life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, October 08, 2013

monstagram

Korang perasan tak lately ni orang suka update social life kat instagram. Macam aku la. Rasa best sebab filter dia boleh buat gambar korang yang tak menarik pun jadi superb. Lepas tu boleh kawan dengan retiss. Boleh tahu perkembangan retiss kesukaan kau. Kahkahkah. Ok ini betul. Tak tipu.

Aku suka update gambar anak. Gambar sendiri tak cun maka lupakan saja. Padahal sebenarnya aku ni pemalu. Sebab pipi aku penuh melimpah tak muat dalam frame. Gitu.

Korang tahu tak ada satu website yang boleh print out gambar instagram kita? Aku pun baru buat semalam. Gigih oii pilih gambar yang cun melecun supaya dapat diabdikan dalam simpanan. Tapi aku decide for the first time ni nak buat utk gambar anak je. :) Maklumlah, anak is priority. Tak kan aku nak update gambar kawin bebanyak dalam instagram sekarang ni. Dah kenapa. Ada yang muntah hijau pulak kang. Maka gambar kami, nanti nanti lah.

Gini la rupanya website monstagram

Ada tiga option korang boleh pilih utk print out gambar. Yang paling macam best magnet tu lah. Baru je bercadang nak buat freeze magnet kami anak beranak. Nampaknya baik aku buat kat sini je. Jimat pun jimat. 20pcs for rm36. Kira oklah tu. Bukan nak buat bebesar and bebanyak pon. Peti ais iolls tak besar.

Tapi aku dah order yang coloroids. Sebab dah terjatuh hati dengan dunia polaroid. Hihihi. Tapi kualiti dia aku tak tahu la cemana. Kalau nak diikutkan  review sana sini nampak macam ok. Maka mari le kita berdoa supaya apa yang aku dapat nanti ok ok belaka. Can't wait tauk. Sebab aku dah verangan. Nak buat deco-deco utk hall. Walaupun. Kau duduk rumah orang menyewa jer. Dan hall kau kecik okeh. Kahkahkah. 


Haishh--
Ini yang buat aku tak sabar nak ada rumah sendiri. ^__^ Macam cecomel je kan. Korang rasa cemana? Ke aku nampak macam poyo? Ahh persetankan. Dalam kepala otak ni macam macam idea timbul. Nak buat itu nak buat ini. Tapi nantilah. Kalau aku propose idea ni kat laki confirm dia jawab,

" kita menyewa je kannn, toksah la nak hias bagai "

Ewah--
Takde seni langsung laki aku. Romantik lah sikit. Baru bajet pengantin baru. 
Walaupunnn. 






No comments: