life is beautiful

life is beautiful

Monday, October 14, 2013

entry sehari sebelum aidiladha

This year memang beraya belah s.a tapi disebabkan my fil sedang mengerjakan haji maka aidiladha tahun ni bertukar venue ke ceras. Disebabkan orang tua takde, maka tahun ni kena la masak sendiri. Tuh diaa, baru tahu betapa sukarnya nak pilih menu koo. Plus aku mana lah pandai masak memasak ni. Kalau ikut tekak laki bini ok lah jugak, ni kena kira tekak anak buah, abg n akak ipar. Ayoyo amma appa.

Aku dah buntu dah ni. Pagi tadi w/a akak tanya menu apa nak bawak. Akak mcm biasa la order satay 100px and buat lontong. Tak ramai pun yang ada. Abang raya belah perak. Jadinya, kami anak beranak, akak n family, budak bujang dua orang tu, kak ain and abg cik. Or without wife aku tak sure pulak pasal mak men dia baru putus kasih. So tak ramai kan. Lets masak soto je.

Ni gigih gugel resepi soto and begedil. First time nak buat baru terkedek kedek nak bukak resepi orang. Hahaha padan muka kau. Tulah, ritu masa jaman anak dara pemalaih nak tolong mak kat dapur. Sekarang sapa nak jawab. Sapa??? Akak pun ku diberitahu first time jugak nak buat lontong. Dia pun sibuk gak gugel myresipi. Bagus. Bagus. Padan muka dua dua. 

Cedok dari blog sapa tah. Nom nom nom.

Masak soto senang kot? ke cemana. Aku dah gigil bontot ni. Barang pun tak beli lagi. Ni nak tunggu petang sikit laki ambik terus shoot pegi shopping. Aaaaaa. Matiks la weh kalau tak sedap. Berdoa lah agar air tangan ku menjadik.

Laki dah gelak gelak je. Dia lagi la. Semalam late night baru balik dari outstation. Dengan aqif yang tak berapa nak sihat. Ni pun nasib baik dia coti. Ngantar aqif rumah maknya. Ringan sikit beban. Budak tu kalau tak sihat memanjang nak berkepit je. Boleh pulak semalam umi nak shower dia nangis sekuat hati macam kena tinggal. Hoi umi nak mandi jelah. Bukan nak gi work pun.

Dah lah. Aku nak muhasabah diri ni. Harap harap malam ni takde la makhluk kacau aku nak memasak. Anak bujang sila berkelakuan baik ok. Umi ada keja. Daddy pulak nak rehat. 

Raya raya aidiladha tahun ni macam biasaaaaaa je. Feling takde. Ke sebab fil takde? Selalu orang tua tu la yang sibuk masak sana sini. Alah, tetiba rindu mak men pulaks. :)







No comments: