life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, December 04, 2013

7 years

Hari ni genap lah 7 tahun aku berkhidmat dalam sektor kerajaan. Diam tak diam kan. Dahhh 7 tahun. Masih lagi di jawatan yang sama (opsyen tak sign lagi so masih maintain jawatan hakiki.. kihkihkih), masih lagi di seksyen yang sama cuma tempat je berubah. Boringgg. Kahkahkah.

Ok. Tipu.

Tempat baru.
Dah masuk tahun kedua. Quite ok. Happening dari tempat lama. Jadual tugas kena shift. Dulu keja buat editing now keja kena ingest bahan etcs. Tak paham? Toksah lah paham. Kang kau orang pening. Pening ahh. Banyak benda baru nak kena catch up. Sistem semua nak ke arah fully hd. Gituh. Boss baru dua kali tukar. Staff pulak ada yang dah pencen dan ada yang dah bertukar ke negeri masing masing.

Tapi aku jugak yang masih disini. T__T

Eh aku tak menyesal. Standard lah kan. Kalau kau takde apa masaelah, buat apa nak bertukar tempat. Lainlah kalau kau suka gaduh dengan boss, tak boleh nak give and take dengan ofismate. Aku senang je. Janji keja aku buat dengan amanah dan berdedikasi. Kau orang nak gaduh tak puas hati ke apa lantak kau orang. Dengan aku, senang. Jenis aku, takde nak tunjuk marah kat orang. Kalau tak puas hati, habis situ. Tak perlu nak bawak balik berhari-hari. Sebab, kita keja as a team work. Mengadap muka hari hari. Tak hari ni kau susah, esok lusa mana tahu. Maka tak perlu nak berkira. Dan, mujur aku dapat team work yg so-so. Boleh lah give and take. Setiap orang ada masalah masing masing. Jadinya time dia susah kau bantu. Tolong cover apa yang patut. Paham?

But soon, planning nak bertukar ke negeri tu memang ada. Family is first. Kan aku penah kata, penat dah hoi nak tunggu lift balik rumah. Tapi tu takde lah penat sangat sebenarnya. Yg major prob is, penat nak keja shift ni. Ada anak ni lain. Well, alasan anak je kau kan. Macam takde alasan lain. Hahahaha. Actually, daddy bukan keja punctual macam office hour. Kadang kena balik lewat, kadang kena pegi outstation. Kena pulak time job dia tengah launching, aku keja malam. Cuti and book off sahaja lah. Kan ke leceh. Eh apa kemelalut dah ni. Orang nak cerita pasal pembabitan aku di dunia pekerjaan. Ok sambung balik.

Sepanjang keja sini, seingat aku belum penah lagi pegi kursus sejauh jauhnya. Paling jauh tu dia masa induksi beberapa tahun yang sudah. Eleh jauh bangat lah konon padahal Sungkai, Perak jer. Selalu orang kata keja gomen best sebab sambil kursus sambil makan hangin. Takde makna. Ke mungkin aku kot tak bernasib baik. Asal ada kursus ke langkawi je mesti ada aral. Like last year, aku dalam pantang. Tahun ni pulak masa aku bleeding. Memang ada kursus tapi bos macam tak lepaskan je. Yang aku difahamkan dia takut takde orang nak ganti. Eh? Macam pon tu ada kan. Padahal ok je kita orang ni. Lagi suka kalau sesapa dapat pi kursus. Boleh overtime. Hahahaha. Lantak kau lah boss.

Lagi, part paling sedih takde family holiday. Memang pecah rekod la kalau hujung tahun ni dia nak buat family holiday. Internal pon haram. Kalau nak buat pon planning je gempak tapi akhirnya hancus. Hangat hangat tahik ayam jela. Terus aku tak faham. Kalau sukan antara unit tu selalu la kot. Tapi selalunya yang masuk mesti staff yang dah biasa involve. Like bowling last year. Beriya unit aku beli baju sedongdong gitu. Nasib baik tidak memalukan kerna dapat no.3 kot. Entah la lupa dah aku.

Yang lain lain biasa je. Keja pon biasa. Adatlah kalau kau keja dalam sektor awam ni. Kalau kau dah lama mesti kau eleh tak heran. Pasal yang nak naik pangkat tu sebenarnya aku tak heran pon sebab orang lama cakap dari dulu nak buat tapi action takde. Macam harap bulan jatuh ke riba. But now dah jadik kenyataan kita terima jelah dengan hati terbuka. Dia nak naik kan elaun kita, kita terimaaaa. Sebab rate overtime pon naik. Hahahaha suka kau ye.

Rasanya tu jelah kot.

Bagi aku takyah nak bangga diri sangat lah kau keja gomen. Sama je macam private kelebihan kekurangannya. Yang private kalau dapat bonus berbulan bulan ewah kemain senyap iyye. Gomen rileks je sebulan gaji. Tu pon kemain payah nak dapat. Siap merayu rayu lagi. Apa apa pun aku bersyukur kerna ada keja. Dari ada orang tu tak keja duduk rumah saja. Ohh cannot.






No comments: