life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 27, 2013

Cekodok Setahun Sekali

Alkisahnya hari tu balik SA makmen ada bekalkan pisang. Pisang yang buat cekodok tu. Maka sebab nak jadi umi yang rajin tambahan pulak anak bujang dah senang makan memacam so lets buat cekodok. For the first time sejak kawin aku baru nak buat cekodok pisang taww. Nampak sangat bukan peminat tegar cekodok. Hahaha. Aku bukan apa, selalu dok makan berdua je bosan kot. So bila anak bujang dah jadi seorang pemakan ni aku kenalah rajin sikit.


Eleh, takat cekodok pon nak update kat blog. Apadaa. Hui kau orang jangan tak tau. Daddy siap puji lagi yang cekodok tu best. Sedap dan marbeles. Sampai tak cukup la utk kami anak beranak hari tu padahal aku goreng dua trip. Bahaha. Tu yang malas tu. Dahhh sekarang ni asal nampak je pisang daddy suruh beli sebab nak buat cekodok. ^__^ 

Resepi dia senang je, kalau nak cekodok tu rasa rangup rangup, taruk sikit marjerin. Dalam sesudu besar. Tak kisah la marjerin planta ke daisy ke apa ke janji marjerin. Taruk ikut agak agak tepung kau banyak mana. Gituh. Ni pon sebab ofismate aku share resepi dari makmen dia. Pasal minggu lepas kita orang ada debat kenapa cekodok pisang kat kantin rtm superb. Dah la less oil, rangup pulak tu dan bentuk dia bulat bulat comels je. 

Best kan kalau kita masak orang puji. Rasa macam bahagia.
Kahkahkah.






No comments: