life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 30, 2014

Happy CNY

Selamat bercuti uolls. Hati hati memandu pada sesiapa yang nak balik ke kampung halaman tu. Best la orang kl, cuti bersambung-sambung (aku lettew). Tapi iolls keje daaaa esok dan lusa. Sobs. Apa boleh buat. Nak claim overtime nak carik duit lebih nak buat shopping barang baby. Kahkahkah. Ok, tipu. Sebenarnya ofismate ramai yang balik kampung, jadi aku yang takde apa aktiviti ni kena la standby. Cadang nak balik sban tapi disebabkan ahad tu dah ada appointment utk scan baby, maka tak jadik la minggu ni. Kita balik minggu depan saja. Lagipun buat apa rebut rebut. Esok lusa nak balik kl balik, confirm kena mengadap jammed. Tak gitu. Jadi marilah kita play save. Eh bukan, play smart.

Tahun ni kalau ikut kalendar cina, cny celebration jatuh pada tahun kuda. So secara automatik baby yang bakal lahir ni pon bertahun kuda. Semoga jadik "kudaku lari gagah berani" lah ye. Hahahak. Poyo gila. Tak sedor diri yang awak tu orang melayu islam. *__*

Akhir kata, banyak dapat limau ke?
Kekeke.






Wednesday, January 29, 2014

Scan@KKIA : Air ketuban kurang??

Actually scan kat kkia patutnya buat 14/1, tapi memandangkan tarikh tu jatuh public holiday, maka postpone ke semalam (28/1). Alasan doc, slot utk scan dah penuh. So semalam pegi lone ranger. Daddy ada job pagi tu takleh nak teman.

Guess what?
Kau orang tahu lah aku dengan doc yang kat kkia tu kan pernah ada sejarah. Suka kau je nak anti padahal dia la yang check up kau bulan bulan. Kahkahkah. Scan punya scan aku saja ringan mulut tanya nampak tak jantina baby, condition cemana, blablabla. Sajaaaa nak peramah bagai. Lepas ni dah tak jumpa dah kan. Nak dijadikan cerita, doc cakap air ketuban aku agak sedikit kurang. Dalam 6.3 macam tu. Normal untuk trimester ke-3 ni 8cm keatas. Macam tu lah kiraannya aku pon bukan reti sangat. Doc terus buat surat refer ke ppum (sebab aku pi booking kat ppum). Suruh aku jam tu gak follow up kat ppum. Dia cakap bahaya la apa la itu la ini la buat aku cuak. Serius weh, kau cakap kalau air ketuban kurang nnt baby boleh meninggal dalam perut, baby tak normal etc ibu mana tak susah hati. Dah aku tak keruan gitu.

Tapi, disebabkan tak berfikir dengan waras, aku tak pegi pon ppum. Boleh? 

First, sebab aku takuit nnt kena warded. Iolls tak ready. Tiba tiba pulak. Then macam aaaaa, kenapa? bukan aku dah minum air banyak ke. Cuma yelah, air kelapa muda tak amalkan lagi. Tu je.

Lepas tu stress, terus melantak BK, kemudian nampak JB ada sale. Terus rembat seketul dua. Hahahaha. Dasar tak boleh ada masalah langsung. Sambil tenangkan fikiran aku call daddy nak luahkan perasaan. Solution, the next day baru pegi follow up. Tak yah pening kepala nak berebut. Lagipun aku kena masuk ofis. Tak sedap la asyik kauuu je yang selalu off. Kang orang menyampah dalam diam tak pasal.

Yummeh. Campak mana pon, lone ranger aku okayyy. Tak yah susah ikut vontot orang. Ahaks.

Lepas tu habiskan duit. Kemudian menyesal. Hihihi. Jangan contohi aku ok.

So hari ni pegi. Settle dengan nurse cakap iolls ada surat refer dari kkia. Terus diberinya aku appointment utk buat another scanning. Kali ni mungkin dia nak kasi confirm yang betul ke tidak air ketuban aku tu kurang. Eleh, bagi tarikh pon next week. Beriya doc kkia update aku tanya dah pegi ppum ke belum dah pegi ke belum. 3-4 kali jugak lah call. Concern sangat lettew padahal dia takut aku tak pegi pastu salahkan dia lak. Kahkahkah. Yelah, iolls tahu. Bukan iolls tak nak pegi ppum semalam. Tapi sebab kekangan masa, plus fikiran tak waras pastu dengan keseorangan.

Ni lepas urusan kat ppum aku terus cabut balik. Dah inform kat ofismate yang hari ni el. Rehat la weh, This week aku dua hari keje pagi-malam berterusan. Sampai rasa rindu lak kat anak bujang. Apa taknya, pagi pukul 715 dah hantar, balik ambik pukul 5 then after maghrib aku pegi keje balik. Dah tak terurus dah rumah tu aku rasa. So hari ni cadang nak rest kan badan. Nak minum banyak2, nak kasi air ketuban tu banyak balik. So malam tadi dah suruh daddy belikan air kelapa muda dan kalau boleh nak amalkan hari hari dari sekarang.

Itulah, dalam dok jaga benda benda lain, tak perasan lak air ketuban boleh kurang. Puas aku maintainkan hb, berat badan and amalkan makan benda2 berkhasiat masa mengandung ni, alih2 air ketuban jugak yang jadik mangsa. Wakakaka. Dah nak jadik kan. Sabau jela. So misi sampai bersalin, kena maintainkan air ketuban. Lagipun ahad ni aku nak pi scan 3d4d. Maka kenalah jaga kesihatan.


Oh ya ni la gambaran latest daku. Pipi kembang kembung kan. T__T nangesss. Takpela, iolls dah 30weeks pon. Tak koser nak melawa. Apa yang ada je la.






Monday, January 27, 2014

Checklist Baby : Clothing

Kan aku ada cakap hari tu tak sabor nak tunggu jumaat pasal nak pegi shopping baju baby. Thehehehe. Sanggup amik half day sebab taknak berebut dengan umat manusia yang lain. Tapi kesudahnya lunch jugak aku keluarnya. Itulah daddy nak pi renew roadtax la lesen la apa la itu la ini la. Aku sebagai isteri yg solehah ni kena la ikut cakap laki. Kang tak pasal dia tak nak teman kang tak ke naiya.

So, tahu kan mid ada baby fair. Start jumaat till ahad lepas. Tapi jumaat tu aku tak jejak pon. Sabtu ahad pon idak. Mula memang cadang nak ke sana sebab dekat. Tapi bila timbang kati, cannot lah. Dah le kelua pon dekat lunch, cari paking satu hal. Jumaat kan org solat jumaat. Lunch pon tak lagi dah bila kalanya nak sampai rumah. Plus daddy kena masuk ofis balik after jumaat. So lets ke sogo jer. Jadilah dari takdo. Lagi satu, for sure baby fair tu akan jual benda benda yg aku dah ada like stroller, breast pump etc. Baju baby tak banyak kot. Kan ke motip aku nak nyopping baju baby. Beli disposable diapers kat baby fair? Tesco, mydin lagi murah kot. Kahkahkah.

Aku rasa menyopping kat sogo hari tu macam lipas kudung. Aku bukan aku yang sebenar. Wahahaha. Poyotitus betul. Daddy dah sound awal, jgn lambat, jgn dok terpilih pilih. Ambik je mana yang ada. Masaelahnya sogo kau orang tahu la hari jumaat tu penuh dengan kaum mak mak. Yang aku tak paham bilanya tak sale, hari hari sale kot. ; p. Pastu peliks, dia orang ni banyak duit betul dok nyopping sakan. 

Nasib iolls bijak dah sediakan wish list siap siap. Eh tapi walaupunn dah ada list still ada je benda yang takde. Demmit. Like barut, mitten and booties, kena beli kat kedai baby. Yang kat sogo semua outdated. Barut lagi la, ini kalau baby mengeliat sikit confirm tercabut. Iolls cari barut baby kain cotton flannel. Ada satu kedai kat SA, maybe next week nak singgah. Dulu pon beli kat sana jugak.

Aaaa, malu iolls punya wish list. Abaikan yang umi punya tu ok. T__T
Aku just cari benda yang kena beli. Means, benda yang newborn wajib ada. 
Takkan le nak pakai jugak baju anak bujang yang lama tu, baby nak jugak yang baru khennn.

 Sudahhh, terselit jua baju anak bujang. 

 Motip?

Hasil tuaian.

Tuh diaa. Banyak tak banyak, boleh la. Beli yang basic je. Malas nak perabih duit. Macam nanti nanti takde lak kan bak kata daddy. Kau orang tengok la kaler sepesen je. Ada la selit gak pinky winky sebab saja gediks. Jantina? Jangan tanya oi sebab minggu raya cina ni baru nak pi scan 3d4d. Maka, tungguuuu.

Dah tu je. Later aku cerita lagi.






Thursday, January 23, 2014

Scan 3D4D : Part 2

Hari tu kan aku ada cakap nak buat scan 3d4d. Nak confirm jugak la baby dalam perut ni boy or girl. Senang nanti kalau orang tanya jantina baby, aku dah ada jawapan. Hahaha. Ni tidak, asal orang tanya je, kemain panjang aku punya goreng. Diorang bukan faham. Scan kat klinik gov tu scan ala-ala, takdenye dia nak godek perut ko bagai. Maka lets buat kat private. Macam biasa, aku guna khidmat Klinik Umra utk ke kedua kalinya. Eh belum lagi. Ni baru part booking.


Situlah aku pi booking online. Klik lah wei, klik la. Ramai je mommies yang guna khidmat scan 3d4d kat sini.

Gini lah goman eh. Kena pilih dulu kau orang nak buat kat mana. Now dah banyak tempat. Tak macam dulu ada la 4-5 tempat je. Bagus bagus. Ini la yang dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan. Harga affordable. Tak macam sesetengah private yang harganya tak masuk dek akal oleh rakyat marhaen macam aku. Kahkahkah. Berkira kooo.

Bila dah pilih tempat, kena pilih pulak date & time. Tengok masa yang free. Macam aku booking kat umra gila fullhouse je memanjang. Aku dapat belah pagi. Nasib badan kena bangun awal kan. Tapi tadi aku try login balik dan saja check ada free slot tak utk tengahari. Alhamdulillah ada, so aku teruih reschedule aku punya appointment. Kelas kan. Sukati makpak engko je.


Ini appointment yang mula mula aku buat (semalam). See, belah pagi. Hazabedah nak bangun awal dengan nak menguruskan hal anak bujang lagi. Tu yang tukar ke tengahari. Boleh la bernafas sikit. Tapi kena tunggu confirmation email dari dia. Kang aku selamba je pegi alih alih slot aku dah diambil orang kan ke naiya. Dah la 2/2 tu nanti kandungan dah cecah 30weeks. Makin penuh la perut aku dengan baby. Acane nak nampak pipi gebu gebas baby nanti. Kahkahkah.


Dah reschedule. Yeayyy! Harap harap dapat la slot tu. Tak pagi sangat tak petang sangat. Selalu time lunch baby iolls aktif. Sebab lapa nak makan. Hihihihi. So uolls pi la booking online. Aku sebab bab nak mencari private clinic ni memang malas. 






Amalan ketika mengandung

Ewah bajet macam dah beranak 8 je kan. Hahahaktuihh. Actually disebabkan kengerian pengalaman lalu maka aku mengambil inisiatif utk mengimprovekan lagi amalam ketika mengandung untuk kali kedua ini. Dulu masa aqif pernah jugak a few friends  cakap makan sesudu minyak kelapa buatan sendiri sehari sekali apabila kandungan dah mencecah 7 bulan dan keatas. Tapi, aku tak buat. Sebab, aaaaa makan minyak kelapa?? Really?? Nak buat pon tak tahu camane inikan pulak nak makan. Cannot go.

Kali ni lets ikut cakap mereka. Tak rugi kan. Tapi aku tukar dari makan minyak kelapa why not kita amalkan makan olive oil. Tu pon diantara sunnah nabi jugak kan. So semalam gigih pegi mahnaz food beli. Ya ampun baru ku tahu yang sebenarnya olive oil ni banyak sangat pilihan. Iolls is fening. Tak tahu nak pilih mana satu jadi aku hantam sajalah labu.

Aku beli yang ni. Extra Vigin Olive Oil.
Apadia tu?

Apa yang aku faham, extra virgin ni adalah ia hasil minyak daripada perahan pertama apabila kita memproses minyak zaitun. Lebih likat dan warnanya lebih gelap berbanding minyak zaitun biasa. Senang cerita dia ni merupakan pati minyak zaitun la.

So tadi pagi, lepas makan madu 2 sudu, aku saja la nak try. Dalam hati start dari pagi ni nak amalkan dengan niat yang suci supaya aku senang beranak. Tapi, boleh tak aku muntahkan balik. Yerkkk. Ampunnnn, rasanya kembang semangkuk tekak den. Terus segala dalam isi perut habis kelua balik. Daddy dah cuak ngape muntah ni. Dah lama tak muntah. Ada bau apa apa kah? Hahahaha. Seriusla, baru ku tahu oh gini rasanye olive oil bila dimakan mentah mentah. Tak boleh belah siot. Dah tu cemana nak dijadikan amalan ni? Terus terpandang je botol olive oil tekak secara automatik rasa nak muntah. Sampai sekarang perasaan tu ada. Aaaaaa.

Daddy siap sound, kalo muntah muntah gini, makan kismis, madu jela. Kan senang. Nak seksa diri buat apa. Tak boleh jadi ni. Kena kuatkan semangat. Kata nak bersedia dari awal. Dah beli tak makan kan ke rugi. Betul tak?

Mari mencabar diri sendiri. Walauponnnn cam seksa diri lak. Bai.




Monday, January 20, 2014

PPUM Booking

Orang yang paling cemerlang adalah orang yang berjaya mengawal nafsunya semasa berada di shopping malls. Yes. It's true. Aku lettew. Wakaka. 

Tadi, pegi booking utk bersalin kat ppum. Dah la kena tunggu lama. Amik borang and set appointment date dengan doc je pon. Stress aku. So alang alang dah stress lets releasekan tension ke mid. Tujuan utama nak lunch je sebab lone ranger kan. Daddy tak dapat nak teman. So iolls decide nak beli barang sikit. Sikit je. Utk anak bujang dan jugak baby. And then nak usha Jelly Bunny ada sale. Ofismate gigih dah pegi  dulu seawal 10am. Aku je yg ketinggalan. Tapi, tapi, tapi, ajaibnya aku mampu mengawal nafsu. Peliks.

Tabik dengan diri sendiri sebab dah la alone. Selalu kalau sendirian mesti fail dalam bab shopping. Ada benda mengarut je dibelinya nanti. Tapi tadi keajaiban telah berlaku. Just beli a few pyjamas utk aqif dan rompers for baby. Tu pon berkira sebab minggu ni kan ada maternity fair. So gigih nak save bajet supaya tak berbelanja berlebihan hari ni. Kahkahkah.

Haish tak menyabor nak pegi shopping utk baby ni. Cepat la jumaat. Come to mama pleaseee. Harap takde aral melintang. Tu je la masa yang ada. Nak pegi weekends memang tak le. Sapa nak jaga anak bujang? Umi daddy tak larat woo bawak dia pi mall. Semua nak di explorenya. Budak bujang tu sesuai bawak pi park, dataran boleh la. Macam lipas kudung berlari. Semput iolls laki bini.

Tak nak tanya ke ngape aku booking ppum?

Sebab pertama-tama sekali, dekat dengan rumah. Walaupon ic anak kat tengah tu nanti jadi 14. Laki iolls kalau boleh nak anak dia dapat ic selangor. So gigih pujuk aku pi booking kat hospital kajang or serdang or mana mana hospital dalam selangor. Adehh. Macam tu pon ada. Haishh-- Bagi aku mana mana la janji time nak bersalin nanti tak kelam kabut. So aku selamba je pi booking kat ppum. Nak senang kan dia jugak. Kann.

Booking utk masuk ward saja (tak silap aku) dalam RM500. Kalau normal delivery rate antara RM500-RM700, Caesar Birth RM1K and above. Wuhooo. Thorbaek baq hang. Dan lucky me sebab gov staff dan boleh guna guarantee letter. Kahkahkah. Dah ada kemudahan, maka lets guna sebaiknya. 

So next appointment utk jumpa doc bulan feb nanti. Kira oklah tu. Sebab malasss sangat nak pegi checkup dua minggu sekali. Yang tak tahan tu nak menunggu. Bukan apa, pegi lone ranger. Daddy kan kena pegi work awal. Mana boleh nak lari lari cam kita. Eh? Hahahahaha.

Kedua, selesa la. If baby kau orang admitted jaundice ke apa, mak boleh tunggu. Tak perlu nak pegi-balik rumah. Sebilik ada 4 katil. Ada sofa yg comfort gitu. Bathroom ada dua. Kiranya, kau duduk jela jaga baby. Tu time masa aku jaga aqif dulu la. Sekarang sama lagi kot.

Kita ni nak beranak harusla mementingkan keselesaan. Kalau kata doc, nurse cam hagram, mana mana hospital gov mesti ada. Ke tak ada? Private lain la. Siap boleh pilih macam pakej hornymoon. Hahahaha. Bagi aku, lain anak lain ragamnya. Masa yang first dulu alhamdulillah semua ok je, takde la aku nak merungut itu ini tak betul. Adat la. Ada yg nurse ok, ada yg garang nak mam. Ahh lantak la. Janji aku beranak dengan selamat sudah.

So harapan yg kedua ni, mudah mudahan umi and baby selamat. Tu je. Kalau boleh baby takmo la jaundice lagi. Penat woi stay kat ward jaga dia. Nak mandi pon payah dok fikir anak takde sapa nak tengok. Memang la nurse ada je 24jam. Tapi iolls kan jenis cuak lebih.

Selamat menempuh hari hari mendatang. Nak g meeting dua tahun sekali ni. Kbai!





Thursday, January 16, 2014

Scan 3D4D

Dalam dok buat persiapan beli barang baby ni tiba tiba terhingat yang aku tak decide lagi appointment utk scan baby. Time aqif dulu beriya ko. Yang ni buat dek je kan. Sungguh tak aci umi sorang ni tau. Hahaha. Bukan apa, aku terlupa daa. Belum scan jantina cemana nak shopping baju baby ni. Bagus bagus. Kalo susah sangat aku beli je color universal. Jantan betina boleh pakai. 

Time anak bujang itu hari aku pi scan kat klinik Umra Shah Alam. Yang ni maybe sana jugak kot. Malas la nak mencari klinik lain lagi. Kalau ada pon, for sure doc suruh buat appointment time weekdays. Tu takpa, tgk nanti camaner. Sebab before ni aku dah aim satu klinik kat shah alam gak. Sebab baca review ramai mommies kata situ best. Doc dia friendly and soft spoken. So akan dipertimbangkan. Balik kena bincang dengan daddy. Kang aku memandai set appointment sat gi dia tak setuju kang naiya je. Hahaha. Maklumla, adat orang laki bini ni kena la tolak ansur. 
Eceh.

