life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, November 13, 2013

Kapan Kita Ketemu



Alkisah pengasuh aqif kena warded disebabkan nak laser dia punya batu karang. So the right choice now kena lah post anak bujang ke rumah mak aku kat seremban. Hamagadd. Maklumlah cuti aku pon dah tinggal ciput. Daddy pulak keja tak boleh nak cuti sebarang. Lagipon aku bajet mesti next week baru hantar balik aqif ke rumah pengasuh dia. Okay now dah start rindu.

So malam tadi gegas ke seremban. Kelam kelibut sebab daddy balik lambat. Dalam 930 baru gerak dari kl. All the way aqif pon tido. Ni pagi pagi dari seremban dah gerak balik kl. Yelah masing masing keja kan. Nak cuti rasanya cannot la sebab aku pon asyik amik cuti/mc sesajok. Kang buat kena kutuk dengan ofismate jer. 

Weekend ni baru amik aqif balik. Oh sedihnyaa tak tau nak describe perasaan macam mana. Tak pernah kot aku nak berjauhan dengan anak bujang ni. Handbag lah katakan. Walaupon aku keja balik malam still balik boleh tido dengan dia jugak. Alahai. Tetiba down. Rasa macam nak pegi carik maid pulak utk jaga budak. Rasa macam apesal la aku tak transfer ke sban/kajang. Rasa macam apesal la rumah kami tak siap lagi. Rasa macam apesal la aku tak confident nak bawak waja garang tu. Wuwuwu. T__T. Kalau tak, settle prob. Aku boleh ulangalik sban. Tak pon bawak anak datang ofis jap pastu pandai pandai la. Ahh stress.

Bukannya apa. Aku macam boleh ke parents aku jaga dia ni. Ok ke. Tabahkah mereka. Boleh tak sampai macam tu sekali aku fikir. Macam la diaorg tak pernah beranak kocik. Paranoid kah aku ini? Entahla. Aku cuma percaya dengan orang yang dah pernah or dah biasa dengan aqif saja. Means bukan aku x percaya kat parents aku cuma rasa macam menyusahkan diaorang pulak. Termasuk lah mil aku ni pon aku kurang percaya. Sebab satu, diaorang dah tua. Dah tak larat la nak kejor budak kocik turun naik tangga. Nak melayan dia makan, minum, susu, tido lagi. Tu satu. Kang dia nak main main. Wahh gitu. So memang tak hantar la ke rumah mil. Lagipon aqif dengan diorang mana nak sangat. Maybe dah besar sikit baru dia nak kot. :)

Ni ke rumah parents aku pon aku terpaksa mengpositifkan diri walaupon ok je dia dgn makpak aku. Pernah je tinggalkan kejap kalau kami ada hal. Ok je ayah aku melayan. Oii aqif ngan bapak aku kamching. Nak nak kena bawak naik motor. Gila tak suka. Kahkahkah. Okok marilah berfikiran macam orang berakal sikit. Hope anak bujang tu takde la nak buat perangai. Tadi aku call pon dia tgh makan biskut sambil tgk tv. Dah siap mandi, lunch and berak pon.

Alah umi and daddy je lebih. Budak tu ok je duduk ngan someone else. Banyak fikir bukan bukan. Bukan ke aku and daddy tgh cari time utk berdua duaan? Eh bukan boleh pegi dating ke sekarang ni? 
Kahkahkah
=)






No comments: