life is beautiful

life is beautiful

Thursday, November 28, 2013

Move On

Dah lama dah kami laki bini ni berfikir fikir. Dah habis fikir dah kot. Dah tak tahu dah nak fikir macam mana lagi. Kahkahkah. Actually kami ada long term planning for our family. Something la. Untuk memajukan family tu satu. Untuk meningkatkan taraf ekonomi family pon iye jugak. Cerita macam saspen je kan. Padahal aku rasa semua family yang muda mudi macam kami mengalami situasi macam ni kot. Bahaha.

First, rasa rasa kami ni dah penat kot duduk kl ni. Penat sangat. Especially aku lah. Penat woi dari mula masuk keja sampai dah beranak pinak stay kat kl. Aku rasa macam ohh tolong lah cannot. Cannot go. Laki aku pon sama. Walaupun dia dibesarkan di s.a, tapi dia pon dah semak duduk kl. Kl kalau kau orang nak shopping/kerja ok lah. Kalau nak stay sampai tua, erghh pelish la. Macam aku. Rumah bebetul tetengah klang valley. Kiri kanan pon rumah bertingkek tingkek. Jammed lagi. Lemas hokay. Ini pun status bertahan je ni. Kalau ikutkan hati aku nak je pindah balik sban. Tapi tu lah, dah rezeki keja kat tetengah town, maka kena lah cari rumah dekat dengan ofis. Sebab, senang nak ulang alik ambik anak. Like emergency case. 

Tu satu.
Second, jiwa kami laki bini tak sesuai dengan hirupan udara di kl. Bila kau dah anak, (woii, anak lagi. boringgg..) kau akan mula nak cari tempat yang privasi sikit. Itu kami. Aku tak cakap la semua family. Sebab aku tahu, tak semua family yang kaya raya. Kalau dah tanah tumpah darah kat kl, nak pegi mana lagi ye tak. So tu aku kecualikan. Aku ni, dah biasa duduk kampung. Dah biasa suasan hijau kat kampung. Jadi macam tak tentu arah bila duduk kl. Lagi kau duduk kat PD tu. Homanggg. Tolong lah wei. Aku dah boringg tunggu lift nak naik rumah. Aku dah boring cari parking/dabel parking bila parking penuh. 

Nape tak sewa rumah bawah?
Hajat tu ada, tapi cost. Kau duduk kl semua main cost. Even nak masak kari pon kena beli daun kari kat kedai hokay. Kahkahkah. Rumah i takde tanah belakang nak bercocok tanam. Kalau pon ada, dalam pasu je. Tu pon buat tanam daun sup, cili api dengan pokok bunga. Heeee. Ini dah kira jimat dah ni pasal ofis dan rumah aku dekat. Balik keja boleh jalan kaki. Laki i pegi keja naik motor yuuu. Kadang je naik keta. Ikut keperluan. So kami rasa we need to move on. Dan sebab tu kami memilih untuk membeli rumah di kawasan kampung. Tak membangun?? Takpe. Tunggu nanti ye. Coming soon. Dulu bangi hutan jugak. Serdang pon sama. Sekarang kau orang cuba pegi tengok market rumah kat sana. Mampu beli? Mampu? 

Aku tak suka suasana hiruk pikuk. Aku tak suka bila anak aku duduk saja dalam rumah. Bila nak keluar main kat bawah kena ada peneman. Kalau pun nak bersiar siar, kena lah pegi jauh sikit. Sungguh aku dah tak sanggup nak harunginya. Kadang kala aku rasa nak menyalahkan rtm je. Sebab, apasal lah kau punya ofis tetengah town. Apasal la masa memula aku ditempatkan, aku ditempatkan di hq kl? Kenapa tak balik sban ke, kajang ke. Heeeeheeeheee.

Tapi, semua tu ada hikmahnya ye tak. Ok itu aku faham. So that's why kami dah sebulat hati nak melakukan hijrah. Kepada yang baik menjadi yang lebih baik. Nak improve nasib keluarga. Kebetulan pulak daddy dapat promotion based di kajang/cheras. So rasanya this is the right time. Cuma aku jela. Nak kena buat surat mohon pertukaran bagai. Berdasarkan conference aku dengan bebudak kajang, kat sana nak pakai staff lelaki. Ohh man. But cuba la u try. Mana tahu kot rezeki dapat lak. Hurmm.

Boring dah stay kl lelama. Mari le reramai balik negeri masing masing. Kot susah sangat aku apply je balik sban. Sonang. Rumah mak dekat. Sewa rumah pon murah. Anak pulak boleh hantar kat rumah mak. Tak hantar kat rumah mak pon, dia orang boleh gak tolong tengok tengok kan. Sungguh aku rindu lepak depan rumah sambil menikmati air tea o dan pisang goreng. Sambil tengok anak main basikal depan rumah. Sambil santai dengan suami selepas penat berlelah di ofis selama 8jam. 

Hahahaha baik punya verangan.






Naik Pangkat

Tahniah lah ye kepada segelintir penjawat awam yang dapat kenaikan pangkat baru baru ni. Yang paling best j17 lah sebab naik terus ke ja29. Hoyeh hoyehhh. Rezeki kan. Maka jangan lah menidakkan rezeki orang. Mungkin yang banyak fight benda ni bebudak jkr dgn awam. Kami ni menumpang je. T__T

Basic tak naik. Harap maklom. Hanya elaun, kenaikan gaji tahunan dan cuti je naik. Ikut sama macam j29 yang hakiki. So tak usah la kau orang nak buat spekulasi bagai. Naik gred je weiii. Bukan naik basic pon. Cuma yang untung pada bebudak baru yang baru masuk keja. Dah lah naik pangkat. Pastu gaji basic dia orang pon naik gak. Sebab gov dah selaraskan, bebudak j17 naik ja29 tapi ada diploma akan dapat gaji minima +1800. Yang ada sijil pulak dapat gaji minima +1500. Tak silap aku la. Itu yang aku faham masa taklimat tempoh hari.

Well said.
Tahniah korangggg--

Basic aku tak naik pon sebab dah lebih lah dari bebudak baru. Hahaha. So maintain. Cuti tu syukur alhamdulillah macam tahu tahu saja i need more annual leave for next year. Tahun depan ada dah dua anak hokay. Kot anak kau sakit demam ke apa. Pengasuh ada hal ke apa maka kita perlukan cuti. So gov, lainkali bagi lah cuti banyak lagi. Especially untuk kaum mak mak budak ni.

Bila dah pegi dengar taklimat pekeliling perkhidmatan awam tu sendiri baru la aku faham. Selama ni dengar rumors orang je. Maklum la dok join groups bebudak j17 kat facebook. Hahaha. Orang cakap kita percaya je. La ni kau nak temberang haku?? Meh sini aku luku kepala tu laju laju. Tapi aku rasa naik elaun dengan tak naik macam sama je. Macam sama je. Sebab bila kira balik. Eh next year kan nak kena hantar kat pengasuh dua anak. Bayaran kena dabel lah kan. Demm.

Ahh itu persetankan lah. Makanya disini aku dah buat rumusan. Sebenarnya tanpa kita sedar rezeki anak ni kadang kala datang dalam bentuk yang kita tak nampak. See. Allah bagi aku anak, gov pulak bagi aku promotion. Promotion tu pulak bila kira balik sememangnya untuk anak. Haaa kau orang faham tak apa yang aku nak sampaikan ni? Jadi beranak lah banyak banyak iyye. :)

Macam aku sembang dengan daddy pagi tadi.

Baby kedua ni nak cuti bersalin berapa bulan?
Tiga bulan kot--

Kalau tiga bulan anak boleh dapat berapa?
 At least 3, 4 orang kot. Entah--

Kalau ambik cuti bersalin dua bulan setiap anak, boleh dapat berapa anak?
Lima orang--

Ohhh macam tu ye.
Kenapa--

Kita cukupkan lima anak lah.
????

Ohoiii.
Yang ini pon belum kelua lagi, ada hati nak suruh bini dia beranak sampai lima. Tunggu lah dulu. Kasi settle yang ada kat dalam ni dulu okay.

:)

Tu lah aku nak cakap. Rezeki anak ni banyak.
Sebab pertama, gov baik hati bagi aku naik pangkat. Elaun, cuti etc pon ikut naik.
Kedua, daddy dapat promotion kerja. Based kat kajang/cheras.
Bukankah kami memang merancang nak move on ke sana?

Bukan lah aku nak cakap kau orang yang takde anak tu rezeki tak murah. Bukan. Bukan. Bukan begitu.
Cuma bila kau nak dapat anak ni, rezeki dia lain macam sikit. Walaupun kau sengkek tiap tengah bulan, ada je rezeki yang datang bergolek. Wahh gitu. Tapi rezeki tu bukan utk kegunaan kau. Ia untuk kegunaan anak. Sebab bila dah/nak ada anak ni, kita akan fikir keperluan untuk anak itu dulu. Anak is priority. Yes. That's all. Percayalah.

Ni bonus awal tahun nanti aku rasa aku memang menyopping barang baby je kot. Handbag baju segala dah tak fikir dah. Ke aku je yang macam tu? Kau orang tak kot. Hihihi.






Wednesday, November 27, 2013

Anak Soleh


Gambar ni lah. Gambar ni lah yang aku dok tatap tak jemu jemu masa aqif duduk seremban itu hari. Hari hari pon sedih. Jubah from atok and wan yang baru balik haji. Asalnya jubah tu nak pi basuh. Alang kepalang aku saja pakai kan. Nak tengok ngam ke tak. Sambil tu pulak aqif dok dengan zikir kat astro oasis. Ohh budak ni memang. Asal nak dekat azan je harus bukak astro oasis sebab dia nak dengar zikir sebelum and sesudah azan. 

Alhamdulillah syukur sangat walaupon masih kecil, aqif seakan faham bunyi azan and alunan zikir tu macamana. Mungkin berkat semasa amalan kita semasa mengandungkan dia. Well, who's know right? Bila dah besar nanti jadi bilal ke hafazan ke apa. Jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat pon dah cukup utk umi and daddy. In shaa Allah.





Tuesday, November 19, 2013

20weeks @ 5months

Oh well, mommy 5months already.



Now agak suka #selfie kerana masa pregnancy dahulu kurang gambar mengandung sebab maluuuu. Kahkahkah. Dah la gems. Pipi melimpah ruah habis satu frame kau tahu. Bencik je tengok diri sendiri. But now dah ada kekuatan. Ada aku kisah??? Seri ibu mengandung ni lain wei. Walaupunnnnn. 

Aku takde makna nak seri seri ni de. Pakai apa yang selesa. Make up takde pon. Basic sahaja. Tak retilah nak melawa ni. Simple and selesa tu dah cukup. Takde lah nak eye shadow bagai. Ikut kesesuaian lah. Plus daddy tak suka pon tengok muka bini dia semak dengan pelbagai warna. Lagi dikutuk ada lah. Aku kan nak jadi bini mithali. Kena lah ikut kata laki. Hakhakhaktuih.

Monday, November 18, 2013

Home Sweet Home

Alhamdulillah syukur. Tu je nak cakap. Segala penat lelah turun naik bpp dan ofis lawyer selama dua tahun ni dah berakhir. Lepas ni tunggu je lah our rumah idaman kalbu tu siap. Idaman kalbu katekauuu. Hakhakhak. Nak beli rumah kat s.a memang tak mampu lah chek. Kena lah ukur baju kat badan sendiri. Rumah yang macam ni pun dah syukur sangat. Ok lettew buat turun temurun anak cucu. Jauh pon jauh la janji bukan rumah bertingkek tingkek. Alah, esok lusa pejam celik rasa macam dekat je kot. Now situ pon dah membangun. Nanti mesti ada banyak access kan. Think positif think positif. :)



Banyak jugak lah duit yang dah dikeluarkan kalau nak dikirakan balik. Tapi semua tu kita orang fikir for long term. Proses since hujung tahun 2011 sampai ke hujung tahun 2013. Kalau nak cerita memang banyak dugaan. Especially bab duit. Tapi aku rasa memana couple yang nak beli rumah pon mesti berperang dengan bab duit betul tak? So aku rasa benda ni major prob. Apa ingat nak beli rumah ni macam nak beli blouse yang tengah sale kat zara tu ke? Banyak benor faq sebab kau orang main dengan lawyer firm, contractor and etc. Aku ni dah khattam habis dah. Hahahaha.

So last stage dah selesai. Next, tunggu rumah siap. Dan yang paling utama sekali mulai dari saat ni, tika ni kenalah berjimat ceremat sikit. Kata nak masuk rumah baru. Nak renovation lagi, nak decoration lagi, itu ini blablabla dan sebagainya. Eh tapi rumah baru nak masuk lambat lagi la. Paling lambat pon dua tahun dari sekarang. Doakan aje la semoga semuanya berjalan dengan lancar. Benda ratus ratus ribu weh.

Tak sabar tak sabar tak sabar nak tengok rumah hasil titik peluh kami laki bini ni siap. Asyik dok tengok kawan kawan yang dah ada rumah sendiri je. Jeles oii tahu tak.

Inilah yang dikatakan rezeki anak. Masa jumpa rumah ni aku tgh ngandungkan si aqif. Ni bila dah last stage, aku ngandungkan adik aqif pulak. Tidakkan kau nampak disitu rezeki anak ni murah?


p/s: Jangan dicemburui daku. Aku tak shopping memanjanggggg macam kau orang sebab aku ada komitmen ini. Kau orang ada? =)









Friday, November 15, 2013

Dating Day

Alah actually bukan dating sakan pon. Sebenarnya pegi dinner. Hakhakhak. Nak pegi tengok wayang tapi movie semua tak best. Ke sebab kita orang dah lama tak tengok wayang? Thor aku tak berapa nak masuk. Maka marilah kita dinner. Celebrate baby bump yang ke 19weeks. Hiks. Kebetulan anak bujang pon kat kampung. Daddy tu dah cakap nak makan ikan bakar. Ikutkan tekak yang mengandung ni nak makan steak. Eh tapi steak macam biasa je kat mana mana boleh dapat since daddy cakap kalau takat nak steak tak payah jauh jauh, dekat bazaria rumah kita pon best. Hekeleh. Dekat sangat tuuu baik tak payah. Maka lets ke jalan bellamy. 

Sebenarnya aku tak sure pon memalam dia bukak sebab selalu datang time lunch dengan ofismate. Aku try guna uncle gugel nak tahu business hour dia tutup bukak jam berapa. Mujur malam memang ada satu kedai yg bukak. Dan kebetulan pulak kedai yg bukak tu memang favourite aku. Kedai pertama berhadapan dengan masjid. Gerai Seri Menanti. Kasi bold sikit nama kedai. Kahkahkah. Selalu lunch sana pon tetap kedai situ. Serve biasa je tapi dia punya ikan bakor, perghhhhh. Ikut tekak aku sedap hingga nak tambah nasik 2-3 pinggan. Bahaha.

Dah tahu dah nak select ikan apa. Sebab kat pd hari tu makan talapia best, lets order talapia bakor. Try tengok camaner.


 



Talapia bakar. Sotong bakar. Kangkung belachan. Nasik 3 pinggan. Air suam. Settled. Miahahaha. Macam kebulur sangat je tau nak pi order nasik tambah. Tapi puas hati sebab best dan makan tanpa gangguan. Ohh maaf anak bujang. Awak duduk dgn atuk kat kampung diam diam. Tuh dia daddy smoke tanda kepuasan. Tapi memangg, memang kekenyangan sampai pagi. Nak tido malam pon perut senak wei. Itulah penangan makan tak hingat donia.



Thursday, November 14, 2013

Kapan Kita Ketemu : Part 2

Kahkahkah. Nak gelak dengan diri sendiri. Baru sehari berpisah dengan anak bujang, malam tadi mimpi dia. Koooo pehal?? Cerita dengan daddy dia siap gelak lg. Sound aku alah kan kita balik weekend ni. Adoii sengals betol umi kau ni budak. Serius weh sebab before ni mana penah tak tido sekali dengan dia. Even dia tido sendiri dalam playpen pon aku still dodoikan kan dia dulu kat atas tilam. Dia dah tido baru taruk dalam playpen.

Mana penah weiii berjauhan serupa gini. Maka aku tido berbantalkan bantal polok anak. T__T






Wednesday, November 13, 2013

Checkup 2nd trimester

Oh ya semalam aku pegi checkup for 2nd trimester. Semua ok siap dengar heart beat baby lagi. 158/160. Tapi yang aku paling musykil nya for 19weeks 3 days pregnant aku punya berat hanya 45kilog ok. Hamagad. Macam tak percaya. Tapi tetap kena percaya. Kahkahkah. Kagum dengan diri sendiri sebab dulu masa memula pregnant kan aqif around 5weeks berat aku je dah 45kilog! Hajaib. Kurus bebenor aku nih. Penat sangat lettew jaga anak bujang yang tengah melasak tu.

Rasa selera makan dah ok dah. Takde muntah melainkan kalau kau silap makan makanan berangin. Tu je. Now siap tak puas makan tu. Dah makan nasik then nak makan lagi benda lain buat dip dip. Hamboi 45kilog lah sangat kan. Ke scales kat klinik tu rosak? Ahh persetankan lah. Janji aku and baby sihat sudah lah. Betul?

Lately ni memang suka nak makan. Ada satu benda ni aku tak dapat lagi since awal preggy. Cari kat mana pon benda tu dah tak jual. Adoii. Teringin dan teringat sangat.

Toasted twister by khe-hef-ci

Ya ampun mengidam uolls!





Kapan Kita Ketemu



Alkisah pengasuh aqif kena warded disebabkan nak laser dia punya batu karang. So the right choice now kena lah post anak bujang ke rumah mak aku kat seremban. Hamagadd. Maklumlah cuti aku pon dah tinggal ciput. Daddy pulak keja tak boleh nak cuti sebarang. Lagipon aku bajet mesti next week baru hantar balik aqif ke rumah pengasuh dia. Okay now dah start rindu.

So malam tadi gegas ke seremban. Kelam kelibut sebab daddy balik lambat. Dalam 930 baru gerak dari kl. All the way aqif pon tido. Ni pagi pagi dari seremban dah gerak balik kl. Yelah masing masing keja kan. Nak cuti rasanya cannot la sebab aku pon asyik amik cuti/mc sesajok. Kang buat kena kutuk dengan ofismate jer. 

Weekend ni baru amik aqif balik. Oh sedihnyaa tak tau nak describe perasaan macam mana. Tak pernah kot aku nak berjauhan dengan anak bujang ni. Handbag lah katakan. Walaupon aku keja balik malam still balik boleh tido dengan dia jugak. Alahai. Tetiba down. Rasa macam nak pegi carik maid pulak utk jaga budak. Rasa macam apesal la aku tak transfer ke sban/kajang. Rasa macam apesal la rumah kami tak siap lagi. Rasa macam apesal la aku tak confident nak bawak waja garang tu. Wuwuwu. T__T. Kalau tak, settle prob. Aku boleh ulangalik sban. Tak pon bawak anak datang ofis jap pastu pandai pandai la. Ahh stress.

Bukannya apa. Aku macam boleh ke parents aku jaga dia ni. Ok ke. Tabahkah mereka. Boleh tak sampai macam tu sekali aku fikir. Macam la diaorg tak pernah beranak kocik. Paranoid kah aku ini? Entahla. Aku cuma percaya dengan orang yang dah pernah or dah biasa dengan aqif saja. Means bukan aku x percaya kat parents aku cuma rasa macam menyusahkan diaorang pulak. Termasuk lah mil aku ni pon aku kurang percaya. Sebab satu, diaorang dah tua. Dah tak larat la nak kejor budak kocik turun naik tangga. Nak melayan dia makan, minum, susu, tido lagi. Tu satu. Kang dia nak main main. Wahh gitu. So memang tak hantar la ke rumah mil. Lagipon aqif dengan diorang mana nak sangat. Maybe dah besar sikit baru dia nak kot. :)

Ni ke rumah parents aku pon aku terpaksa mengpositifkan diri walaupon ok je dia dgn makpak aku. Pernah je tinggalkan kejap kalau kami ada hal. Ok je ayah aku melayan. Oii aqif ngan bapak aku kamching. Nak nak kena bawak naik motor. Gila tak suka. Kahkahkah. Okok marilah berfikiran macam orang berakal sikit. Hope anak bujang tu takde la nak buat perangai. Tadi aku call pon dia tgh makan biskut sambil tgk tv. Dah siap mandi, lunch and berak pon.

Alah umi and daddy je lebih. Budak tu ok je duduk ngan someone else. Banyak fikir bukan bukan. Bukan ke aku and daddy tgh cari time utk berdua duaan? Eh bukan boleh pegi dating ke sekarang ni? 
Kahkahkah
=)






Friday, November 08, 2013

No filter


Bajet seri ibu mengandung lah angat.
Abaikan kain pelikat kat belakang tuuu.
Kahkahkah. 
OK.
Sila jangan muntah.
Bai.





Thursday, November 07, 2013

Nuffnang Ads

First time buat belog dulu perkara pertama yang aku buat adalah gigih pegi register kat nuffnang. Padahal aku ilmu alam belog pon zero. Masa tu la. Sekarang dah up up and up. Ok sikit je. T__T

Bila kau register pastu kan dia suruh tampak iklan dalam belog memasing utk menjana pendapatan. Entah la. Aku sampai sekarang masih tak paham. Dulu. Ada lah masukkan iklan. Lepastu leka. Tak update apa apa. Yang aku tahu dalam acc ada RM1.75. OK Jangan gelak.

Sampai la sekarang, tetiba ada sorang kawan ni tanya, aku tak masukkan iklan dalam belog ke since suka naw update belog walaupunnn kisahnya merapu. Kahkahkah. So aku macam ehh lupa laaa. Aku ada acc nuffnang. Nak pegi log in lah.

Ok aku log in. Pastu macam haaaaa. Kenapa dah lain?? Kenapa dah baru?? Kenapa aku baru tahuuu??

Kahkahkahkah. Padan muka diri sendiri.

Terus ku w/a geng susuk tanya dia pasal website nuffnang dah baru. Ok dia pon baru tahu! Kahkahkah. Maklumlah dah 8 bulan tak update belog. Ok ni lagi melampau kuasa dua. Terus memasing gigil search uncle gugel. Ok dah jumpa cara caranya. Tima kasih uncle! Laff u.

So ini la cara nak taruk iklan dari nuffnang yang baru kepada siapa yang jahil macam aku ni--


1. Log in kau orang punya acc nuffnang kat http://www.nuffnang.com.my/

2. Cari blog manager then klik kat anak panah.  Klik Manage My Blogs.

3. Kemudian, klik kat Update Survey

4. Dah klik, kau orang akan disuruh isi survey dari nuffnang. Ada dua section. So kena isi dua dua section. Dah siap isi kau orang baru boleh klik dekat Submit.



5. Kemudian dekat belah atas akan appear bar kaler hijau. Ada link Add Ads Page. Klik situ.


6. Tadaaa, akan keluar benda ni. Dia akan suruh kau orang choose type apa yang kau orang nak. Ikut kesesuaikan blog kau orang ok.


7. Kemudian akan keluar kod iklan nuffnang dan make sure jangan lupa copy dulu sebelum klik butang Next.


8. Ikuti langkah seterusnya sampai korang nampak iklan nuffnang dalam belog kau orang.


Ok, selamat memeningkan kepala. Aku dah selamat dah. Fuhh~~ Harap harap lepas ni boleh la menjana pendapatan yang lumayan gitu. Wahhh. Kau belog sendu je toksah nak verangan la haii.

**kualiti gambar adalah kurang menarik.






Wednesday, November 06, 2013

Perangai Perempuan Mengandung

Aku tak tahu la ni pembawakan budak ke apa. Tapi sejak mengandung anak kedua ni perangai aku ada sikit lain la. Lain bukan lain yang bukan bukan. Ni lain macam kau tu best je. Kahkahkah. Ke bukan. Ke aku ni dah penat pendam?

Gini la.
Aku ada la 2-3 orang kawan lelaki ni yang tak tahu la nak cakap perangai macamana. Macam perangai good good pon ada. Bila borak ada je nak menyelit buat lawak bodoh. Kadang nampak sangat kau tu bongok. Asal bercakap ada je nak menyakitkan hati. Gurau tak kena tempat. Well, bila kau borak dengan perempuan yang hati lembut ni toksah la nak menghanjing kuat sangat. Actually dah ada la 3-4 orang kawan perempuan aku ni sentap dengan mereka. Yelah, asal borak je tetiba kau masuk line pastu gurau tak kena tempat. Like, eh kau dah kenapa?? 

Aku pon tak terkecuali. Dulu aku malas nak layan. Kalau diaorang kuat sangat nganjing aku belah. Malas nak panjang cerita. Kang dari kau yang sakit hati baik kau buat tak reti. Nak jadi kan cerita aku ni dah la tengah ngandung kan. Lagi la hati ni panas lain macam je. Hahaha. One day, tah apa tah diaorang ni sembang pastu tetiba kena kan aku. Eh aku apa lagi. Bubuh la cukup cukup. Pastu ada lah ayat aku tu maybe buat diaorang sentap. Dan aku rasa ada kawan perempuan aku pon terkejut yang aku boleh smash macam tu. Sebab before ni aku diam.

Yang aku ingat, ayat aku tu cakap diaorang annoying. Menjengkelkan. Kahkahkah. Pastu start dari hari tu bila diaorang sembang time aku ada or kalau aku ada sampuk sampuk sikit mesti nak perli perli. Ahh kauu. Ada la time aku smash diaorang itu hari, diaorang cakap aku ni ngandung pembawakan budak sebab tu macam nak marah. Dalam perut anak tu mesti gegirl sebab masa first pregnant dulu tak macam ni. Choyy la. Macam kau tu pulak yang tengah carry anak aku. Macam kau tu pulak tuhan. Haaa tengok. Kan aku dah ada unsur unsur marah ni.

Bukan sebab itu okay. Bukan sebab aku mengandung. Tapi sebab aku dah penat gila tengok kau orang menyalak. Pastu nak ayat macam kau tu bagus ahh. Bajet je. Serius doh lama lama aku tak boleh nak in dengan mereka. Like kau sembang macam budak baru nak up. Isi takde. Harap auta je lebih. Dengan lawak merapu nya. Ya Allah i don't like it. Tak menggambarkan umur kau ok. Dan kebetulan pulak aku ni tengah ngandung. So diaorang pun fikir la aku ni macam tu.

Aku bukan apa. Since umur pon dah makin meningkat, aku nak input yang aku dapat tu berguna dalam kehidupan seharian. Zaman weng weng dah lama berlalu. Orang kata dah cuci tangan. Dah bosan weh asyik dengar benda lagho ni. Aku nak memajukan diri. Bukan la selalu pon nak serius. Tapi at least diri kita kena lah berubah sikit demi sikit. Untuk kebaikan orang disekeliling kita jugak. 

Contoh.
Kau dah lama tak jumpa dia. Bila jumpa baru baru ni kau nampak ada perubahan dalam diri dia. Berbeza dari sebelum ni. Berbeza tu maksud aku benda baik la. Tak ke benda tu boleh mengimprove kan diri kita? Dunia dah maju. Masyarakat pon dah semakin bijak pandai. Aku tak nak aku macam ni je ditakuk lama. Bergaul pon dengan orang yang berpemikiran yang sama macam kau. Ok tu bosan. So i need a fresh air. Nak ada kawan yang sama sama improve diri masing masing. Bukan yang dok lawak bodoh tak ke sudah. 

Haishh--

Dan mungkin sebab sekarang ni aku dah terbiasa ditrain oleh manusia yang berpandangan jauh ke hadapan like Dr.M?

...





Tazkirah Rabu

xoxo

Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isterinya.
Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'--
'Halim' bermakna ialah,

sabar--
tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal--

Bilakah seorang isteri kurang akal?
Yakini ketika isterinya sedang marah.

Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik.

- Imam Al-Ghazali



Noted.