Haish-- 
Lately ni suka sangat aku kena pedih ulu hati. Tension betul. Angin tak lepas kat tekak. Bergelen air masak aku minum nak kasi sendawa kesudahnya membese je lebih. Tak suka. Lagi lagi nurse dah suruh aku start makan iron tablets 2 biji. Aaaa sangat tak sedap baunya sampai ke tekak uolls. Ohh memang kalau checkup kat klinik gov dia akan bagi bebanyak pill. Tapi kalau uolls beli kat farmasi luar, memadai beli obimin je. Sama khasiat macam vitamin yang kkia bagi tu. Tapi hazabedah la sebab obimin tu besau. Dulu ada beli then makan sepapan je. Pastu buang sebab tiap kali makan, tiap kali la muntah walaupon masa tu dah lebih 5 bulan. So lain orang lain ragamnya. Maka aku tak seswai dgn obimin. T__T

Eh apa kemelalut ni. Hajat dihati nak cerita pasal scan. Ni dah ke ubat apa dah. Tengoklah, next week aku try call klinik utk set appointment. Taknak lah lambat sangat kang nanti baby dah besar dlm porot, susah nak tengok muka gebu gebas dia. Tetiba teringat time aqif dulu. Masa scan 4d, kemain nampak pipi tembam tembam. Bila delivery, sah susu cap teko. Sejibik muka dalam gambar. Hihihihi.







Wednesday, January 15, 2014

Rutin

Sebab beberapa minggu ni dah manja asyik tido awal je, 
bila masuk keja petang mula la mata buat hal. 
Huarghh ngantuk lah woi. 
Mata iolls dah biasa tertido bersama sama dengan anak. 
Paling lambat pon anak tido pukul 10pm. 
So minggu ni terpaksa layan mata sampai pukul 2330.

Hazabnyeeeee.
Cepat le bila boleh balik rumah.
Nak tido.
Nak polok anak dan laki.
Eh?

Bak kata daddy, sapa suruh keja shift.
Padan lah muka.
Hei,
Kalau nak diikutkan, ingat aku hingin sangat ke layan keja shift ni?




Set bersalin pilihan anda

Aaaaa. Baru 28 weeks tetiba dah meroyan nak cari set bersalin. Gila cepat hahahaha. Actually aku sedang survey je. Sebab nanti senang (Ewah keja nak senangggg je). Macam ni baru lah particular. Tak gitu.

Dulu, masa aqif aku pakai set amway tropical herbs. Bagus. Tapi masa tu aqif jaundice, maka kejap pakai kejap tinggal. Lama lama lupa. Hahahaha. Paling best dia punya baby oil. Tak tahu kenapa, aku jatuh chenta. Mungkin sebab bau dia wangi (tak macam minyak yuyi) dan semestinya ada logo halal. Cewahh. Eh betul, sampai sekarang aku masih order yang loose walaupun harga dia a lil bit mahal. ;p



So untuk berpantang anak ke-2 ni rasa nak ubah angin pulak. Nak try set berpantang yg lain. Anyone???? Aku dah jenuh survey ni. Macam nak amik set tanamera. Ada member geng susuk pernah try. Dia kata ok and more macam spa punya items.  Then ada vco lagi. Tapi masalahnya ok ke? Bukan masa berpantang kena makan jamu jamu ke? Halaaaa, pening aaa. Dan yang ni takde baby oil. Kena beli sendiri. Oi sedih. Banyak minyak pati gitu. Kok rajin nak lumur, sebab iolls ni rajin makan. Hahahaha. Kemudian, harga dia boleh tahan le mahal jugek dalam RM350. Hoi.


Lepas tu aku baca ramai gak yang suggest amik set berpantang dari shaklee. Yang ni tak silap aku more to supplement and multivitamins (kalau salah betulkan aku ye). Jamu jamu takde. Untuk yang nak bf anak start dari masa berpantang sangat lah sesuai. Hari tu aku ada beli esp, alfalfa dan lechitin. Memang la ok. Tapi multivitamins je la. Bukan fungsinya macam jamu tu ye. Ke takpe? Sebab kalau makan jamu pon kena start dua minggu selepas bersalin. Tu pon kalauuuu baby tak jaundice. Kalau ada jaundice alamat lambat sikit la kena makan. Tu pon kena hati hati sebab takut baby panas. Arghhh. Pening kuasa dua.


So mana satu ni?

Boleh tak aku nak amik loose sahaja shaklee ni? Tak nak beli banyak banyak. Itu nak beli, ini nak beli. Makannya kelaut jugak. Dah tahu dah. Teringat masa berpantang aqif dulu. Param pilis semua tu ada la beberapa minggu je pakai. Pastu hancur. Sebab utama, renyah. Kau bf anak. Nanti melekat semua kat anak. Dah la time berpantang badan hazabedah panas, berlengas bagai. Maklumlah, anak pertama, takde experience. The end, tinggal terkontang kanting. Maka kali ni toksah membazir. Beli mana yang badan perlukan je okay?

Marilah pening bersama sama. Tak aci aku sorang je yang pening. Badan ni nak pakai lama. Dah masuk anak kedua ni kena la berjaga jaga sikit. Kang laki kompelin susah pulak. Hiks. Yang pasti, misi berpantang 100 hari tatap diteruskan. Walauponnnn. Hahahahahaha.

Kbai!






Eh? 28 weeks?

Benda yang paling best masa time pregnant ni adalah shopping barang baby. Kehkehkeh. Kau orang mesti setuju kan. Adoi pitams tau tengok baju baby cantik cantik. Kalau yang gegurl punya lagi la, rambang mata iolls. Tapi, baby dalam perut tak tahu jantina lagi. Nantilah nak pegi scan 4D tu. Eh now am already 28 weeks tau. Tolong lah percaya.

Nak shopping barang baby, nak shopping barang baby. Heh heh. Last week ada baby fair kat pwtc tapi iolls tak dapat pegi sebab kesibukan dengan wedding cousin daddy. Sabtu nikah, ahad dia sanding. Kena attend woi sebab masa preparation wedding kami dulu makpak dia (maktam, paktam) involve from a to z. Siap masa merisik aku pon mereka jugak yang sekali datang lamarkan. Ewah. Terhingat pulak cerita dulu.

Next week ada baby fair kat mid. Punya la sekentut je dengan rumah kalau tak pegi tak tau la bila masanya nak shopping barang baby lagi. Takdela nak beriya, tapi nak la jugak at least baju baru utk new baby. Dah semua nak pakai yang anak bujang punya cam tak best pulak. Kot yang kelua ni nanti baby girl. Ewah kemain verangan uolls. Btw tak kisah pon boy ke girl janji aku dan baby selamat hendaknya. Doakan tau. Walaupon dah ada pengalaman utk anak pertama, tapi orang kata lain anak lain ceritanya. Hiii can't wait bebeh. Haa tau tau je baby dalam perut ni kita dok story pasal dia. Buat senaman lettew.

Haishh--
Dah masuk 28weeks maka aku kena follow up checkup every 2 weeks. Dalam pada tu jugak aku kena pegi buat booking hospital mana yang aku nak delivery nanti. Pilihan macam biasa tentunya yang dekat dengan rumah ni haa, ppum lah jawabnye. So aku ingat next week nak gi ppum buat booking then terus checkup sana. Senang. Esok lusa dah ada rekod kat situ. Malas pulak nak ulang alik bangsar.

Dah ready ke?
Hamboi apa punya soalan tu. Ready tak ready kena ready gak la. Takkan kau nak simpan lelama dalam porot. Right now dah mula terbayang dah sakit contraction macamana. Aaaaaa. Kata kalau boleh nak normal delivery kan. Insyaallah. Mudah mudahan kali ni aku lebih bersedia dari segi mental. Sakit tak tertahan apa apa pon kau kena makan. Makan tau. Jangan macam hari tu breakfast pon tak lalu. Padahal kejap lagi nak pi masuk labor room. Huwaaaa.

*doa-sambil-pejam-mata*






Thursday, January 09, 2014

Blur

Aku, paling menyampah kalau orang suka mendesak. 
Tahu lah aku nak buat apa. 
Tak payah nak mention benda tu dua tiga kali. 
Serius-- 
Aku fed up. 
Rasa macam aaaaaa. 
Stress ah macam ni. 
Semak kepala hotak.
Boleh buat hari aku jadi moody.
Kita dah usaha kan. 
Just perlukan sedikit masa je. 
Sabar lah.
Tak reti sabar ke?
Dah la malam tadi anak bujang meragam. Cirit birit.
Sampai punggoq melecet. Lagi buat aku moody.
Pasal anak. Lagi susah hati aku dibuatnya.
Tidur confirm sekarang ni tak cukup. Rasa macam hari ni blur.
Rasa macam nak cuti je. Jaga anak kat rumah. Sebab malas nak susahkan pengasuh.
Mak nya tu bukan sihat sangat. Aqif pulak jenis aktif.
Kang budak tu meragam, penat mak nya nanti.
Taknak lah mak dia mengeluh sebab jaga anak aku yang lasak itu.
Haishh--
Lepas tu kau. Lagi aku semak.
Itu nak kena fikir, ini nak kena handle. Sabar lah.
Satu satu kan. Buat satu satu. Sebab aku tak reti nak buat semua benda sekaligus.
Nanti boleh stress.
Aku ni tengah pregnant. Mana boleh nak stress. Kena jaga kesihatan diri.
Ni dah cukup baik lah aku ni bukan macam sesetengah perempuan pregnant yg lain.
Aku rasa aku dah cukup kuat. Tapi sebenarnya tak kuat mana pon.

Aku, jenis yang tak nak gopoh gapah.
Cuba buat sesuatu benda kalau boleh step by step.
Nampak macam actionnya lambat tapi, insyallah ada je hasilnya.
Aku, tak suka semak semak.
Sebab kalau semak mesti benda yang nak dibuat tu jadi kelam kelibut.
Ada je yg akan tertinggal tinggal.

Maka, fahamilah aku.






Wednesday, January 08, 2014

Perangai baru

Sekarang ni aku ada satu perangai baru la. Asal petang je mesti mengantuk kaw kaw tahap yang kau perlu tido sekejap walaupon masa tu kau kat ofis. Hoi apakahh? Mata ni macam digam gam. Pulak tu tido siap mimpi bagai. Macam semalam. Boleh pulak dah pukul 1530 mata ni mintak tido. Lalu aku selamba pegi tido kat sofa pantry dan tak hirau langsung orang kelua masuk asalkan kau puas tido. Pastu bangun tengok jam dah  pukul 1630 siap siap barang terus chaloo. Wakaka. Thorbaik.

Kau orang rasa ofismates aku bebulu tak dengan aku? Ada kot. Hihihi. Maafkan beta ye kawan kawan. Beta ni perempuan mengandung. Kadang kala ada perangai yang tak masuk akal. Kau orang yang tak mengandung tu jangan banyak bunyik, esok lusa jadik kat diri sendiri baru nak tergadah. 

Kadang ni kita dok sibuk la hal orang lain, gitu gini. The end, tiba tiba perkara tu jadi kat kita balik. Pastu tak sedar diri. Haaa gitu lah. So mari la kita jangan sibuk cakap pasal orang lain. Cececea apa kemelalut nih. Dah la. Nak sambung rehat jap. Bai!





Azam baru 2014

Cececeaaa. Semua nak tahun baru je kan. Tengah ada semangat ni wei meniti minggu minggu pertama di tahun baru maka tolong la layan kan aku.


Azam pertama sekali yang duduk dalam list untuk tahun baru ni adalah, nak datang kerja awal dan balik pon awal. Kahkahkah. Nampak sangat selama lama ni datang pon lambat. Matiks lah weh membuka pekung didada sendiri. Sorry lah bos. Tapi kalau aku datang lambat, aku tetap cukupkan waktu jam bekerja hokkay. So ini kali nak kena ubah mentality. Walau macamana gaya sekalipon tak kisah la aku kena bangun seawal 0530 sekali pon aku akan tetap gagahi diri punch in kalau boleh tu pukul 0730am. Tu matlamat aku utk tahun ni. Doakan aku succes. Nampaknya utk minggu kedua aku bekerja ditahun baru ni (berapa banyak tahun baru daaa) alhamdulillah berjalan dengan lancar. Yang penting, kalau kau keja pagi minggu tu, malam nya kena masuk tido awal. So jangan ditanya aku drama apa yang tengah on kat tv dikala ini. Melainkan kalau PPL dah start balik. Haish--

Lagi,
Macam biasa, rasanya azam tahun lepas kot. Aku nak saving more money. Dah sepuluh kali masuk dalam list dah azam ni aku rasa. Eeeee, tolonglah. Tolonglah control sikit nafsu serakah ni. Tak boleh ada cash sikit mesti dalam otak ligat create idea nak beli barang tah apa apa. Membazir sungguh tau. Before beli tak hingat donia macam la duit tu turun dari langit. Now dah tergadak, baru menyesal. Hihihihi ni lah satu perangai yang susah betul nak ubah. Takpe, make sure tahun 2014 azam ni berjaya dengan hendaknya. Bukanla takde nak berbelanja sakan, cuma aku mintak kat diri aku ni, tolonggggla berbelanja utk barang yang perlu saja. Please. I begging u.

Rasanya tu je dah takde apa kot. Sebab semua pending item banyak yang dah settle last year. Syukur alhamdulillah. Rasanya utk 2014, maybe tahun utk berehat rehat. Tahun utk kumpul balik saving yang telah dikeluarkan. Eh tak jugak. Aku lupa yang tahun ni aku nak deliver anak kedua. Wakakaka. Lepas tu ada satu lagi big issue tak settle lagi. Haa tu jelah. Harap ada lah rezeki baby ni. Kalau settle big issue tu memang aku akan buat kenduri kecil kecilan kot. Doakan eh. eh. eh.

Apa azam baru kau orang?

Semoga kita semua dapat mempertingkatkan produktiviti dalam diri memasing eh. Dah nak masuk 3 series ni pemikiran rasa macam matanggg je. Kahkahkah. Eeee tolongla. Mommy muda belia lagi ok.


See u when i see u. Ta-ta.






Perkara pertama di tahun baru

Semalam punya cerita tak sempat nak cerita sebab busy. Hahaha busy lah sangat ko kann. Ok, aku dah taruk surat permohonan pertukaran kat bos semalam. Dah siap mintak cop sokongan lagi. Tapi dalam pada tengah dok tunjuk surat tu kena la bebelan dulu. Haishh--

Gitulah. Takuit sangat staff dia kat sini tak cukup kalau aku dapat transfer. Sebab, sekejapan aku pi naik jumpa boss, ofismate aku pulak beriya jumpa boss jugak nak hantar surat pertukaran. Dah le sama sama satu shift. Kahkahkah. Memang nampak macam kau tu tak suka je kat unit ni. Actually ofismate aku tu weekly husband. Bini and anak dia dok perak ngan family sendiri. Jadinya, every weekends dia balik sana. Seee, pengorbanan seorang ayah. Bukan tu je, pengorbanan duit gak, masa, tenaga dan lain lain. Ada lah sebab tu napa anak and bini dia tak nak pindah sini. Maybe sebab sana pon dah selesa sebab tinggal dengan family sendiri. Dah boleh saving. Kalau pindah kl mana nak cari rumah sewa lagi, proses perpindahan bini dia (bini dia pon gov servant), nak cari pengasuh budak lagi. Hai banyak lah issue nya.

Tutup cerita dia. Buat apa nak cerita apsal orang lain khen.

Harapan ku agar permohonan ni berjaya lah hendak nya iyye. Daddy dah sibuk tanya2 sub-con dia area mana kat kajang tu boleh dapat rumah sewa yang murah. Kalau boleh terrace house pastu rental rate dalam 400-500 je. Ada tak? Hahahaha. Gila lah kan kalau jumpa memang aku duduk sane je. Eh ada. Tapi kat kajang perdana. Jauh sikit dari site daddy dan tempat keja aku nanti. Tapi tu takpe, kita boleh bincang. Yang penting now aku kena dapatkan kelulusan permohonan pertukaran aku je. Dah tanya admin, akak tu cakap kalau nak cepat boleh pegi naik atas jumpa pengarah terus dan slow talk. Gulp. Aaaaaa. 

Semangat dah berkobar kobar dah ni. Later aku nak update akak tu dulu. Surat aku dah sampai atas ke belum. Bak kata daddy, permulaan kepada kejayaan yang besar, adalah dari langkah yang kecil. He he heee. So kita layan je. Aku pon tak nak semak kepala memikirkan apa yang terjadi kelak. Kalau fikir fikir dan fikir, boleh pening wei.









Saturday, January 04, 2014

Jelly Shoes

Haritu nak singgah Jelly Bunny, tapi apakan daya, anak bujang tratangtang buat hal. Mengamuk tak tentu pasal. Tak nak duduk dalam stroller, nak berjalan merata. Aku idak le nak mengejar. Daddy pon dah penat so lets takde nyinggah memana terus balik. Sobs. Sedih siot. Aku nak cari sandal. Tapi nasib baik jumpa yang ni. Dapat le jadi pengubat duka nan lara. Cewahhh.

**abaikan urat kaki mommy yang timbul tenggelam ittew. Nampak sangat kaki jalan. Wakakaka

Tak mahal. Mampu beli. Dan palinggggg penting sekali comfy. Utk mak buyung macam aku lagi la seswai gitu. Ringan dan tak melecet. Boleh dilenjan kesana kemari. Ewaaah.
Ini bukan iklan dan aku tak kena bayar hokkay.=)

Saja nak promote kat kau orang supaya pegi beli. Do visit ig beliau. 
@dianaloveydovey @dianaloveydovey @dianaloveydovey



Friday, January 03, 2014

Turning 28

Dah berusia 28 tahun dah aku. Percaya tak? Percaya lah kau oranggg. Malam new year tu ada celebration kecil kecilan oleh idris family. Tu pon sebab biras aku birthday dia dekat dekat je dgn aku. Tak silap dia 29.12.13 aku 1.1.14, maka lets celebrate sekali.

 Mak uda
 Mak ngah















Semua gamba aku rembat dalam WA family. Maklom la, yang diraikan busy sikit, takkan le aku pulak yang dok nak tangkap gambar. Daddy biasa la tugas sampingan dia jaga anak bujang. So far Alhamdulillah walaupon kecil kecilan dan as usual tak cukup korum sebab ada yang on duty, tapi meriah. Thanks eh. Selama 28 tahun aku jarang celebrate birthday macam ni, rasa macam remaja lak. Kahkahkah. Padahal iolls anak nak masuk dua. Dah mak mak orang dah pon.

Weolls mmang begini. Suka makan makan berkumpul sesama family kat rumah SA takpon rumah akak. Family bonding angat tawww. Mil iolls suka masak. Anak anak dia pulak jenis suka makan kat rumah termasuk lah daddy. Lepas ni confirm setiap bulan akan ada celebration birthday utk setiap ahli keluarga. Confirm ah. Pastu kau sediakan jela hadiah ye. Jangan nak mengelat. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita kena balas balik. Ohh hadiah dari daddy dia kata postpone. Wahh boleh pulak ye. Iolls dah verangan nak mintak henbeg baru ni. Wakakaka.

Thanks semua. Thanks sapa yang wish thru wa, fb, ig dan lain lain. Yang siap call pon ada. Hamboi retiss gitu. Maklom la satu donia celebrate birthday i. Siap ada bakar bunga api lagi. Kau orang ada? Adaaa? Hahahaha

Neway, tak terlambat lagi kot, Happy New Year 2014 koranggg. Apa azam tahun baru?






Checklist Baby : Set Tilam Kekabu

Lama dah teringin nak beli set tilam kekabu utk baby. Tapi baru ni hajat kesampaian. Masa aqif hari tu pakai set tilam biasa je. Mungkin baby dalam perut ni punya rezeki kot. Gigih aku pegi gugel nak dapatkan harga yang affordable. Sebab selalu aku jumpa harga tak kurang mesti RM200 keatas DAN tak termasuk postage. Hukaloh, set tilam baby je kot. Toksah la mark up harga cenggitu. Jadinya disebabkan aku ni umi yang berjimat (poyos!) so lets cari yang termampu. Padahal kat tepi jalan rumah aku ni ada je van yang jual bantal kekabu, set tilam baby kekabu bagai. Tapi masalahnya tilam, bantal kepala dan bantal polok saja. Sarung takda. Bantal karipap takde. So tak best. Orang nak yang funky gitu. Kata untuk baby. Kena lah yang sweet kannn. He he heeeee


Wahh dah macam iklan pulak. Padahal tak kena bayar pape pong.

Pegi la klik wei. Harga yang sangat berpatutan bagi aku yang rakyak marhaen ni. Gagagaga. Corak pon ok. Not bad. Takde la sendu pon. Maybe kau orang boleh request nak suruh tokmie jahit design yang kau orang nak. Ikut uolls. Aku ni jenis yang tak kisah, okok jer. Lagipon baby dalam perut tak tahu jantina. Motip sebenar aku kan nak cari set tilam kekabu. Sarung boleh tempah lain. Kena play smart. Tak nak jadik macam dulu. Ikut napsu serakah. Kuangjaq tau syaiton ni. Suka hasut aku. So kali ni aku tak nak tertipu. Dulu beli set tilam bumblebee harga lebih kurang sama je dengan set tilam kekabu yang ni. Dah tu takde comforter lak. Still bengang sampai sekarang. 



Aku guna alamat sban. So balik sban baru merasa bukak bungkusan besa gedabak ni. Gini ah ghoman eh. Mickey mouse gitu. Asalnya nak design yang lain tapi banyak yang sold out. Masa aku booking ni pon tah bape kali aku dok update kat tokmie.

Ohh aku tak beli tilam latex sebab nanti bila aqif/baby besa sikit nak kena beli tilam single pulak. Alah, tilam baby je pon. Esok adik adik dia kelua, kena gak beli lain kann. Bertuah la kau nak pakai tilam yang hak abang akak dia. Takde la tu. Aku tahu lah sebab aku orang perempuan. Sedikit tak banyak mesti ada dalam otak nak beli baru, nak beli baru. Ececececeh.

Setakat ni tengok kekemasan jahitan sarung set tilam ni oklah aku puas hati. Ke sebab aku tak mahir menjahit ke apa? Hihihi. Lantak situ. Janji satu item dah selamat dipotong dalam list. Dah tak payah pening kepala. Next, misi mencari baju utk baby pulak. Eh dah boleh cari sekarang ke? Baby baru 6 bulan. Aku ni bukan apa, selagi item dalam checklist baby ni tak berkurangan, aku risau. Risau sebab takut nanti tak sempat nak mencari. Aku nak kejar banyak benda. Kalau boleh tu nak bersalin dalam keadaan aman damai dan tenteram. Tak mau fikir apa barang lagi yang tak cukup. Pening ah.

Btw, thanks tokmie. Gembira berurusan dengan mu. 

Aku punya bajet buat masa ni tak besar mana jadi ini jelah yang aku mampu. Aku tahu, ramai mommies kat luar tu macam aku gak. Nak harga berpatutan tapi berkualiti gitu. Kannn? Manalah tau kot esok lusa utk anak ketiga keempat dan seterusnya rezeki aku melimpah ruah, aku beli je tilam yang mahal sorang satu. Hihihi. Doakan lah ye.






Wednesday, January 01, 2014

Throwback Wonderful 2013

Banyak sangat momen indah sepanjang tahun 2013. Kalau nak ikutkan tak cukup page nak share. Kang kau orang bosan pulak. Dah bosan lalu muntah. KAHKAH. Ok kalini aku nak imbas balik apa yang jadi sepanjang januari sampai lah disember tu. Manalah tahu sambil mengimbau kenangan aku boleh create azam baru utk tahun baru ni pulak. Ops before terlupa, ada yg aku cerita kat blog dan ada yg aku tak cerita.

Lets' start bebeh!

January 2013

@ me turns 27 yeayy! Tak boleh nak percaya sikit lagi nak masuk 3 series. Aku lupa daddy bawak celebrate kat mana (ke tak celebrate, HAHA) tapi yang pastinya dapat present jam tangan yang mahal oi! Thanks daddy!  Muahh.
@ Surprise celebrate belated and in advance birthday party lah konon bersama geng susuk at Full House. Aku ngan ameer birthday sama bulan maka kena buat sekali jalan. Thanks korang. Shower bath and body scrub tu wangiiii!
@ Aqif Zaumar start meniarap. Suka sangat. Step by step. Dan dah officially reject direct feeding dgn umi dia. Sobs. Botol lebih umphh dari nipple umi ye. Okah!
@ Daddy fly to Guangzhou.
@ Bro-in-law kepada daddy passed away. Sudden heart attack. Al-Fatihah.
@ Start minum milk booster ESP by Shaklee. Saja try sebab feedback orang kata best.

February 2012

@ Me struggle exclusive pumping mommy! Bersengkang mata nak cukupkan stock ebm. 
@ Aktiviti tak banyak that month sebab aku tengah dok setup lagi masa utk anak, daddy dan juga keja.

March 2013

@ Happy 28th birthday daddy! Bawak pegi makan je. Pun lupa ingatan gak kat mana aku bawak. Hihihi. Teruk betul umi sorang ni. Tahu la urat dah putus dua. Tapi aku buatkan home made choc cake hokkay.
@ 1st hornymadu in 2013 at Port Dickson jer. Sekali dengan geng susuk. Lepak-ing, chatting, bbq-ing. Susah nak kumpul a complete set of geng susuk ni. Sekali dah ketemu hah kau retak dinding.
@ Aqif officially start with solid food. Aku buatkan puree etcs. Rajin kan umi muda sorang ni. :)

April 2013

@Still struggle buat stock ebm for anak bujang. Gigih sebab dari awal dah niat nak susukan sampai dia umur 2 years!
@ Anak bujang first time demam. Umi daddy cuak lebih. Anak nak membesar kot. Lepas je demam dah pandai pegang botol susu sendirik. Good job sayang.
@ Aqif start makan porridge. Makan solid food segala. Alhamdulillah selera dia kuat.

Mei 2013

@ Happy our 2nd wedding anniversary! Tak sedar dah masuk dua tahun. Banyak yang perlu dipelajari lagi. Oh btw tak pegi celebrate mana mana pon sebab kekangan masa. And i'm ok. 
@ PRU13. Sangat lah busy sebab kena standby.
@ Gambar i masuk magazine uuu!! Tapi gambar masa pregnant kan si aqif dulu. Hoi gems tahu! Hehehe magazine for staff rtm je.
@ Got my own bike. Tapi tak berani nak pi riding pegi keja balik keja.

June 2013

@ Aqif start naik walker. Tu pun masa nak beli masih lagi dalam pertimbangan kami laki bini. Sebab kalau boleh tak nak aqif naik walker terlalu awal.
@ Celebrate belated birthday daddy dan sorang lagi geng susuk. Oh kita orang memang macam tu. Kalau dalam satu bulan ada dua tiga orang punya birthday, wajib celebrate berjemaah. KAHKAH. Bukan apa, nak jimatkan kos satu. Lagi kau orang ingat senang nak kumpul reramai? Haishh. Payah. Kita orang ni keja busy kalah menteri gitu.
@ Join Festival Belia Putrajaya. Saja jalan amik angin sambil bawak anak bujang.
@ Anak bujang start tumbuh gigi yang pertama. Hoyehhh!!
@ Aqiqah and cukur jambul anak bujang. Dan besar baru nak bercukur ke dik. HAHAHA. Jadilah daripada takde dan alhamdulillah semua berjalan lancar.
@ First time my period datang setelah sekian lama tak hadhir. Terkejut jugak.

Julai 2013

@ Aqif fully botaks like abam dom F&F. Comelss. Kagum dengan anak sendirik ;p
@ Aku still breastfeed aqif and STILL ep mommy. Gigih tahu.
@ Puasa uolls. Struggle gegila sebab stock susu merundum.
@ Fisrt ever di tahun ni aku demam/batuk/sakit tekak. Pakej. Nasib dapat daddy yang memahami. 
@ Iftar Ramadhan kat Maeps Serdang with geng susuk yang tak cukup korum.

Ogos 2013

@ Bulan raya. Tapi tahun ni raya di SA. Wuwuwu. Eh balik BP dan muar jugak. Nasib dapat merasa beriani marbeles. 
@ Aqif dah dapat kaki. Yeayyy!! Nak jalan lettew. Suka sangat tengok dia.
@ Guess what? I'm PREGNANT again!

September 2013

@ Aqif 1st birthday. Umi daddy kiss kiss. Tapi bila tengok awak saat tu terus nangis. Sebab kenangkan awak dah nak ada adik. T__T
@ Start buat buku pink at kkia bangsar for my second pregnancy.
@ Start balik main sudoku.
@ Bulan yang banyak dugaan. Emosi terganggu. Pembawakan budak mungkin. Hanya aku je yang tahu.
@ First time bawak anak bujang jalan kat park. Saja nak bagi dia berlatih jalan banyak lagi. Bior kaki awak kuat.

Oktober 2013

@ Mabuk yang tak berapa nak mabuk. Tapi ada lah mabuk jugak. Letih woi. Rasa nak tikam diri sendiri.
@ Fil naik haji. Hantar dia orang kat Kompleks Kelana Jaya. Gagah kan diri walaupun condition badan tak berapa nak okay.
@ Cuti panjang balik sban sebab pengasuh warded plus daddy outstation. Heaven.
@ Port Dickson 2nd hornymoon. With geng susuk jugak dan tak cukup korum. Wakakaka. Apada, asyik PD, PD saja.
@ Aidiladha without fil. Sedih sebab takde lauk best di hari raya. Wakaka.
@ Im bleeding. Seram uolls. But nothing happen. Sebab letih kot.
@ Daddy's family day at Sunway Lagoon. Tak sedor diri baru lepas bleeding pon kau berjimba lagi ye.

November 2013

@ Mabuk dah takde dah. Diri semakin stabil. Aku suka sebab selera makan dah ok. Badan pon dah tak berangin macam early pregnancy. 
@ Perangai perempuan pembawakan budak menjadi jadi. Siap bawak balik rumah lagi. Sedih dengan diri sendiri.
@ Daddy banyak pegi outstation. Me is sedih sebab keterpaksaan jaga anak bujang yang tengah lasak keseorangan dengan nak jaga diri sendiri lagi.
@ Fil balik haji.
@ Baru terkedek kedek nak setup balik nuffnang ads. Macam hawau je.
@ Terpaksa berpisah dengan anak bujang 3-4 days. Sedih sangat. First time ever. Memalam nangis sambil peluk bantal polok dia. Saiko.
@ Proses beli rumah settled! Alhamdulillah. Now tunggu rumah siap. Hope everything is gonna be alright.

December 2013

@ Genap 7 years berkhidmat di sektor awam.
@ Terminate insurance GE.
@ Busy dengan list barang baby.
@ Sayonara waja garang. In memories 2008 - 2013.
@ Have a new family member. Alhamdulillah. Rezeki kami sekeluarga.


Rasanya tu je yang big issued. Overall semua dah tak macam dulu sebab dah tambah bilangan ahli keluarga. Kuikuikui. Aku masih lagi dalam proses membiasakan diri dengan anak. Ni kan pulak nak masuk anak ke-2. Still. Percayalah. Semoga tahun 2014 hidup kami anak beranak semakin bahagia, dilimpah kurniakan lagi rezeki dan semua yang baik baik lah yang aku harapkan.

Goodbye 2013, Welcome 2014.
Please be kind to us!

xoxo.