life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 17, 2013

Membebel

Bila kat rumah tengah buat keja ada je idea datang mencanak canak. Dah fikir apa nak post kat blog. Tapi bila dah ada kat depan desktop mula penyakit kelupaan melanda. Padahal tadi dah ingat dah nak taip apa. Tapi dah lupa. Demmm. Semakin nyanyuk aku ini. Maklumlah urat dah putus dua.

Oh ye, sebenarnya aku nak beli benda ni lamaaaa dah. Tapi asyik tangguh, tangguh dan tangguh. Hari tu pegi obw kat BTS takde stok. Tangguh lagi. Kali ni aku tekad. Ke obw S.A pulak. Walaupunnn anak bujang tu rasanya dah tak payah bekalkan meal kot. Tapi sebagai umi yang bertanggungjawab aku tatap bagi gak bekal sup kat rumah pengasuh.

Tadaaa,

Terlewat takpe, jangan tak beli langsung. Sebab dah niat. Asalnya nak kaler merah. Tapi nan ado. Tinggal silver je. Ahh jadilah. Ni kalau tunggu kaler merah gak memang keja menangguh je la kau iye. Harga RM79.90. Come with spoon lagi. Kelas kau anak. Dulu jaman umi mana ada nak beli beli benda gini. Ni umi beli khas utk awak tau. Awak the first owner. Lepas ni turun kat adik lak. Hihihihi.

Bercakap pasal adik ni, eh aku dah official 6 months daa. Amboi cepatnya masa berlari. Macam tak percaya je. Next year dah kena start shopping barang baby. Can't wait. Sebab rasanya pregnancy kali ni aku agak bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Kahkahkah. Ok tipu. Mental tu taklah sebab dulu takde anak kocik, now kau dengan pregnant and kena jaga anak kocik lagi. Beza banyak tuh. Ada gak aku mengeluh (well, tipulah kan kalau takde mengeluh) tapi mostly aku cepat2 muhasabah diri. Bila tengok balik wajah anak bujang tu rasa sayu hati. Nak marah pon tak sampai hati. Acaner. Mula lah fikir boleh ke aku bahagikan kasih sayang antara anak anak ni. Haishh--

See, sedang aku menaip nih baby tendang tendang lak dalam porot macam tau tau je kita tengah borak pasal dia. 

Hai baby, 
Assalamualaikum. Awak sihat?
Maafkan umi kalau umi tak banyak luangkan masa dengan awak.
Abang aqif tengah lasak sekarang ni. Semput umi nak handle.
T__T
Apapun umi daddy tetap nantikan kehadiran awak. 
Jaga diri ok.

Ni pic semalam. Kemain tau macam anak raja. Geram rasa nak picit picit je pipi tu. Hahahaha. Bangun pagi tak lain tak bukan nak suruh bukak upin ipin. Kalau kita orang tidur lagi harus dikejut korek mata korek hidung lempang pipi suruh bangun. Hadoi lah anak. Pastu tahu dah tempat kat mana umi dia selalu charge handphone. Tunjuk tunjuk nak handphone suruh bukak video dia lah. Aku rasa dah naik hafal dialog upin ipin. Ahh boring la takde cerita lain ke nak. Pororo Pocoyo BabyTv dah tak layan dah. Eh tapi Asmaul Husna dia masih layan lagi hokkay. :)

So dah fade up handphone memasing asyik kena baling, daddy belikan tab yang murah murah utk anak bujang ni. Murah tak murah sangat dalam RM200 gak. Sebab aqif kan kecik lagi. So fikir masak2 baik belikan yang biasa biasa. Kot jahanam takdelah haru sangat. Wahh macam orang kaya kan. Maka main lah dia dengan tab baru dia tu. Tapi walau apa pon, handphone umi gak tetap jadi pujaan hati dia. Terus aku tak paham. Boikot umi ye nak. Tak kasi umi bersosial dirumah eh. Kena ngadap awak doplohpat jam itu yang awak suka kan. Ok. Baiklah.



Dah puas main kejar kejar ngan umi, minum susu pastu ketiduran. Sungguh tidak aci tahu. Puting tu aku tak cabut lagi pasal dia baru nak fefeling tido. Time dia tido ni la rasa macam hai sayangggnya kat awak. Cium pipi kiri kanan pon tido lagi. Orang kata tak elok cium anak time dia tido sebab nanti anak tu akan berperangai degil. Tapi bagi aku bergantung pada didikan mak bapak lah kot. Entah lah. Macam macam pantang larang kan. Haishh--








No comments: