life is beautiful

life is beautiful

Thursday, November 28, 2013

Move On

Dah lama dah kami laki bini ni berfikir fikir. Dah habis fikir dah kot. Dah tak tahu dah nak fikir macam mana lagi. Kahkahkah. Actually kami ada long term planning for our family. Something la. Untuk memajukan family tu satu. Untuk meningkatkan taraf ekonomi family pon iye jugak. Cerita macam saspen je kan. Padahal aku rasa semua family yang muda mudi macam kami mengalami situasi macam ni kot. Bahaha.

First, rasa rasa kami ni dah penat kot duduk kl ni. Penat sangat. Especially aku lah. Penat woi dari mula masuk keja sampai dah beranak pinak stay kat kl. Aku rasa macam ohh tolong lah cannot. Cannot go. Laki aku pon sama. Walaupun dia dibesarkan di s.a, tapi dia pon dah semak duduk kl. Kl kalau kau orang nak shopping/kerja ok lah. Kalau nak stay sampai tua, erghh pelish la. Macam aku. Rumah bebetul tetengah klang valley. Kiri kanan pon rumah bertingkek tingkek. Jammed lagi. Lemas hokay. Ini pun status bertahan je ni. Kalau ikutkan hati aku nak je pindah balik sban. Tapi tu lah, dah rezeki keja kat tetengah town, maka kena lah cari rumah dekat dengan ofis. Sebab, senang nak ulang alik ambik anak. Like emergency case. 

Tu satu.
Second, jiwa kami laki bini tak sesuai dengan hirupan udara di kl. Bila kau dah anak, (woii, anak lagi. boringgg..) kau akan mula nak cari tempat yang privasi sikit. Itu kami. Aku tak cakap la semua family. Sebab aku tahu, tak semua family yang kaya raya. Kalau dah tanah tumpah darah kat kl, nak pegi mana lagi ye tak. So tu aku kecualikan. Aku ni, dah biasa duduk kampung. Dah biasa suasan hijau kat kampung. Jadi macam tak tentu arah bila duduk kl. Lagi kau duduk kat PD tu. Homanggg. Tolong lah wei. Aku dah boringg tunggu lift nak naik rumah. Aku dah boring cari parking/dabel parking bila parking penuh. 

Nape tak sewa rumah bawah?
Hajat tu ada, tapi cost. Kau duduk kl semua main cost. Even nak masak kari pon kena beli daun kari kat kedai hokay. Kahkahkah. Rumah i takde tanah belakang nak bercocok tanam. Kalau pon ada, dalam pasu je. Tu pon buat tanam daun sup, cili api dengan pokok bunga. Heeee. Ini dah kira jimat dah ni pasal ofis dan rumah aku dekat. Balik keja boleh jalan kaki. Laki i pegi keja naik motor yuuu. Kadang je naik keta. Ikut keperluan. So kami rasa we need to move on. Dan sebab tu kami memilih untuk membeli rumah di kawasan kampung. Tak membangun?? Takpe. Tunggu nanti ye. Coming soon. Dulu bangi hutan jugak. Serdang pon sama. Sekarang kau orang cuba pegi tengok market rumah kat sana. Mampu beli? Mampu? 

Aku tak suka suasana hiruk pikuk. Aku tak suka bila anak aku duduk saja dalam rumah. Bila nak keluar main kat bawah kena ada peneman. Kalau pun nak bersiar siar, kena lah pegi jauh sikit. Sungguh aku dah tak sanggup nak harunginya. Kadang kala aku rasa nak menyalahkan rtm je. Sebab, apasal lah kau punya ofis tetengah town. Apasal la masa memula aku ditempatkan, aku ditempatkan di hq kl? Kenapa tak balik sban ke, kajang ke. Heeeeheeeheee.

Tapi, semua tu ada hikmahnya ye tak. Ok itu aku faham. So that's why kami dah sebulat hati nak melakukan hijrah. Kepada yang baik menjadi yang lebih baik. Nak improve nasib keluarga. Kebetulan pulak daddy dapat promotion based di kajang/cheras. So rasanya this is the right time. Cuma aku jela. Nak kena buat surat mohon pertukaran bagai. Berdasarkan conference aku dengan bebudak kajang, kat sana nak pakai staff lelaki. Ohh man. But cuba la u try. Mana tahu kot rezeki dapat lak. Hurmm.

Boring dah stay kl lelama. Mari le reramai balik negeri masing masing. Kot susah sangat aku apply je balik sban. Sonang. Rumah mak dekat. Sewa rumah pon murah. Anak pulak boleh hantar kat rumah mak. Tak hantar kat rumah mak pon, dia orang boleh gak tolong tengok tengok kan. Sungguh aku rindu lepak depan rumah sambil menikmati air tea o dan pisang goreng. Sambil tengok anak main basikal depan rumah. Sambil santai dengan suami selepas penat berlelah di ofis selama 8jam. 

Hahahaha baik punya verangan.






No comments: