life is beautiful

life is beautiful

Thursday, October 31, 2013

Deco Deco

Aku kan sejak loan rumah dah lulus ni asyik verangannn je nak buat deco deco rumah. Heeee. Kantoi kau dah beli rumah iyye. Alah aku beli rumah, eh bukan aku sorang. Kami laki bini beli rumah pun bukan esok pun siapnya. Lambat lagi. Tapi aku ni asyik la verangan dan siap mimpi mimpi bagai nak deco rumah cemana. Verangan is  free so lets do it again again and again. Hahahaha.

Gambar yang kat monstagram tu salah satu projek yang aku nak buat. Tapi belum dapat hasilnya lagi. So tunggu. Tu pun aku rasa aku dah ada idea cemana nak buat. Cemana nak deco. Ewah. Konon konon bajet kretip sangat je. Aku ingat nak buat macam ni,



Ok tak kakton? Memang bajet cecomel kan. Tapi idak le framenye macam tu. Maybe aku akan guna frame kayu or something else yang nampak elegant gitu. Dan ada lagi dalam kepala otak ni dok terfikir idea lain. Maybe kanvas and kufi. Tengah in sekarang kot. Aku je yang baru gedek gedek nak tahu. Aku dah boleh banyangkan dah wall aku camana nanti. Kahkahkah.

sumber: google

Seeee. Punyanya gagah menggoogle art design ni. Aku bukan apa. Walaupun belum masanya lagi nak duduk rumah sendiri tapi idea dalam kepala otak dah datang macam macam. Pulak bila tengok kawan kawan yang dah duduk rumah sendiri and deco rumah memasing humang aihhh, keterujaan itu membuak buak di dalam dada ini. Bila nak duduk rumah sendiri niiii. Hahaha. Bertabahlah ye.

Tapi takpe, walaupun now aku duduk menyewa je. Aku rasa dah sampai masanya nak make over rumah tu. Well, dua tahun kot kau duduk sana tanpa buat sebarang perubahan. Eh ada lah. Alih sofa sana sini. Alih katil dan kemas bilik belakang. Ok, tu je. T__T Sebab laki aku awal awal dah sound. Rumah sewaaa je yang. Ok nangis.

And, by this time i think i need to do something different. Aku nak touch up balik rumah tu. Nak deco sikit. Sikit pung jadi la sementara nak tunggu rumah idaman kalbu laki bini siap yek. Takde la nak cat bagai, tu memang tak. 

Aku suka duduk rumah. Bila duduk rumah aku suka pastikan rumah aku bersih. At least. Walaupun aku dah kawin tapi rumah mcm deco rumah bujang je. Hakhakhak. Ni pun aku dah beli sikit2 barang deco. Nak setup apa yg patut. Paling penting kitchen la. Walaupunnn aku masak biasa biasa je tapi kitchen tu memberikan aku perasaan yang tenang. Ewahh. Ni kalau laki dengar ni mahu digelakkan aku tak henti henti.

Dan disebabkan baby no.2 ni dah ada, kemungkinan kena la beli wardrobe baru. Kena kemas sikit bilik tengah a.k.a ofis laki ku itu. Ye, bilik tu dah macam  tongkang pecah. Dgn rak bukunya, workstation, fail berlambak, lemari anak bujang, barang dia, barang aku. Tu pun dah alih barang sikit nak kasi ruang tengah tu kosong. 

Dah la, nak pegi tengok website ikea la camni. Nak refresh idea. Mana tahu dapat idea gempak lak. Dah la gempak lepas tu less cost. Mesti laki ku sokong dua ratus peratus. Chill ya.







No comments: