life is beautiful

life is beautiful

Monday, November 18, 2013

Home Sweet Home

Alhamdulillah syukur. Tu je nak cakap. Segala penat lelah turun naik bpp dan ofis lawyer selama dua tahun ni dah berakhir. Lepas ni tunggu je lah our rumah idaman kalbu tu siap. Idaman kalbu katekauuu. Hakhakhak. Nak beli rumah kat s.a memang tak mampu lah chek. Kena lah ukur baju kat badan sendiri. Rumah yang macam ni pun dah syukur sangat. Ok lettew buat turun temurun anak cucu. Jauh pon jauh la janji bukan rumah bertingkek tingkek. Alah, esok lusa pejam celik rasa macam dekat je kot. Now situ pon dah membangun. Nanti mesti ada banyak access kan. Think positif think positif. :)



Banyak jugak lah duit yang dah dikeluarkan kalau nak dikirakan balik. Tapi semua tu kita orang fikir for long term. Proses since hujung tahun 2011 sampai ke hujung tahun 2013. Kalau nak cerita memang banyak dugaan. Especially bab duit. Tapi aku rasa memana couple yang nak beli rumah pon mesti berperang dengan bab duit betul tak? So aku rasa benda ni major prob. Apa ingat nak beli rumah ni macam nak beli blouse yang tengah sale kat zara tu ke? Banyak benor faq sebab kau orang main dengan lawyer firm, contractor and etc. Aku ni dah khattam habis dah. Hahahaha.

So last stage dah selesai. Next, tunggu rumah siap. Dan yang paling utama sekali mulai dari saat ni, tika ni kenalah berjimat ceremat sikit. Kata nak masuk rumah baru. Nak renovation lagi, nak decoration lagi, itu ini blablabla dan sebagainya. Eh tapi rumah baru nak masuk lambat lagi la. Paling lambat pon dua tahun dari sekarang. Doakan aje la semoga semuanya berjalan dengan lancar. Benda ratus ratus ribu weh.

Tak sabar tak sabar tak sabar nak tengok rumah hasil titik peluh kami laki bini ni siap. Asyik dok tengok kawan kawan yang dah ada rumah sendiri je. Jeles oii tahu tak.

Inilah yang dikatakan rezeki anak. Masa jumpa rumah ni aku tgh ngandungkan si aqif. Ni bila dah last stage, aku ngandungkan adik aqif pulak. Tidakkan kau nampak disitu rezeki anak ni murah?


p/s: Jangan dicemburui daku. Aku tak shopping memanjanggggg macam kau orang sebab aku ada komitmen ini. Kau orang ada? =)









4 comments:

zurinazakaria said...

Wahh...
Kat mana ni Lisa?

Ala, lokasi tak penting, yg penting pd zaman sekarang ni ialah rumah atas nama sendiri..harta tu..
Dulu org ckp rumah k.zrin kat kawasan yg tak maju la tapi bagi k.zrin biarlah, janji rumah sendiri dan harga tak melampaui kemampuan..

si peri peri said...

Ni tawakal je ni kak. Sebab fikir nak kumpul harta. Lokasinya jauhhh kak. Kat semenyih. Tu je yg mampu. Tapi bila fikir balik dulu shah alam hutan jugak. Bangi hutan jugak. Now tengok la apa dah jadi. So next time kawasan rumah akak tu akan maju jugak. Sama mcm semenyih tu. Hehehe

zurinazakaria said...

biarlah jauh dan dlm hutan ke apa ke lisa, janji rumah sendiri..nama sendiri..lama2 nanti membangun la semenyih atau salak tinggi tu..buat masa ni boleh la kita enjoy ketenangan yg ada..hihi

si peri peri said...

kannnn. tak sabar nak menikmati saat saat tu. macam org kata, susah susah dahulu, senang kemudian. now tgh time susah lah ni. tengah nak setup hidup. haha