life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, January 08, 2014

Azam baru 2014

Cececeaaa. Semua nak tahun baru je kan. Tengah ada semangat ni wei meniti minggu minggu pertama di tahun baru maka tolong la layan kan aku.


Azam pertama sekali yang duduk dalam list untuk tahun baru ni adalah, nak datang kerja awal dan balik pon awal. Kahkahkah. Nampak sangat selama lama ni datang pon lambat. Matiks lah weh membuka pekung didada sendiri. Sorry lah bos. Tapi kalau aku datang lambat, aku tetap cukupkan waktu jam bekerja hokkay. So ini kali nak kena ubah mentality. Walau macamana gaya sekalipon tak kisah la aku kena bangun seawal 0530 sekali pon aku akan tetap gagahi diri punch in kalau boleh tu pukul 0730am. Tu matlamat aku utk tahun ni. Doakan aku succes. Nampaknya utk minggu kedua aku bekerja ditahun baru ni (berapa banyak tahun baru daaa) alhamdulillah berjalan dengan lancar. Yang penting, kalau kau keja pagi minggu tu, malam nya kena masuk tido awal. So jangan ditanya aku drama apa yang tengah on kat tv dikala ini. Melainkan kalau PPL dah start balik. Haish--

Lagi,
Macam biasa, rasanya azam tahun lepas kot. Aku nak saving more money. Dah sepuluh kali masuk dalam list dah azam ni aku rasa. Eeeee, tolonglah. Tolonglah control sikit nafsu serakah ni. Tak boleh ada cash sikit mesti dalam otak ligat create idea nak beli barang tah apa apa. Membazir sungguh tau. Before beli tak hingat donia macam la duit tu turun dari langit. Now dah tergadak, baru menyesal. Hihihihi ni lah satu perangai yang susah betul nak ubah. Takpe, make sure tahun 2014 azam ni berjaya dengan hendaknya. Bukanla takde nak berbelanja sakan, cuma aku mintak kat diri aku ni, tolonggggla berbelanja utk barang yang perlu saja. Please. I begging u.

Rasanya tu je dah takde apa kot. Sebab semua pending item banyak yang dah settle last year. Syukur alhamdulillah. Rasanya utk 2014, maybe tahun utk berehat rehat. Tahun utk kumpul balik saving yang telah dikeluarkan. Eh tak jugak. Aku lupa yang tahun ni aku nak deliver anak kedua. Wakakaka. Lepas tu ada satu lagi big issue tak settle lagi. Haa tu jelah. Harap ada lah rezeki baby ni. Kalau settle big issue tu memang aku akan buat kenduri kecil kecilan kot. Doakan eh. eh. eh.

Apa azam baru kau orang?

Semoga kita semua dapat mempertingkatkan produktiviti dalam diri memasing eh. Dah nak masuk 3 series ni pemikiran rasa macam matanggg je. Kahkahkah. Eeee tolongla. Mommy muda belia lagi ok.


See u when i see u. Ta-ta.






No comments: