life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 26, 2013

Family Bonding

Hahahaha, semalam ikut umi dia pegi work. Saja bawak sebab dah lama dia tak jenguk work station umi dia. Kahkahkah. Kebetulan daddy pon ada nak buat job. So lets hangkut anak bujang. Tu dia gigih menolong umi dia. Ada bakat nak jadi engineer lettew. Eh pesal nak jadi engineer lak, umi suh awak jadik lawyer bila besar nanti. Amacam, boleh tak intan payung? :)

Lepas ikut umi pegi work, daddy bawak gi park pulak. Pon saja jugak bawak anak bujang ni jalan. Dia usahkan playground mesti nak menyinggah. Dah pandai anak bujang ni. Pastu penat nak berjalan round satu taman lets kita naik tram je. Adults RM2, kids RM1. Maka berpusing la kita.





Lepas naik tram, kita tengok kuda. Actually kuda tu bukannya kuda yang boleh nak naik pon. Itu kuda staff peronda dbkl daa. But nakk jugak bergambar. Hui kuda tu tinggi gila. Dah la tinggi, besar lak tu. Beza macam langit dengan bumi katanya antara daddy dan kuda tersebut. Tengok lah muka anak bujang, dah penat lettew. Muka habis merah. Anak 'orang putih' lah katakan. Kahkahkah nakkk jugek. Tengok kuda pon macam dah takde perasaan. Sebab dalam hati nak main playground. Udah le tu nak. Umi daddy dah penat dah ni. Nanti esok lusa kita datang lagi ok.





Anak beranak jalan seiringan. Macam dah besar sangat je kan anak bujang tu. Iolls loike. Jalan nak berlari jeee. Daddy ni suka bawak anak dia jalan if ada masa. Macam sekarang ni tengah free and easy, so asyik nak berjalan je. Lagipon kesian anak bujang asyik duduk rumah. Kalau rumah bawah ok lagi, boleh bebas berlari kat halaman rumah ke, porch ke. Ini rumah bertingkek tingkek, hazabedah la wei. Duduk terperuk jela. Tu pon nasib aku ada belikan dia play tent. Takde lah dia bosan sangat. Comelss kan. Include balls lagi hokay. Nah, mainlah awak dalam ni. Rumah tak bersepah sebab semua mainan dia aku sumbat dalam tu. Dengan aku aku sekali pon boleh masuk main sama. Wakakaka.


And last but not least, umi gemoks. Ye, umi gemokks. Ada ke lepas tgk pic ni daddy cakap aku macam makcik. Hoi kasar sungguh gurauan. Ater, aku kan dari ofis, takkan nak pakai glitter glitter. Lagipon public holiday kan. Malas la nak melawa. Dah tau dah lepas keja daddy nak bawak pi park. Hehehe. Santai sudah. Bukan nak gi ngedate tengok wayang ke apa. Dah la waktu pregnancy ni badan panas semacam je. Btw, umi yang dah masuk 6months. Tak scan jantina baby lagi sebab nantilah. Awal lagi. Kita tunggu 7months ke atas ok. Kau orang tak sabar, aku lagi la tak menyabar. 


Sekian report untuk semalam. Bukan senang aku nak tepek muka sendiri kat blog sendiri tau. Malas nak over exposed. Kahkahkah. Padahal malu laaa, iolls tak berapa nak menawan. Segan dengan kebuyungan yang melanda diri. 





No comments: