life is beautiful

life is beautiful

Monday, December 23, 2013

Preparation untuk next baby

Aku ni takde lah nak beli barang semuanya baru. Takat baju, mitten n booties, barut, bedung, lampin, topi tu jela. Kot. Hahaha. Actually aku memang ada buat senarai before ni. Time aqif dulu pon aku refer pada senarai tu. Senang. Takdelah kau missed. Rasanya for new incoming baby ni barang takde beli banyak kot. Baju baju dia jela. Kot dapat baby girl ke kan. HAHAHA. Doakan lah weh. Nanti dapat sepasang. 

But ada beberapa things yang aku perlu beli. Sebab masa aqif dulu takde bajet nak beli benda tu semua. Wahh. Ni kalau daddy baca ni matiks lah wei. Dia suruh aku saving. Sebab mana tahu kot sesak sesak dia leh pow aku. Amboi. Tapi aku ni adehhh, susahlah. Kalau dah berkenan kat satu barang tu gigih cari duit sendiri nak dapat kan barang tu. Tu yang mental jer. Aku sanggup ot siang malam asalkan dapat benda yang dihajati. Bukan tak nak mintak kat daddy cuma aku bukan jenis bangsa yg begitu. Aku puas kalau beli dengan hasil titik peluh sendiri.

Berkira kira nak beli bean bag. Tapi macam membazir pulak. Ke cemana? Dan sebenarnya aku berangan jugak nak tukar breast pump baru. Spectra3 tu berat woi. Dah letih nak usung kulur kilir. Pulak tu guna electric power. Manual takdo. Tu yang aku berkira kira tu. Amboi kemain kau kutuk Spectra3 tu kan padahal dulu dia lah ibarat nyawa kedua kau. Tapi aku mementingkan keselesaan. Apa salahnya upgrade kepada yang lebih bagus. 

Verangan nak tukar kepada yang ini. Baca review orang semua kata bagus. Takyah guna elektrik. Boleh charge macam henfon. Kiranya spectra dah upgrade model ni utk kesenangan mommies diluar sana. Dulu masa pakai spectra3 kalau dalam keta memang hazabedah. Kau dah lah ep mommy. Kadang kadang breast habis bengkak sementara nak tunggu sampai rumah. Nipple pon tersumbat sajok. Ohh cannot lah, aku dah tak tahan nak harunginya. Tapi bila aku propose kat daddy, aku kena bebel hokay. Bengang je aku. Dia tak tahu kehazaban aku mengharungi nya. Alah aku beli pakai duit sendiri apa. Bukan mintak duit dia. Dia dok ckp la yang lama tu kan boleh guna lagi. Kalau nak beli sangat hah jual yg lama tu. Tapi aku dah ada planning. Kalau aku dapat beli spectra m1 ni, spectra3 gedabak tu aku nak tinggal kat ofis. So kat rumah or gi jalan boleh la pakai spectra m1 ni. Tak bijak ke idea aku ni. Haishh--

Tapi tengok lah camaner. Masih difikir fikirkan lagi. Lagipon bukan nak pakai sekarang. Tahun depan kot aku beranaknya. Hahaha. Harap harap back dated dapat awal la ye.

*doa sambil pejam mata*

Aku dah start surver barang utk lepas bersalin jugak. Yelah, dulu masa 1st baby macam lembab jer. Tak tahu sakit bagaimana. Tak tahu macam macam keperluan yang perlu ada. Dan aku dah beli ni,

Total pillow / Bantal donut

Aku ingat lagi masa bersalinkan aqif, kemain terkemut kemut nak duduk. Tension betul. Tu belum lagi lenguh bontot nak memangku aqif masa breastfeed. Ohoii hazabedah koo. Dengan sakit kat bawah tu lagi kena tahan. So yang baby second ni aku gigih nak menyelesaikan masalah. Maka ini lah jawapannya. Aku harap jugak yang second baby ni dapat lah bersalin normal macam yang first dulu. Doakan lah ye. Sambil sambil tu jugak aku tengah mencari nursing pillow. Alah bantal yang huruf 'C'. Amboi semua kau nak beli iye. Macam banyak sangat je bajetnya. Hahaha. Actually motip aku sekarang ni nak penting kan keselesaan. Aku dah rasa macamana sukarnya tak totally bersedia masa deliver yang first dulu. Maklumlah tak reti nak imagine lagi.

Lagi, aku survey jugak nursing cover. Aku dah remind kan dalam otak yang second baby ni MESTI direct feeding. Takmo macam aqif dulu sekejap je df. Pastu reject nipple sbb dah kekeliruan nipple. Kali ni apapun yang terjadik kena DIRECT ok. DIRECT. Hahahaha. Aku ingat lagi (asyik ingat je...) masa tu nak pegi beli stroller. Time tu masih lagi df, masa dia nak menyusu aku dah pening pala mana nak pegi. Nak jadi cerita pulak memang takde nursing room. So aku dengan selamba badak je selak baju haa sua je nipple. Lantak pi lah orang nak kata eh masa tu kat baby dept so tak ramai orang dan ada kerusi. Duduk lah aku situ sambil ditemani oleh daddy. Haaa kau rasa macamana? So i need nursing cover. Alah beli yang biasa je. Hari tu ada tengok kat romantika si Natasha Hudson pakai nursing cover yang simple. Just sangkut kat leher. So suwit, baby pon tak lemas. Dan guess what? Aku dah beli pon hahahaha. Aci tak. Aku beli online. Jenuh survey, jenuh baca komen orang maka aku jumpa jugak website yang jual nursing cover macam Natasha pakai tu.

www.deliagarden.com

Klik lah wei, macam macam ada. Aku kalau pandai jahit dah lama ku buat sendiri je tau. Membazir beli kat orang ni sebenarnya. Harga kos bukan mahal sangat. Just u need kain cotton yang comfort pastu butang comels dan nahhh, jahit le sendirik. Haaa ni ada chance masuk dalam list utk azam tahun baru ni. Wakakaka. Azam yang dari duluuuuuuu nak belajar tapi sebab kekangan masa. Cehh.

So rasanya tu je buat masa ni. Later ku update lagi. Tengah ada duit ni aku beli la apa yang patut drpd membazir beli benda tak berfaedah. Aku kenalah berbelanja dengan penuh hemah. Kann.





No comments: