life is beautiful

life is beautiful

Monday, January 27, 2014

Checklist Baby : Clothing

Kan aku ada cakap hari tu tak sabor nak tunggu jumaat pasal nak pegi shopping baju baby. Thehehehe. Sanggup amik half day sebab taknak berebut dengan umat manusia yang lain. Tapi kesudahnya lunch jugak aku keluarnya. Itulah daddy nak pi renew roadtax la lesen la apa la itu la ini la. Aku sebagai isteri yg solehah ni kena la ikut cakap laki. Kang tak pasal dia tak nak teman kang tak ke naiya.

So, tahu kan mid ada baby fair. Start jumaat till ahad lepas. Tapi jumaat tu aku tak jejak pon. Sabtu ahad pon idak. Mula memang cadang nak ke sana sebab dekat. Tapi bila timbang kati, cannot lah. Dah le kelua pon dekat lunch, cari paking satu hal. Jumaat kan org solat jumaat. Lunch pon tak lagi dah bila kalanya nak sampai rumah. Plus daddy kena masuk ofis balik after jumaat. So lets ke sogo jer. Jadilah dari takdo. Lagi satu, for sure baby fair tu akan jual benda benda yg aku dah ada like stroller, breast pump etc. Baju baby tak banyak kot. Kan ke motip aku nak nyopping baju baby. Beli disposable diapers kat baby fair? Tesco, mydin lagi murah kot. Kahkahkah.

Aku rasa menyopping kat sogo hari tu macam lipas kudung. Aku bukan aku yang sebenar. Wahahaha. Poyotitus betul. Daddy dah sound awal, jgn lambat, jgn dok terpilih pilih. Ambik je mana yang ada. Masaelahnya sogo kau orang tahu la hari jumaat tu penuh dengan kaum mak mak. Yang aku tak paham bilanya tak sale, hari hari sale kot. ; p. Pastu peliks, dia orang ni banyak duit betul dok nyopping sakan. 

Nasib iolls bijak dah sediakan wish list siap siap. Eh tapi walaupunn dah ada list still ada je benda yang takde. Demmit. Like barut, mitten and booties, kena beli kat kedai baby. Yang kat sogo semua outdated. Barut lagi la, ini kalau baby mengeliat sikit confirm tercabut. Iolls cari barut baby kain cotton flannel. Ada satu kedai kat SA, maybe next week nak singgah. Dulu pon beli kat sana jugak.

Aaaa, malu iolls punya wish list. Abaikan yang umi punya tu ok. T__T
Aku just cari benda yang kena beli. Means, benda yang newborn wajib ada. 
Takkan le nak pakai jugak baju anak bujang yang lama tu, baby nak jugak yang baru khennn.

 Sudahhh, terselit jua baju anak bujang. 

 Motip?

Hasil tuaian.

Tuh diaa. Banyak tak banyak, boleh la. Beli yang basic je. Malas nak perabih duit. Macam nanti nanti takde lak kan bak kata daddy. Kau orang tengok la kaler sepesen je. Ada la selit gak pinky winky sebab saja gediks. Jantina? Jangan tanya oi sebab minggu raya cina ni baru nak pi scan 3d4d. Maka, tungguuuu.

Dah tu je. Later aku cerita lagi.






No comments: