life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, December 18, 2013

Sentap

Janganlah kita bertanya kepada orang lain persoalan yang menjadi rahsia Allah.
''Bila nak kahwin ni? Umur makin bertambah....''
''Bila nak ada anak ni? Tak nak anak lagi ke... atau merancang...?''
..........
Jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah,
yang redha dengan ketentuan Allah.
Kita kahwin awal bukan bermakna kita hebat dalam mencari pasangan.
Hanya kerna sudah sampai jodoh kita.
Kita dapat anak cepat dan ramai bukan bermakna kita hebat dalam soal suami isteri.
Tetapi kerana rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah.
Allah juga sebaik baik perancang.

Sebenarnya hari tu time nak balik ofis satu lift dengan akak mana tah. Berdua dia dengan ofismate dia. Dok bebel pasal another ofismate yang every year dok menambah anak. Eh. Boleh pulak cakap macam tu kan? Bagi aku (yang tengah memboyot sekarang ni), anak itu kan anugerah Allah. Kalau kau ditakdirkan beranak setahun satu apa kau boleh buat walhal kau tak tahu pulak yang dia tu dah struggle planning macam macam tapi masih dok lekat jugak. Tiba tiba aku sentap gak la sebab mostly member yang terserempak dengan aku since perut dah nampak ni terkejut sebab pregnant lagi. What the hell yah? Tak kan aku nak cakap terbabas lak. Oh no. Cannot. Daddy tak ajar aku menjawab begitu walaupun pada asalnya kami terkedu gak sebab result +ve (aku lettew yg lebih, hihi). 

Anak. 
Pembawa rezeki.
Setiap anak ada bahagian masing masing.

Takkan lah aku nak cakap, masa dapat aqif daddy dapat promotion keje baru. Kami dapat beli rumah. Aku pulak ditugaskan ke tempat baru yg awesome :)
Ni dapat baby baru dalam perut pulak daddy STILL dapat promotion lagi, kewangan makin kukuh, proses beli rumah dah settle, gaji aku naik (TQ gov!), and we have a new family member coming soon! (soon sangat, nnt aku cerita okay!)

Semua nak kena bercerita ke?

So bagi aku, kita sebagai mak bapak ni kena lah redha. Ye. Aku semakin redha dengan kehadiran baby dalam perut ni. Allah tak kan bagi kalau dia tahu kita tak mampu. Setiap orang ada rezeki masing masing. Macam aku pernah cakap dulu. Kalau kau orang takde rezeki anak, maybe rezeki kau ke arah lain. Begitu juga sebaliknya. Jadi bagi aku, sekarang adalah masa untuk membina keluarga, membina kehidupan.

Aku rasa akak yang bergossip dalm lift tu tak elok lah nak cakap begitu. Walaupun kau cakap belakang dia, kalau ada orang sampai kan kat dia, apa perasaan dia? Ye aku tahu, Badan nak pakai lama. Baru habis pantang, tetiba kau ngandung lagi. Urat pon tak betul. Rahim pon tak elok lagi. Aku faham tu. Doc pon ada cakap. Tapi kalau dah begitu suratannya, mampukan kita sebagai hamba Allah yang kerdil ini menolak ketentuan-Nya? Mampu?

Atau kau nak suruh kita orang buang? Gitu?

Come on lah. 

Aku ni, dah bebulu telinga. Ada la sesetengah ofismate terkejut je aku preggy lagi. Eh kan ke aku ada laki. Hahaha. Aqif pon kalau ikutkan tahun, next year dah 2years old. So takde isu disitu. Sedang elok lah kot. Cuma daddy dan aku kena struggle untuk dua tahun yang akan datang. Anak anak nak membesar. Penat dia macam aku dah dapat agak je. Apapun tawakal and berserah sahajalah kepada-Nya. Dia yang sebaik baik perancang. Well, kami rasa after baby dah delivery ni we should use a family planning. Ahaks. Tolong lah weh gelik aku dengar. ^_^






No comments: