life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 23, 2014

Amalan ketika mengandung

Ewah bajet macam dah beranak 8 je kan. Hahahaktuihh. Actually disebabkan kengerian pengalaman lalu maka aku mengambil inisiatif utk mengimprovekan lagi amalam ketika mengandung untuk kali kedua ini. Dulu masa aqif pernah jugak a few friends  cakap makan sesudu minyak kelapa buatan sendiri sehari sekali apabila kandungan dah mencecah 7 bulan dan keatas. Tapi, aku tak buat. Sebab, aaaaa makan minyak kelapa?? Really?? Nak buat pon tak tahu camane inikan pulak nak makan. Cannot go.

Kali ni lets ikut cakap mereka. Tak rugi kan. Tapi aku tukar dari makan minyak kelapa why not kita amalkan makan olive oil. Tu pon diantara sunnah nabi jugak kan. So semalam gigih pegi mahnaz food beli. Ya ampun baru ku tahu yang sebenarnya olive oil ni banyak sangat pilihan. Iolls is fening. Tak tahu nak pilih mana satu jadi aku hantam sajalah labu.

Aku beli yang ni. Extra Vigin Olive Oil.
Apadia tu?

Apa yang aku faham, extra virgin ni adalah ia hasil minyak daripada perahan pertama apabila kita memproses minyak zaitun. Lebih likat dan warnanya lebih gelap berbanding minyak zaitun biasa. Senang cerita dia ni merupakan pati minyak zaitun la.

So tadi pagi, lepas makan madu 2 sudu, aku saja la nak try. Dalam hati start dari pagi ni nak amalkan dengan niat yang suci supaya aku senang beranak. Tapi, boleh tak aku muntahkan balik. Yerkkk. Ampunnnn, rasanya kembang semangkuk tekak den. Terus segala dalam isi perut habis kelua balik. Daddy dah cuak ngape muntah ni. Dah lama tak muntah. Ada bau apa apa kah? Hahahaha. Seriusla, baru ku tahu oh gini rasanye olive oil bila dimakan mentah mentah. Tak boleh belah siot. Dah tu cemana nak dijadikan amalan ni? Terus terpandang je botol olive oil tekak secara automatik rasa nak muntah. Sampai sekarang perasaan tu ada. Aaaaaa.

Daddy siap sound, kalo muntah muntah gini, makan kismis, madu jela. Kan senang. Nak seksa diri buat apa. Tak boleh jadi ni. Kena kuatkan semangat. Kata nak bersedia dari awal. Dah beli tak makan kan ke rugi. Betul tak?

Mari mencabar diri sendiri. Walauponnnn cam seksa diri lak. Bai.




No comments: