life is beautiful

life is beautiful

Thursday, October 31, 2013

UEM Family Day 2013

Kerja gomen seploh tahun pun belum tentu nak dapat family day tetiap tahun. Paling sengkek pun dua tahun sekali. Tu pun aku rasa buat in house je kot. Kahkahkah. Ater, sila jangan marah ye. Maybe situasi ni terjadi kat tempat aku. Hakikat. So disebabkan begitu jadinya, aku pun menumpang sekali jela join family day ofis laki.

Hebak company ni. Buat kat sunway lagoon. Semua subsidiaries dijemput. Dah la entrance free, makan pon free. Eh dah kata family day kan. Kalau bayar memang nak kena label kedekut lettew. Tapi aku tak main pon semua yang ada kat situ.  Tengok cuci mata jela. First sebab takde kawan. Dah la takde kawan. Ngandung lak tu. Nak masuk extreme park? Ghenti kan la. Awal awal dah kena sound dengan laki, umi jaga barang.

Ok, fine.


Tuh dia vuvuzella uolls. Aku dengan laki tak naik pon sebab nak pegi extreme park pon menggagau nak mencari. Maklum la aku kan first time masuk sini. Kekdahnya jakun la sikit. 




Bukti laki aku join family day ofis dia. Anak bujang steady je duduk dalam stroller. Malas nak jalan lettew. Pagi pagi dah kena kejut maun dia tak mengamok. Nak tido pon tak senang katanyaa. Eleh, orang nak bawak p mandi ni tau. Bukan senang.


Maaf lah ye sebab gambar mandi semua takde. Bukan malas nak bawak kamera, tapi sebab sibuk melayan anak bujang. Aku dah tak paham dah budak ni. First time suka je nengok air. Bila ajak masuk ya ampunnn penakut. Suft Beach tu ada la sikit ombak ombak tapi takde la obvious sangat. Memang sesuai utk bebudak mandi. Eceh.  Tu jela tempat yang dia suka. Plus ada ramai budak. Tah mana mana budak je dia tegur even makpak budak gak. Gahahaha. Peramah sungguh ko nakk. Tempat mandi yang kat atas tu dia dah penakut dah. Maybe sebab ada air pancut bagai. So aqif mungkin rasa macam eh kang aku lemas ni kangg. Bolehhh. Then end kami layankan dia menyusur air kat tepi tepi tu je. Tu pun kemain pelok daddy ketat ketat. Homaigadd ko anak. Tak comel. Tak comel.

Selesai mandi makan tukar baju semua baru start jalan kat Wildlife Park. Pastu dan dan kau anak bujang tido. Daddy tension la. Hasrat dihati nak tunjuk kat anak dia tu fish, bird. Pastu dia tido. Kahkahkahkah. Aku nak gelak guling2 dah. Kau orang tengok la muka hot temper daddy. Dia nak kejut dah tu tapi aku tak bagi. Kau tengok muka anak tu macam penat kan, macam penat kan. Aku ni as a mak kesian la budak tu. Bagi la dia tido dulu.
Muka tension tengok anak sedap tido. Bila nak bangun ni nakkk. Bangun la. Daddy nak tunjuk bird ni. Sini banyak bird ok. Rugi lah kalau awak tido.
Haishh tido lagi. Dah angkat letak angkat letak pon masih tido lagi. Penat swimming katenya lettew. Tak puas hati woo daddy, dia suruh gak anak dia bangun. Dah bangun terpisat pisat terus daddy pi tunjukkan bird. Pastu tetiba gelak sengih sengih. Ok kelakar. Yelah, tujuan utama join family day ni sebab nak entertain anak. Nak tunjukkan dia binatang since dia suka benor dengan pets. Pastu lain tak bukan nak pi mandi manda. Saja. Budak kecik kan suka air. Ikutkan hati malas nak pegi sebab buat hari ahad, esok nak keja. Penat woi.





Lepas pegi Wildlife Park yang belah atas, kami pegi yang belah bawah lak. Tapi banyak yg under contraction. Eh betul ke. Entah la. Sebab kat situ tak ramai orang pon. Sebenarnya dah pening. Kita orang nak pi park yang ada main pusing pusing tu. Tapi cari jalan tak jumpa. Kahkahkah. Dah la tak jumpa, pastu dengan nak bawak stroller lagi kan. Confirm banyak jalan tak boleh nak lalu. Aku pon dah letih gila. Kesiian kat daddy sebenarnya. Aku suruh cari kaum dia taknak. Maybe la banyak kawan dia dok dengan family memasing. Tapi rugi tuuu masuk sunway lagoon tak main segala benda. FOC kot. Lepas ni nak pegi lagi? Boleh. Tapi tunggu anak 3-4 dah besar panjang. Baru seronok. Kahkahkah.

Tujelah aktiviti masa family day ni.
Boring. Boring. Boring.
Sebab tak boleh nak main semua mainan. Kang main kang ada yang bleeding lagi. Aku teringin nak naik flying fox tu. Macam best je flying fox atas air. Macam best je. Wuuuu. Pastu jambatan gantung pon tak naik. Ohh sedih. Takpelah dah takde rezeki kan. Next time kita repeat balik la.






No comments: