life is beautiful

life is beautiful

Saturday, December 07, 2013

Pets Wonderland

Aqif memang suka kucing kot. Kalau nampak kucing kat bawah rumah mesti mulut berdecip decip panggil. Eh tapi tak kira la kucing ke, rabbit ke binatang lain ke mesti mulut berdecip decip. Kalau terbuka channel national geography buaya pon dia dok panggil macam bunyi meow gak. Kahkahkah lawak pon ada. 

Aku syak mak dia ajar panggil gitu sebab kat rumah mak dia ada bela arnab. Nama arnab tu Abu. Heeee. So bila datang rumah mak mesti dok tengok Abu dulu. Kelakar lah awak ni nak. Abu tu pon macam tahu tahu je yang aqif dok usik dia. Macam merelakan diri diperkosai. Jadinya kami laki bini decide saja bawak anak jalan ke Pets Wonderland, Mid Valley. Nasib lah MV tu dekat dengan rumah. Pegi pon dah petang. Ikutkan hati daddy dia nak bawak ke zoo. Tapi bagi aku rileks lah dulu. Banyak masa lagi.

Maklumlah, duduk rumah bertingkek tingkek, mana ada ruang nak bela pets. Kalau tanam bunga tu boleh le. Tu pun harapkan pasu. Ini yang tak sabar nak pindah rumah sendiri ni.


Pets Wonderland MV dah berwajah baru. Tingkat atas ni bahagian kucing je. Aqif bila tengok kucing amboiiii aku rasa kalau takde pintu kaca mahu dia pon masuk sekali dalam tu. Dah lah peramah tak ikut tempat. Boleh tak dia dok selamba badak je tegur orang. Mungkin dengan caption ''awak tengok kucing? saya pon sama." Bahahaha. Bagus awak ni nak. Esok besar jadik lawyer ye.

It's fish daddy. Aku kalau ikutkan nafsu, nak beli aquarium kecik taruk kat rumah. Tapi tulah. Angan angan tahik hangit je. Entah bila nak jadi tak tahu la. Ada tengok kat insta member macam kiut je aquarium kecik dia taruk kat ofis. Tanya beli kat mana, kedai ikan jawabnya. Daddy kata kat pasar malam PD pon ada la. Umi je yg tak perasan. Eh, ada eh. Apasal aku tak perasan ni. Takat dua tiga ratus apa adahal. Kan bonus nak masuk dah ni. Wakakaka. Bajet kaya sangat lettew.

Seeeee, diterjahnya pintu kaca tu pastu gegar gegar. Anak bujang sapa lah ni. Nasib lah tu kucing bela. Kalau kucing hutan mahu dicakornya anak den depan cermin. Soon lah ye aqif, ada rezeki ada tempat luas nanti kita bela pets ye. But now awak tengok jelah kucing dalam sangkar dari jauh. Apa boleh buat. Hihihi.






No comments: