life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, November 06, 2013

Perangai Perempuan Mengandung

Aku tak tahu la ni pembawakan budak ke apa. Tapi sejak mengandung anak kedua ni perangai aku ada sikit lain la. Lain bukan lain yang bukan bukan. Ni lain macam kau tu best je. Kahkahkah. Ke bukan. Ke aku ni dah penat pendam?

Gini la.
Aku ada la 2-3 orang kawan lelaki ni yang tak tahu la nak cakap perangai macamana. Macam perangai good good pon ada. Bila borak ada je nak menyelit buat lawak bodoh. Kadang nampak sangat kau tu bongok. Asal bercakap ada je nak menyakitkan hati. Gurau tak kena tempat. Well, bila kau borak dengan perempuan yang hati lembut ni toksah la nak menghanjing kuat sangat. Actually dah ada la 3-4 orang kawan perempuan aku ni sentap dengan mereka. Yelah, asal borak je tetiba kau masuk line pastu gurau tak kena tempat. Like, eh kau dah kenapa?? 

Aku pon tak terkecuali. Dulu aku malas nak layan. Kalau diaorang kuat sangat nganjing aku belah. Malas nak panjang cerita. Kang dari kau yang sakit hati baik kau buat tak reti. Nak jadi kan cerita aku ni dah la tengah ngandung kan. Lagi la hati ni panas lain macam je. Hahaha. One day, tah apa tah diaorang ni sembang pastu tetiba kena kan aku. Eh aku apa lagi. Bubuh la cukup cukup. Pastu ada lah ayat aku tu maybe buat diaorang sentap. Dan aku rasa ada kawan perempuan aku pon terkejut yang aku boleh smash macam tu. Sebab before ni aku diam.

Yang aku ingat, ayat aku tu cakap diaorang annoying. Menjengkelkan. Kahkahkah. Pastu start dari hari tu bila diaorang sembang time aku ada or kalau aku ada sampuk sampuk sikit mesti nak perli perli. Ahh kauu. Ada la time aku smash diaorang itu hari, diaorang cakap aku ni ngandung pembawakan budak sebab tu macam nak marah. Dalam perut anak tu mesti gegirl sebab masa first pregnant dulu tak macam ni. Choyy la. Macam kau tu pulak yang tengah carry anak aku. Macam kau tu pulak tuhan. Haaa tengok. Kan aku dah ada unsur unsur marah ni.

Bukan sebab itu okay. Bukan sebab aku mengandung. Tapi sebab aku dah penat gila tengok kau orang menyalak. Pastu nak ayat macam kau tu bagus ahh. Bajet je. Serius doh lama lama aku tak boleh nak in dengan mereka. Like kau sembang macam budak baru nak up. Isi takde. Harap auta je lebih. Dengan lawak merapu nya. Ya Allah i don't like it. Tak menggambarkan umur kau ok. Dan kebetulan pulak aku ni tengah ngandung. So diaorang pun fikir la aku ni macam tu.

Aku bukan apa. Since umur pon dah makin meningkat, aku nak input yang aku dapat tu berguna dalam kehidupan seharian. Zaman weng weng dah lama berlalu. Orang kata dah cuci tangan. Dah bosan weh asyik dengar benda lagho ni. Aku nak memajukan diri. Bukan la selalu pon nak serius. Tapi at least diri kita kena lah berubah sikit demi sikit. Untuk kebaikan orang disekeliling kita jugak. 

Contoh.
Kau dah lama tak jumpa dia. Bila jumpa baru baru ni kau nampak ada perubahan dalam diri dia. Berbeza dari sebelum ni. Berbeza tu maksud aku benda baik la. Tak ke benda tu boleh mengimprove kan diri kita? Dunia dah maju. Masyarakat pon dah semakin bijak pandai. Aku tak nak aku macam ni je ditakuk lama. Bergaul pon dengan orang yang berpemikiran yang sama macam kau. Ok tu bosan. So i need a fresh air. Nak ada kawan yang sama sama improve diri masing masing. Bukan yang dok lawak bodoh tak ke sudah. 

Haishh--

Dan mungkin sebab sekarang ni aku dah terbiasa ditrain oleh manusia yang berpandangan jauh ke hadapan like Dr.M?

...





No comments: