dah la, nak pegi tengok website ikea la camni. Nak refresh idea. Mana tahu dapat idea gempak lak. Dah la gempak lepas tu less cost. Mesti laki ku sokong dua ratus peratus. Chill ya.







Monday, October 21, 2013

bleeding

Tajuk pun dah tahu kan.

Disebabkan aku lasak, banyak buat kerja berat, sebab jaga anak sendirian pasal laki outstation dan ya, aku bleeding for the first time in my life during pregnancy. Ewah speaking bagai sangat lah kan. Nampak macam tak risau je. Padahal--

Aku tak cerita eh weekend before raya haji tu laki den outstation ke terengganu. Maka minggu tu memang kau berkepit berdua je lah dengan aqif. Korang tahu je lah kalau berkepit berdua. Budak tu mana nak tinggal sensorang. Nak kencing pun kena tahan or kena sorok sorok pegi toilet kalau tak mahu satu rumah bergegar. Ini nangis siap jurai jurai ayak mata. Macam la umi dia nk pegi berjuang. Maklumlah, budak dah biasa dengan suasana ramai orang. So hanya bila aqif tido SAHAJA aku akan dapat buat kerja sendiri. Masak, mandi, kemas rumah segala lah. Jadi kau orang faham tak situasi dia macamana?

So aku penat--

Laki balik ahad malam tu dalam 0030hrs pun aku gagah tunggu. Dah biasa kot aku ni kalau laki balik lambat memang diri ini kena tunggu. Tak paham. Tapi itu lah aku. So dah lewat pun tidurnya. Esok pulak kerja pagi. Dan kemudian pulak bz nak raya haji. Ada kan entry ini

Nak jadi cerita, pagi subuh raya haji tu aku baru terkedek kedek nak masak soto nak masak begedil. Macam poyo pun ada sebab kau tu kan mengandung. Buat lah cara mengandung. Ini nak masak bagai lah. Kalau sihat sangat takpe. Kan ke dah tahu badan penat tapi nakkkk masak jugak. Kenapa tak siapkan ingredients malam sebelum tu? Sebab aku dah mengantuk sangat. Tido jelah. Esok baru buat. Wahaha. Syabas.

Sedang sibuk masak memasak aku dah perasan ada bendalir keluar. Actually masa bangun pagi tu nak buat persiapan memasak aku pi toilet dulu buat apa yang patut. Memang dah nampak ada tompok bleeding. Tapi ku kuatkan hati anggap takda apa ni. Gila kau. Aku macam blur sebab tak pernah jadi. Buat kerja macam biasa till rasa keluar lagi sekali. Terus aku terduduk sebab takuit. 

Laki dah bangun baru cerita. Dia lagi la apa pun tak tahu terus buat muka eh apanya.. serius ke.. cemana boleh jadi. Maka kena la cerita satu satu. 

Aku dah rasa ada macam tak kena dengan perut ni. Rasa macam tak best. Rasa macam kau kena duduk rest or baring tanpa perlu buat apa-apa. Ikutkan hati nak pegi rumah akak pun aku tak mampu tapi apakan daya--

Settle rumah akak baru cari klinik sebab nak scan keadaan baby. Boleh pulak banyak klinik yang tutup sebab public holiday. Ada satu klinik tu pulak takda scanning machine maka dia buatkan aku surat utk aku refer pada hospital.

Balik rumah aku tak pergi pun hospital. Bukan sebab aku takut. Tapi sebab aku tahu, confirm kalau bleeding kena duduk wad satu malam. Kau duduk wad bosan weh. Tv takde. Kawan takde. Kau kena baring atas tilam mata terkebil kebil. Horror.

Aku buat pilihan--
Aku nak rest kat rumah sambil baring sambil layan tv. That's all.

Aku tahu. Laki aku tak setuju. Dia marah pada mulanya. Sebab dia sayang aku. Tak nak apa apa jadi kat aku and baby. Tapi tu lah. Aku yakinkan dia. Memang malam tu aqif pun dia tidur kan. Gigih woi aku makan ubat yang before ni doc bagi supaya aku boleh tidur dengan nyenyak. Heeee.

Esoknya baru pegi klinik. Tapi pegi hospital lagi tu. Padahal dah janji dengan laki nak pegi hospital utk checkup je. Tapi aku tak pegi. Malas dan penat. Lets pegi klinik yang dekat. Doc bagi mc sehari dan ubat kuatkan rahim. Ewah doc apasal kedekut sangat sehari je bagi.

Dan alhamdulillah sampai sekarang dah takde bleeding. Tapi aku berhati hati jugak. Jalan seslow yang boleh. No more buat kerja berat. No more angkat bakul baju. No no dan no. Aku takuit wehh. Takut sebab aku tak pernah bleeding tu satu. Takut miscarriage pun satu hal jugak. T__T

Bukannya aku lasak. Tapi dah memang aku ni macam ni. Mana reti kat rumah duduk sesaja. Nampak baju kotor nak basuh. Nampak bubur aqif tak buat, aku buatkan. Habis cemana?? Tapi lately ni dah jadi gini aku kurangkan la kerajinan ku walaupun mata aku semakkk rumah dah berminggu tak 5s.

Doakan aku sihat walafiat ok! Second pregnancy ni lain sikit la pasal kau dah ada anak. Penatt.
=)





Monday, October 14, 2013

entry sehari sebelum aidiladha

This year memang beraya belah s.a tapi disebabkan my fil sedang mengerjakan haji maka aidiladha tahun ni bertukar venue ke ceras. Disebabkan orang tua takde, maka tahun ni kena la masak sendiri. Tuh diaa, baru tahu betapa sukarnya nak pilih menu koo. Plus aku mana lah pandai masak memasak ni. Kalau ikut tekak laki bini ok lah jugak, ni kena kira tekak anak buah, abg n akak ipar. Ayoyo amma appa.

Aku dah buntu dah ni. Pagi tadi w/a akak tanya menu apa nak bawak. Akak mcm biasa la order satay 100px and buat lontong. Tak ramai pun yang ada. Abang raya belah perak. Jadinya, kami anak beranak, akak n family, budak bujang dua orang tu, kak ain and abg cik. Or without wife aku tak sure pulak pasal mak men dia baru putus kasih. So tak ramai kan. Lets masak soto je.

Ni gigih gugel resepi soto and begedil. First time nak buat baru terkedek kedek nak bukak resepi orang. Hahaha padan muka kau. Tulah, ritu masa jaman anak dara pemalaih nak tolong mak kat dapur. Sekarang sapa nak jawab. Sapa??? Akak pun ku diberitahu first time jugak nak buat lontong. Dia pun sibuk gak gugel myresipi. Bagus. Bagus. Padan muka dua dua. 

Cedok dari blog sapa tah. Nom nom nom.

Masak soto senang kot? ke cemana. Aku dah gigil bontot ni. Barang pun tak beli lagi. Ni nak tunggu petang sikit laki ambik terus shoot pegi shopping. Aaaaaa. Matiks la weh kalau tak sedap. Berdoa lah agar air tangan ku menjadik.

Laki dah gelak gelak je. Dia lagi la. Semalam late night baru balik dari outstation. Dengan aqif yang tak berapa nak sihat. Ni pun nasib baik dia coti. Ngantar aqif rumah maknya. Ringan sikit beban. Budak tu kalau tak sihat memanjang nak berkepit je. Boleh pulak semalam umi nak shower dia nangis sekuat hati macam kena tinggal. Hoi umi nak mandi jelah. Bukan nak gi work pun.

Dah lah. Aku nak muhasabah diri ni. Harap harap malam ni takde la makhluk kacau aku nak memasak. Anak bujang sila berkelakuan baik ok. Umi ada keja. Daddy pulak nak rehat. 

Raya raya aidiladha tahun ni macam biasaaaaaa je. Feling takde. Ke sebab fil takde? Selalu orang tua tu la yang sibuk masak sana sini. Alah, tetiba rindu mak men pulaks. :)







Thursday, October 10, 2013

Port Dickson - Another short trip


Helloooooooo, im a cowboy yeayyyy!!!

Nak kata under planning, tak ramai pun yang dapat join. Yelah maybe sebab masing masing ada komitmen. Maka kami tiga family je yang on. Jadilah dari takde. Dapat pun kondo yang dua bilik lagi haruuu. Kahkahkah. Family yg book kondo tu tentu tentu dapat tido sebilik laki-anak-bini, yang dua family ni kena tido asing. Laki tido lua, mommy and anak special tido dalam bilik. :) Alah 2D1N je kot. Takde kisahnye lah.

Its been 2nd times kami datang sini. Itu hari buat bbq, kali ni takde bbq pasal semua malas dan nak senang. So kami dinner kat satu restoran ikan bakar ni. Thumbs up. Gila sedap rasa macam nak pegi pd je sekarang makan lagi. Review blog lain pun memang orang cakap situ sedap. Tapi a lil bit mahal la kalau ko tak pilih ikan sendirik. Ke macamana, aku pun tak sure sebab kitaorang orderrrrrr je. Pastu bila bill sampai terus macam haaaaa. Tapi puas hati sebab sedap. Biar bayar mahal sikit janji sedap bak kata laki den.


Restoran Seri Mesra Ikan Bakar.
Area telok kemang. Ni bangunan baru ni. 
Time aku study polipd dulu takde benda benda ni semua. Ohh sedih.

Recommended?
Talapia ikan bakar - ni order 2x hokayy. Puan Sri mengidam habis.
Siakap 3 rasa - as usual. Tak order ni tak sah kan kan kannn. =)
Jenahak steam - sedapp. Tapi aku biasa je sebab tak suka masak ikan stim stim ni. Goli tokak den.

Dan aku rasa better kalau kauorang order ikan, order ikannnnn je. Tak payah side dish bagai. Ratah ikan lagi syokk woo. Tu lah tu, ikut tekak memasing la. Kami ni makan 6pax, tapi ambik nasik utk 8pax sbb takut tak cukup dan alhamdulillah tak membazir pun. Mana ikan yang tak habis ratah tapau bawak balik. Gila kau total bill semua dalam +rm270. Mahal ke? A bit lah kan. Tapi puas hati sebab ikan besar. Sesuai la kalau utk 7-8 orang punya makan. 


Eksaited, 
umi cepat la nak pegi swim ni cepat la.
Kemain diusungnya pelampung kuning tu keliling kondo



#airisamira the only gegirl komando

Alkisahnya anak bujang ni kemain kat rumah beriya nak mandi lelama, ni dah bawak pegi pool ni penakuit lah hai. Orang dah siap beli pelampung bagai dengan harapan nak la dia berenang tapi nan hadooo. Melekap tak nak lepas ngan daddy n umi dia. Tu nasib tak belikan swimming suit. Ni cemana nak ikut daddy punya family holiday kat sunway nanti. Opss. Tapi betullah, menggigil kesejukan anak bujang ni. Dengan bibir pucat memang dia sejuk lah tu.



 Aku pun nak gak baby bump. Apa, a bun in the oven. Whoot whoot. 15weeks already.


 mommy-airisamira-daddy
mama-umarharith-papa

batman nak pergi berjuang

Ni lah kami, bertiga family je. Takpelah, nak buat mcmana kan, dah takde rezeki yang lain tu nak join. Lagi pun kan aku dah cakap, a short trip. Port Dickson lak tu. Gila dekat. Alah, kalau nak berjimba dgn besties buddy tu tak kira dekat ke jauh je janji hang out. Ini beriya plan oversea la, dinner@hotel la tapi the end ilek. So baik tak payah. Kita on je apa yang ada. Esok esok ada rezeki, mari ler kita book kondo tnb kat tioman pulaks. Ahahaha.

Oh ya, ni sebab geng susuk ada yang keja tnb, maka dapat le book kondo tnb ikut harga staff. Macam staff gomen gak la kan ada rumah peranginan. Tapi nak book tu makan tahun gak. Macam kau tak biasa kannn. Asal bukak website je memanjang fully book. Tension. Maka mari le guna service staff lain. Wahahaha. Kelass.

A short trip 2013. Again. Bajet trip barangkali. Nak p krabi memasing nak ke taknak nak ke taknak. Ahhh.
Till then. See u.





cuti panjang

Hallo everybody. Ewah. Bajet blog ramai follower padahal sendu. Kahkahkah. Lama tak update ye tak. Maklum lah aku baru balik dari bercuti panjang. Pulak diri ini malaih bebenor nak menaip. Iye. Cuti tak pegi mana. Balik seremban saja. Alkisah pengasuh aqif nak kena operate something kat leher. Maka aku buat keputusan, aku cuti seminggu dan balik kampung. Takde cita banyak. Duduk keyell apa ada. Dah la rumah penthouse, koser la aku nak duduk terperuk dalam rumah. Baik balik sban. Dapat hirup udara segar. T__T








Heaven sangat kan dik non siap tidoq terkangkang tak pedulik orang kiri kanan. Seronok anak bujang ni balik rumah atok n cik dia. Boleh berlari ukur jalan. Pepetang atok bawak naik motor. Alahai manja siot. Maklumlah cucu baru sorang. Tengah sedap buat main. Rumah pun rumah bawah. Garaj luas. Tu yang aqif suka benor. Aku pun suka gak sebab ada orang boleh tengok kan budak kecik ni. Boleh la aku baring, tengok tv, buat keje sendirik. Hahahaha.

Tak tahu nak update apa, tapi since preggy ni nak bukak belog pun malas. Banyak je idea nak taruk tapi entah la. Aku agak sibuk sikit kebelakangan ni. Tak aku yg sibuk, husband pulak yg jadual pack. Dia kan sekarang dah hari sabtu pun kena keja gak. So masa tu sangat la berharga. Takde makna nak bersenang lenang sabtu ahad. Ada je jadual yg menyusun. This week kesini, next week kesana, next next week pulak program lain. Kalah pak mentori. Huahahaha.

Nak pulak mil dan fil aku naik haji tahun ni. So rumah s.a kena jugak jenguk kan. Tak balik s.a kita balik rumah sil kat ceras.


Ahahahaha. Pics sebulan yang lepas kot. Tulah dia, terperuk lama dan terus lupa nak tepek kat sini. Bagus. Bagus. Comels kan mak men aku. Rendang dah nak sama dgn dia. Cuma mak a lil bit chubby la. Kihkihkih. Ate, umor mak dah berapa puloks ye dak. Ni kat kelana jaya la masa mengantar hari tu. Semoga mil n fil baik baik saja disana. Balik dapat haji mabrur In Shaa Allah mudah mudahan.

Ehh pregnant kali ni aku nak bagitahu macam nak sama dengan yang 1st, tapi ada jugak sikit lain. Yelah, since ramai yg menanya aku ni tak mabuk ke rileks je kehulur kehilir macam tak ngandung. Amboihhh time aku mabuk mana korang tahu khennn. Gini, kan aku dh cakap, aku takde la mabuk beriya. A lil bit. Takde la everytime everyday nak muntah. Ada time la. Kalo badan berangin aku muntah. Tapi kali ni badan tak boleh nk letih banyak. Kalau kau letih maka kau wajib cuti or mc. Bila dah rest, in shaa allah esoknya cergas balik. Gituu.

Sebab dah pernah ada pengalaman kan ngandung dulu, so rutin macam biasa la. Apa yg aku amalkan kan kat aqif dulu, aku cuba buat utk second baby ni. Tak banyak, sikit pun jadilah. Bak kata husband aku, takkan aqif je dapat 'lebih', adik-adik dia yang lain pun kena la dapat bahagian yang sama jugak. Ewahh. Adik adik katanya. Macam banyak anak je aku kena beranak ni. ^__^

Tapi sebab masa 1st dulu iolls is zero, takde pengalaman, maka ku dah tekad yang 2nd ni nak prepare awal awal. Contoh cara nak permudahkan bersalin dan etc. Eii tak sabor rasanya nak amalkan benda benda ni. Nak amal sekarang cannot lah. Iolls is baru 14/15weeks. Gila apa cepat sangat tu der. Aku dah sebulat hati dah. Biar yang 2nd ni takdelah lama sangat contractionnya. Mudah mudahan Allah bantu hambanya yang lemah ni. Ameen.

Ok, see u when i see u. Da-da.





Tuesday, October 08, 2013

monstagram

Korang perasan tak lately ni orang suka update social life kat instagram. Macam aku la. Rasa best sebab filter dia boleh buat gambar korang yang tak menarik pun jadi superb. Lepas tu boleh kawan dengan retiss. Boleh tahu perkembangan retiss kesukaan kau. Kahkahkah. Ok ini betul. Tak tipu.

Aku suka update gambar anak. Gambar sendiri tak cun maka lupakan saja. Padahal sebenarnya aku ni pemalu. Sebab pipi aku penuh melimpah tak muat dalam frame. Gitu.

Korang tahu tak ada satu website yang boleh print out gambar instagram kita? Aku pun baru buat semalam. Gigih oii pilih gambar yang cun melecun supaya dapat diabdikan dalam simpanan. Tapi aku decide for the first time ni nak buat utk gambar anak je. :) Maklumlah, anak is priority. Tak kan aku nak update gambar kawin bebanyak dalam instagram sekarang ni. Dah kenapa. Ada yang muntah hijau pulak kang. Maka gambar kami, nanti nanti lah.

Gini la rupanya website monstagram

Ada tiga option korang boleh pilih utk print out gambar. Yang paling macam best magnet tu lah. Baru je bercadang nak buat freeze magnet kami anak beranak. Nampaknya baik aku buat kat sini je. Jimat pun jimat. 20pcs for rm36. Kira oklah tu. Bukan nak buat bebesar and bebanyak pon. Peti ais iolls tak besar.

Tapi aku dah order yang coloroids. Sebab dah terjatuh hati dengan dunia polaroid. Hihihi. Tapi kualiti dia aku tak tahu la cemana. Kalau nak diikutkan  review sana sini nampak macam ok. Maka mari le kita berdoa supaya apa yang aku dapat nanti ok ok belaka. Can't wait tauk. Sebab aku dah verangan. Nak buat deco-deco utk hall. Walaupun. Kau duduk rumah orang menyewa jer. Dan hall kau kecik okeh. Kahkahkah. 


Haishh--
Ini yang buat aku tak sabar nak ada rumah sendiri. ^__^ Macam cecomel je kan. Korang rasa cemana? Ke aku nampak macam poyo? Ahh persetankan. Dalam kepala otak ni macam macam idea timbul. Nak buat itu nak buat ini. Tapi nantilah. Kalau aku propose idea ni kat laki confirm dia jawab,

" kita menyewa je kannn, toksah la nak hias bagai "

Ewah--
Takde seni langsung laki aku. Romantik lah sikit. Baru bajet pengantin baru. 
Walaupunnn.