life is beautiful

life is beautiful

Thursday, November 28, 2013

Naik Pangkat

Tahniah lah ye kepada segelintir penjawat awam yang dapat kenaikan pangkat baru baru ni. Yang paling best j17 lah sebab naik terus ke ja29. Hoyeh hoyehhh. Rezeki kan. Maka jangan lah menidakkan rezeki orang. Mungkin yang banyak fight benda ni bebudak jkr dgn awam. Kami ni menumpang je. T__T

Basic tak naik. Harap maklom. Hanya elaun, kenaikan gaji tahunan dan cuti je naik. Ikut sama macam j29 yang hakiki. So tak usah la kau orang nak buat spekulasi bagai. Naik gred je weiii. Bukan naik basic pon. Cuma yang untung pada bebudak baru yang baru masuk keja. Dah lah naik pangkat. Pastu gaji basic dia orang pon naik gak. Sebab gov dah selaraskan, bebudak j17 naik ja29 tapi ada diploma akan dapat gaji minima +1800. Yang ada sijil pulak dapat gaji minima +1500. Tak silap aku la. Itu yang aku faham masa taklimat tempoh hari.

Well said.
Tahniah korangggg--

Basic aku tak naik pon sebab dah lebih lah dari bebudak baru. Hahaha. So maintain. Cuti tu syukur alhamdulillah macam tahu tahu saja i need more annual leave for next year. Tahun depan ada dah dua anak hokay. Kot anak kau sakit demam ke apa. Pengasuh ada hal ke apa maka kita perlukan cuti. So gov, lainkali bagi lah cuti banyak lagi. Especially untuk kaum mak mak budak ni.

Bila dah pegi dengar taklimat pekeliling perkhidmatan awam tu sendiri baru la aku faham. Selama ni dengar rumors orang je. Maklum la dok join groups bebudak j17 kat facebook. Hahaha. Orang cakap kita percaya je. La ni kau nak temberang haku?? Meh sini aku luku kepala tu laju laju. Tapi aku rasa naik elaun dengan tak naik macam sama je. Macam sama je. Sebab bila kira balik. Eh next year kan nak kena hantar kat pengasuh dua anak. Bayaran kena dabel lah kan. Demm.

Ahh itu persetankan lah. Makanya disini aku dah buat rumusan. Sebenarnya tanpa kita sedar rezeki anak ni kadang kala datang dalam bentuk yang kita tak nampak. See. Allah bagi aku anak, gov pulak bagi aku promotion. Promotion tu pulak bila kira balik sememangnya untuk anak. Haaa kau orang faham tak apa yang aku nak sampaikan ni? Jadi beranak lah banyak banyak iyye. :)

Macam aku sembang dengan daddy pagi tadi.

Baby kedua ni nak cuti bersalin berapa bulan?
Tiga bulan kot--

Kalau tiga bulan anak boleh dapat berapa?
 At least 3, 4 orang kot. Entah--

Kalau ambik cuti bersalin dua bulan setiap anak, boleh dapat berapa anak?
Lima orang--

Ohhh macam tu ye.
Kenapa--

Kita cukupkan lima anak lah.
????

Ohoiii.
Yang ini pon belum kelua lagi, ada hati nak suruh bini dia beranak sampai lima. Tunggu lah dulu. Kasi settle yang ada kat dalam ni dulu okay.

:)

Tu lah aku nak cakap. Rezeki anak ni banyak.
Sebab pertama, gov baik hati bagi aku naik pangkat. Elaun, cuti etc pon ikut naik.
Kedua, daddy dapat promotion kerja. Based kat kajang/cheras.
Bukankah kami memang merancang nak move on ke sana?

Bukan lah aku nak cakap kau orang yang takde anak tu rezeki tak murah. Bukan. Bukan. Bukan begitu.
Cuma bila kau nak dapat anak ni, rezeki dia lain macam sikit. Walaupun kau sengkek tiap tengah bulan, ada je rezeki yang datang bergolek. Wahh gitu. Tapi rezeki tu bukan utk kegunaan kau. Ia untuk kegunaan anak. Sebab bila dah/nak ada anak ni, kita akan fikir keperluan untuk anak itu dulu. Anak is priority. Yes. That's all. Percayalah.

Ni bonus awal tahun nanti aku rasa aku memang menyopping barang baby je kot. Handbag baju segala dah tak fikir dah. Ke aku je yang macam tu? Kau orang tak kot. Hihihi.






No comments: