life is beautiful

life is beautiful

Monday, October 21, 2013

bleeding

Tajuk pun dah tahu kan.

Disebabkan aku lasak, banyak buat kerja berat, sebab jaga anak sendirian pasal laki outstation dan ya, aku bleeding for the first time in my life during pregnancy. Ewah speaking bagai sangat lah kan. Nampak macam tak risau je. Padahal--

Aku tak cerita eh weekend before raya haji tu laki den outstation ke terengganu. Maka minggu tu memang kau berkepit berdua je lah dengan aqif. Korang tahu je lah kalau berkepit berdua. Budak tu mana nak tinggal sensorang. Nak kencing pun kena tahan or kena sorok sorok pegi toilet kalau tak mahu satu rumah bergegar. Ini nangis siap jurai jurai ayak mata. Macam la umi dia nk pegi berjuang. Maklumlah, budak dah biasa dengan suasana ramai orang. So hanya bila aqif tido SAHAJA aku akan dapat buat kerja sendiri. Masak, mandi, kemas rumah segala lah. Jadi kau orang faham tak situasi dia macamana?

So aku penat--

Laki balik ahad malam tu dalam 0030hrs pun aku gagah tunggu. Dah biasa kot aku ni kalau laki balik lambat memang diri ini kena tunggu. Tak paham. Tapi itu lah aku. So dah lewat pun tidurnya. Esok pulak kerja pagi. Dan kemudian pulak bz nak raya haji. Ada kan entry ini

Nak jadi cerita, pagi subuh raya haji tu aku baru terkedek kedek nak masak soto nak masak begedil. Macam poyo pun ada sebab kau tu kan mengandung. Buat lah cara mengandung. Ini nak masak bagai lah. Kalau sihat sangat takpe. Kan ke dah tahu badan penat tapi nakkkk masak jugak. Kenapa tak siapkan ingredients malam sebelum tu? Sebab aku dah mengantuk sangat. Tido jelah. Esok baru buat. Wahaha. Syabas.

Sedang sibuk masak memasak aku dah perasan ada bendalir keluar. Actually masa bangun pagi tu nak buat persiapan memasak aku pi toilet dulu buat apa yang patut. Memang dah nampak ada tompok bleeding. Tapi ku kuatkan hati anggap takda apa ni. Gila kau. Aku macam blur sebab tak pernah jadi. Buat kerja macam biasa till rasa keluar lagi sekali. Terus aku terduduk sebab takuit. 

Laki dah bangun baru cerita. Dia lagi la apa pun tak tahu terus buat muka eh apanya.. serius ke.. cemana boleh jadi. Maka kena la cerita satu satu. 

Aku dah rasa ada macam tak kena dengan perut ni. Rasa macam tak best. Rasa macam kau kena duduk rest or baring tanpa perlu buat apa-apa. Ikutkan hati nak pegi rumah akak pun aku tak mampu tapi apakan daya--

Settle rumah akak baru cari klinik sebab nak scan keadaan baby. Boleh pulak banyak klinik yang tutup sebab public holiday. Ada satu klinik tu pulak takda scanning machine maka dia buatkan aku surat utk aku refer pada hospital.

Balik rumah aku tak pergi pun hospital. Bukan sebab aku takut. Tapi sebab aku tahu, confirm kalau bleeding kena duduk wad satu malam. Kau duduk wad bosan weh. Tv takde. Kawan takde. Kau kena baring atas tilam mata terkebil kebil. Horror.

Aku buat pilihan--
Aku nak rest kat rumah sambil baring sambil layan tv. That's all.

Aku tahu. Laki aku tak setuju. Dia marah pada mulanya. Sebab dia sayang aku. Tak nak apa apa jadi kat aku and baby. Tapi tu lah. Aku yakinkan dia. Memang malam tu aqif pun dia tidur kan. Gigih woi aku makan ubat yang before ni doc bagi supaya aku boleh tidur dengan nyenyak. Heeee.

Esoknya baru pegi klinik. Tapi pegi hospital lagi tu. Padahal dah janji dengan laki nak pegi hospital utk checkup je. Tapi aku tak pegi. Malas dan penat. Lets pegi klinik yang dekat. Doc bagi mc sehari dan ubat kuatkan rahim. Ewah doc apasal kedekut sangat sehari je bagi.

Dan alhamdulillah sampai sekarang dah takde bleeding. Tapi aku berhati hati jugak. Jalan seslow yang boleh. No more buat kerja berat. No more angkat bakul baju. No no dan no. Aku takuit wehh. Takut sebab aku tak pernah bleeding tu satu. Takut miscarriage pun satu hal jugak. T__T

Bukannya aku lasak. Tapi dah memang aku ni macam ni. Mana reti kat rumah duduk sesaja. Nampak baju kotor nak basuh. Nampak bubur aqif tak buat, aku buatkan. Habis cemana?? Tapi lately ni dah jadi gini aku kurangkan la kerajinan ku walaupun mata aku semakkk rumah dah berminggu tak 5s.

Doakan aku sihat walafiat ok! Second pregnancy ni lain sikit la pasal kau dah ada anak. Penatt.
=)





No comments: