life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 12, 2013

11.12.13

Semalam punya cerita.

Selamat bercuti warga selangor!! Especially kepada daddy. Eh, tapi aku pon cuti gak. Amik annual leave. Sebab ada banyak urusan. Hehehe. Memang banyak pon, dari pagi sampai ke malam baru settle semua tu. Lunyai badan. Aqif pon terpaksa kami amik lambat. Maaflah ye mak aqif.

Bangsar - town kl - kajang - klang lama - PD

Fuhh. Dah le town jammed macam haram. Nasib baik kami decide naik motor. Selamat. Merasa lah bontot mak buyung ni kebas. First destinasi of course ke kkia, bangsar dulu. Aku kan ada appointment minum air gula and check up perut. Sambil aku bercheck up, daddy runner ke kwsp. Tak mungkin aku nak suruh dia tercongok tunggu aku kan. Cannot. Buat sakit telinga je kang kot aku lambat. So dia settle keje dia, aku settle check up aku. Fair. Kebetulan pulak sama-sama habis. Then, kena balik rumah sebab tetiba schedule berubah. Nak amik docs bagai lak. Pheww.


Sambil tunggu nombor giliran kat klinik sambil bersudoku. Aku rasa dah berhelai helai aku buat, dah naik berpinau mata dok melayan nombor. Tapi kemain lambat nombor aku nak kena panggil. Tekanan sungguh. Rupanya nurse kat bilik yg aku nak check up tu tinggal sorang je. Patut pon lembab cam sipot.

Settle balik rumah amik docs and lunch segala, kita orang gerak pegi town balik. Settlekan insurance aku, insurance waja garang and personal loan. Actually aku nk terminate insurance tu. Motip? Nak clearkan payslip. Maklumlah, aku buat tolakan gaji dalam payslip. Habis cacat tau. Hahaha. Lagipon nak tukar insurance. Yang dok ada ni macam takde function. Lama dah kot aku buat. Since 2008 till now. So boring sebab dulu pon ikut orang. Dia suruh masuk kita masuk. Bujang bujang takde komitmen lah katakan. :) Now dah bijak sikit lah. Nak bebaskan payslip dari hutang piutang. 



Kelakar tau semalam. Sebab semua tempat tu tak tahu celah mana duduknya maka aku yang passenger ni kena on gps. Sambil peluk daddy sambil pegang hp. Dari jauh boleh lah nampak satu satu bangunan nya. Kalau dah duduk kat bawah tu haram apa nk nampak. Kehkehkeh. Gigih weh plan nak pegi mana dulu sebab nak kejarkan masa. Macam aku cakap tadi, town jammed macam haram. Ni kalau naik keta tadi for sure menyumpah seranah dalam keta. Badan penat, otak letih, hati lagi sakit. Dah la aku ni malas nak dengar org membebel.

By 1530 dah settle semua. Balik rumah semula amik keta pulak sebab nak ke kajang sebab daddy ada nak jumpa orang. Pon jammed sikit gak tu kat highway. Dalam tengah drive tu daddy dok bising hai bila lah nak dapat pindah kajang ni. Soon sayang soon. Kita catch up satu satu dulu k.

Sampai kajang kena tunggu jap orang yang daddy nk jumpa tu. Alang kepalang kita pekena sate kajang hj.samuri yang kononnya top dan sedap itu. Lapaa.




Takdelah nak makan beriya sebab lunch hour tadi dah makan kan. Ni pon order 20 cucuk. Nasib habis licin tak membazir. Daddy punya abc superb. Rasa macam nak habiskan je. Lately ni selera makan aku dan naik balik lah. Alhamdulillah. Dah takde angin badan n muntah. Kalau ada pon sebab lambat makan. Gitu. Eh timbang kali ni berat dah naik 47kilog. Hoyehh. Tak naik mendadak. Ok ok jer. Mak suka. Settle makan, settle jumpa orang baru balik rumah. Eh before tu kena singgah tesco klang lama dulu nak beli groceries. Stail kami laki bini akan shopping tengah bulan. Sebab? Tak ramai orang. Kahkahkah.

Betul lah wei harga barang naik melampau. Dulu shopping around rm200 pun boleh lepas. Lately ni hamik kau sampai rm400. Padahal barang beli sama je tetiap bulan. Kalau ada pon ada lah 3-4 barang baru nak kena masukkan kat dalam rumah tu. Kumpul sikit sikit. Ni kalau aku pakai amik sekali grap je mahu cecah 5-6 ratus. Huwaaa. Matiks lah. Kesian daddy tau. Dia kan cari duit dapur untuk family kami. T__T

After isyak baru sampai rumah, baru pi amik anak bujang. Tapau kan gak la mak dia satay buat upah. Yela, dah jaga anak bujang dari pagi sampai ke malam kan ke penat. Eh tapi bukan selalu pon aku amik lambat. Bila ada hal yang tak dapat nak elak je baru call mak dia cakap nak amik lambat. Maybe lah orang tua tu tak cakap apa. Tapi kita ni tak sedap hati. Walaupon macam tu, every month aku still bayar lebih walaupun dalam perjanjian (wahh gitu) dia mintak upah 300 je. Sebab puas hati dia jaga aqif ok. Syukur Alhamdulillah.

Now, hati tenang sikit sebab banyak benda utk tahun ni dah hampir settle. Walaupun macam hushing hour, macam semput sikit tapi yg penting semua tu takde delay. Aku ni malas nak semak kepala. Tak lama lagi aku pon dah nak delivery. So untuk next year dah kena prepare barang baby pulak. Dah siap list ok apa benda yang aku nak beli. =) Mesti kau orang cakap aku poyo kan. Ahh lantak lah aku suka.

Kbai.






No comments: