life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 06, 2013

Pasta for Baby

Sejak kebelakangan ni memang aku ada masalah nak bagi makan kat aqif. Dah toddler ni bubur mana laku. Nak makan makanan orang tua. Time kita makan, time tu lah dia menyibuk. Time dia makan takde pulak nak heran. Aku ni sebagai umi dia panas hati je dengan anak sendiri. Hahaha. Ok tipu.

Dan disebabkan itu, aku gigih mencari apa punca kepada masalah tersebut. Dan kebetulan pulak bukan aku sorang je yang mengalami masalah ini. Si geng susuk cikhelena pon begitu jua. Wahhh airis awak pon dah memilih jugak eh sekarang. Lantas ku guna khidmat pakcik gugel. 

Ohh anakanda kesayangan dah boring makan nasik eh sayang. Ater, patutler 5-6 suap awak dah taknak. Gituh rupanya. Maka aku ni gigih lah pi gugel resepi pasta for toddler. Tulah, masa dia baby baby 8-9 bulan kau tak nak perkenalkan pasta segala. Kan ke dia dah bosan dengan nasik. Nak makan pasta pulak. Kahkahkah. Sebenarnya bukan taknak perkenalkan, cuma takut jadik macam aunty sha awak. Minah tu tak makan nasik tau. Pangkah habis. 

So first resepi utk aqif, creamy pasta.

creamy pasta with air+madu
Alhamdulillah. Makan dengan penuh berselera. Eat without war. Langsung tak menolak. Hati umi pon senang je nak bagi makan. So the conclusion is, aqif dah bertukar selera lah umi. :)

Resepi?
Senang jer.

Bahan-bahan:
Pasta (rebus sampai lembut dan toskan)
Bawang putih (hiris halus)
Olive oil / Unsalted Butter
Carrot (potong kecik kecik)
Broccoli (hiris nipis nipis kat bahagian yg hijau je)
Susu formula (dua scoop)
Cheddar cheese (satu scoop)
Air (ikut suka)

Cara-cara:

@ Rebus pasta sampai lembut. Guna pasta for baby lagi ok. But aku guna apa yg ada je kat rumah. Tapi make sure potong kecik kecik.
@ Cairkan ulsalted butter, tumis bawang putih sampai naik bau.
@ Masukkan carrot dan broccoli, tumis sampai agak masak.
@ Masukkan air sedikit, susu formula dan cheddar cheese. Ikut kesesuaian. Kalau nak creamy jgn letak air byk sangat.
@Masukkan pasta yang telah ditos tadi then gaul semua sampai sebati.

Tadaaaa.
Dah siap. Hehehehe

Aku tak taruk garam sebab cheese tu dah masin kot. But kau orang agak agaklah. Air pulak aku taruk ikut suka sebab aqif tak suka kering sangat. Rupa rupanya sonang bai tu je nak masak pasta for toddler ni. Tak rumit macam kau masak bubur baby. Campak campak jer. Sayur tu ikut suka n ikut kesesuaian. 

But sup+nasik still aku kena buat jugak utk aqif merasai pelbagai jenis makanan gituh. Selang seli la. Haishh. Dah besor dah anak umi daddy ni ye. Makan pon memilih. Kihkihkih.





No comments: