life is beautiful

life is beautiful

Friday, January 03, 2014

Checklist Baby : Set Tilam Kekabu

Lama dah teringin nak beli set tilam kekabu utk baby. Tapi baru ni hajat kesampaian. Masa aqif hari tu pakai set tilam biasa je. Mungkin baby dalam perut ni punya rezeki kot. Gigih aku pegi gugel nak dapatkan harga yang affordable. Sebab selalu aku jumpa harga tak kurang mesti RM200 keatas DAN tak termasuk postage. Hukaloh, set tilam baby je kot. Toksah la mark up harga cenggitu. Jadinya disebabkan aku ni umi yang berjimat (poyos!) so lets cari yang termampu. Padahal kat tepi jalan rumah aku ni ada je van yang jual bantal kekabu, set tilam baby kekabu bagai. Tapi masalahnya tilam, bantal kepala dan bantal polok saja. Sarung takda. Bantal karipap takde. So tak best. Orang nak yang funky gitu. Kata untuk baby. Kena lah yang sweet kannn. He he heeeee


Wahh dah macam iklan pulak. Padahal tak kena bayar pape pong.

Pegi la klik wei. Harga yang sangat berpatutan bagi aku yang rakyak marhaen ni. Gagagaga. Corak pon ok. Not bad. Takde la sendu pon. Maybe kau orang boleh request nak suruh tokmie jahit design yang kau orang nak. Ikut uolls. Aku ni jenis yang tak kisah, okok jer. Lagipon baby dalam perut tak tahu jantina. Motip sebenar aku kan nak cari set tilam kekabu. Sarung boleh tempah lain. Kena play smart. Tak nak jadik macam dulu. Ikut napsu serakah. Kuangjaq tau syaiton ni. Suka hasut aku. So kali ni aku tak nak tertipu. Dulu beli set tilam bumblebee harga lebih kurang sama je dengan set tilam kekabu yang ni. Dah tu takde comforter lak. Still bengang sampai sekarang. 



Aku guna alamat sban. So balik sban baru merasa bukak bungkusan besa gedabak ni. Gini ah ghoman eh. Mickey mouse gitu. Asalnya nak design yang lain tapi banyak yang sold out. Masa aku booking ni pon tah bape kali aku dok update kat tokmie.

Ohh aku tak beli tilam latex sebab nanti bila aqif/baby besa sikit nak kena beli tilam single pulak. Alah, tilam baby je pon. Esok adik adik dia kelua, kena gak beli lain kann. Bertuah la kau nak pakai tilam yang hak abang akak dia. Takde la tu. Aku tahu lah sebab aku orang perempuan. Sedikit tak banyak mesti ada dalam otak nak beli baru, nak beli baru. Ececececeh.

Setakat ni tengok kekemasan jahitan sarung set tilam ni oklah aku puas hati. Ke sebab aku tak mahir menjahit ke apa? Hihihi. Lantak situ. Janji satu item dah selamat dipotong dalam list. Dah tak payah pening kepala. Next, misi mencari baju utk baby pulak. Eh dah boleh cari sekarang ke? Baby baru 6 bulan. Aku ni bukan apa, selagi item dalam checklist baby ni tak berkurangan, aku risau. Risau sebab takut nanti tak sempat nak mencari. Aku nak kejar banyak benda. Kalau boleh tu nak bersalin dalam keadaan aman damai dan tenteram. Tak mau fikir apa barang lagi yang tak cukup. Pening ah.

Btw, thanks tokmie. Gembira berurusan dengan mu. 

Aku punya bajet buat masa ni tak besar mana jadi ini jelah yang aku mampu. Aku tahu, ramai mommies kat luar tu macam aku gak. Nak harga berpatutan tapi berkualiti gitu. Kannn? Manalah tau kot esok lusa utk anak ketiga keempat dan seterusnya rezeki aku melimpah ruah, aku beli je tilam yang mahal sorang satu. Hihihi. Doakan lah ye.






No comments: