life is beautiful

life is beautiful

Saturday, December 28, 2013

Baby 6months, Aqif 1years 4months

Dulu masa anak pertama kemain rajin update perkembangan baby. Now bila dah second pregnancy ni ciput je kan. Tak aci betul umi sorang ni tau. Kecik hati baby. Yelah yelah, umi update la perkembangan baby ni. Jangan marah ok. Umi busy sikit la. Daddy bagi banyak task. Tangan umi dah macam sotong dah ni. Wakakaka.


Awak dah 6months ye sayang. You're grown up so fast. Rasa macam baru je start preggy balik alih alih porot dah big. Alhamdulillah, pergerakan baby kian terasa. Tak tahu la dia buat apa. Aku syak dia bersenam kot kat dalam porot umi dia. Ni pon dia dok tendang tendang. Macam tau tau je kita tengah cakap pasal dia. Haishh-- 

Eh aku dah start makan neurogain pb. Supplement yang sama aku amalkan masa pregnantkan si aqif. Kenapa? Sebab aku nampak keberkesanannya terhadap anak bujang tu. Bukan nak kata sebab neurogain. Mungkin sebab pemakanan lain jugak. Tapi rata rata aku baca review, neurogain jugak merupakan penyumbang dalam tumbesaran baby. Kang nak cita banyak anak bujang tu baru setahun jagung. So kita layan jela. Harap baby dalam perut ni ngikut jejak langkah abang dia si aqif. Cepat belajar dalam segala hal. Ewah harapan seorang umi gitu.


Tuuu kau orang tengok la. Nak tido dah tu sempat lagi melayan tab dia. Ikutkan hati aku tak kasi. Tapi kang kalau tak kasi habis la dia mengamuk pastu merajuk pastu nangis buat suara manja. Ewahhh. Ni pon puas la memujuk jangan kerap sangat tengok. Dah la dalam bilik tak bukak lampu. Kang long term mata boleh rosak tahu. Awak tu kocik lagi. Eiii geram tau. Budak yang semakin bijak, bijak dan bijak. Eleh, sapa tak ngaku anak dia bijak kan. Sapa lagi nak puji kalau tak mak bapak sendiri kan. Kihkihkih. Maka jangan le kau orang muntah hijau pulak. Tolong lah memahami perasaan mak mak budak ni.

Best tengok anak membesar didepan mata walaupun kau penat sikit la nak menjaga. Takpela, anak tu kan harta dunia dan akhirat. Susah sekarang, mungkin senang kemudian. Inshaallah. Doakan jela anak anak kita ni menjadi kebanggaan kita ok. Asal dia tak menyusahkan kita masa dia besar nanti dah la. Doa seorang ibu tu kan cepat termakbul. Ameen.






No comments: