life is beautiful

life is beautiful

Thursday, October 10, 2013

cuti panjang

Hallo everybody. Ewah. Bajet blog ramai follower padahal sendu. Kahkahkah. Lama tak update ye tak. Maklum lah aku baru balik dari bercuti panjang. Pulak diri ini malaih bebenor nak menaip. Iye. Cuti tak pegi mana. Balik seremban saja. Alkisah pengasuh aqif nak kena operate something kat leher. Maka aku buat keputusan, aku cuti seminggu dan balik kampung. Takde cita banyak. Duduk keyell apa ada. Dah la rumah penthouse, koser la aku nak duduk terperuk dalam rumah. Baik balik sban. Dapat hirup udara segar. T__T








Heaven sangat kan dik non siap tidoq terkangkang tak pedulik orang kiri kanan. Seronok anak bujang ni balik rumah atok n cik dia. Boleh berlari ukur jalan. Pepetang atok bawak naik motor. Alahai manja siot. Maklumlah cucu baru sorang. Tengah sedap buat main. Rumah pun rumah bawah. Garaj luas. Tu yang aqif suka benor. Aku pun suka gak sebab ada orang boleh tengok kan budak kecik ni. Boleh la aku baring, tengok tv, buat keje sendirik. Hahahaha.

Tak tahu nak update apa, tapi since preggy ni nak bukak belog pun malas. Banyak je idea nak taruk tapi entah la. Aku agak sibuk sikit kebelakangan ni. Tak aku yg sibuk, husband pulak yg jadual pack. Dia kan sekarang dah hari sabtu pun kena keja gak. So masa tu sangat la berharga. Takde makna nak bersenang lenang sabtu ahad. Ada je jadual yg menyusun. This week kesini, next week kesana, next next week pulak program lain. Kalah pak mentori. Huahahaha.

Nak pulak mil dan fil aku naik haji tahun ni. So rumah s.a kena jugak jenguk kan. Tak balik s.a kita balik rumah sil kat ceras.


Ahahahaha. Pics sebulan yang lepas kot. Tulah dia, terperuk lama dan terus lupa nak tepek kat sini. Bagus. Bagus. Comels kan mak men aku. Rendang dah nak sama dgn dia. Cuma mak a lil bit chubby la. Kihkihkih. Ate, umor mak dah berapa puloks ye dak. Ni kat kelana jaya la masa mengantar hari tu. Semoga mil n fil baik baik saja disana. Balik dapat haji mabrur In Shaa Allah mudah mudahan.

Ehh pregnant kali ni aku nak bagitahu macam nak sama dengan yang 1st, tapi ada jugak sikit lain. Yelah, since ramai yg menanya aku ni tak mabuk ke rileks je kehulur kehilir macam tak ngandung. Amboihhh time aku mabuk mana korang tahu khennn. Gini, kan aku dh cakap, aku takde la mabuk beriya. A lil bit. Takde la everytime everyday nak muntah. Ada time la. Kalo badan berangin aku muntah. Tapi kali ni badan tak boleh nk letih banyak. Kalau kau letih maka kau wajib cuti or mc. Bila dah rest, in shaa allah esoknya cergas balik. Gituu.

Sebab dah pernah ada pengalaman kan ngandung dulu, so rutin macam biasa la. Apa yg aku amalkan kan kat aqif dulu, aku cuba buat utk second baby ni. Tak banyak, sikit pun jadilah. Bak kata husband aku, takkan aqif je dapat 'lebih', adik-adik dia yang lain pun kena la dapat bahagian yang sama jugak. Ewahh. Adik adik katanya. Macam banyak anak je aku kena beranak ni. ^__^

Tapi sebab masa 1st dulu iolls is zero, takde pengalaman, maka ku dah tekad yang 2nd ni nak prepare awal awal. Contoh cara nak permudahkan bersalin dan etc. Eii tak sabor rasanya nak amalkan benda benda ni. Nak amal sekarang cannot lah. Iolls is baru 14/15weeks. Gila apa cepat sangat tu der. Aku dah sebulat hati dah. Biar yang 2nd ni takdelah lama sangat contractionnya. Mudah mudahan Allah bantu hambanya yang lemah ni. Ameen.

Ok, see u when i see u. Da-da.





No comments: