life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 03, 2013

Sekadar Perkongsian

Untuk renungan. Sebenarnya aku baca kat facebook. Page apa tah. Saja tepek dalam blog kot kot aku terlupa nanti. Boleh la bagi kat daddy suruh baca. Hihihi.

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah.
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita--
Menjadi solehah.


Perkahwinan, 

mengajarkan makna kewajipan bersama.

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya--
Isteri menjadi ladang tanaman, 

Kamu pemagarnya--
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya--
Isteri adalah murid
Kamu gurunya--
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya--


Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya.

Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya.


Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya.


Perkahwinan, 

menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA.
Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah.


Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah.
Cuma kamu suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.

************************
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Eh tapi betullah, 
suami tu cemin isteri. 
Macamana didikan yang suami tu bagi kat isteri dia, macam tu lah yang kita nampak kat isteri dia.
Kau orang faham tak?






No comments: