life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 26, 2013

Checklist Baby : Nursing Cover

Hari tu aku ada cerita pasal keperluan after bersalin kan. Nah, aku tepek sini nursing cover yang aku beli tu. Aaaaaa kemas gila kot akak ni buat. Sungguh aku rasa macam aii baby dalam porot cepat le keluar, tak sabar umi nak pakai nursing cover kasi tunjuk kat semua orang. Kahkahkah.




Aku reti menjahit tapi tak berapa nak pandai. Kalau takat jahit lurus tu tahu la. Ni hand made produk ye. Jadi bagi aku kira kemas cara jahitan dia. No wonder lah akak ni guna kemahiran menjahit dia as a bisnes. Aku salute orang yang pandai menjahit ni lagi lagi kalau kau reti jahit baju kurung yang berfesyen gitu. Terasa sekarang ni jugak nak pi kelas menjahit. Serius wei dulu angan angan aku nak belajar dan pandai dalam jahitan. Eh mak aku pandai menjahit apa. Dah la pandai menjahit, mengait lagi, menyulam. Haishh--

Apasal le bakat dia tak turun kat anak perempuan tunggal  dia ni. Aku ada jugak paksa paksa mak suruh ajar tapi alasannya dia dah tua, mata tak nampak. Kau pegi la belajar ikut kelas. Dulu mak belajar ikut kelas kemas. Wahhh. Now ada lagi tak kelas kemas tersebut? Hahahaha. Kalau ada, aku nakkkk. ;p Jeles la tengok orang pandai menjahit ni. Takat lepas buat baju kurung sendiri, jahit langsir rumah sendiri apa salahnya ye tak uolls?

Btw, satu benda dah boleh potong dalam list down aku. Yeayyy!!






No comments: