life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, January 15, 2014

Eh? 28 weeks?

Benda yang paling best masa time pregnant ni adalah shopping barang baby. Kehkehkeh. Kau orang mesti setuju kan. Adoi pitams tau tengok baju baby cantik cantik. Kalau yang gegurl punya lagi la, rambang mata iolls. Tapi, baby dalam perut tak tahu jantina lagi. Nantilah nak pegi scan 4D tu. Eh now am already 28 weeks tau. Tolong lah percaya.

Nak shopping barang baby, nak shopping barang baby. Heh heh. Last week ada baby fair kat pwtc tapi iolls tak dapat pegi sebab kesibukan dengan wedding cousin daddy. Sabtu nikah, ahad dia sanding. Kena attend woi sebab masa preparation wedding kami dulu makpak dia (maktam, paktam) involve from a to z. Siap masa merisik aku pon mereka jugak yang sekali datang lamarkan. Ewah. Terhingat pulak cerita dulu.

Next week ada baby fair kat mid. Punya la sekentut je dengan rumah kalau tak pegi tak tau la bila masanya nak shopping barang baby lagi. Takdela nak beriya, tapi nak la jugak at least baju baru utk new baby. Dah semua nak pakai yang anak bujang punya cam tak best pulak. Kot yang kelua ni nanti baby girl. Ewah kemain verangan uolls. Btw tak kisah pon boy ke girl janji aku dan baby selamat hendaknya. Doakan tau. Walaupon dah ada pengalaman utk anak pertama, tapi orang kata lain anak lain ceritanya. Hiii can't wait bebeh. Haa tau tau je baby dalam perut ni kita dok story pasal dia. Buat senaman lettew.

Haishh--
Dah masuk 28weeks maka aku kena follow up checkup every 2 weeks. Dalam pada tu jugak aku kena pegi buat booking hospital mana yang aku nak delivery nanti. Pilihan macam biasa tentunya yang dekat dengan rumah ni haa, ppum lah jawabnye. So aku ingat next week nak gi ppum buat booking then terus checkup sana. Senang. Esok lusa dah ada rekod kat situ. Malas pulak nak ulang alik bangsar.

Dah ready ke?
Hamboi apa punya soalan tu. Ready tak ready kena ready gak la. Takkan kau nak simpan lelama dalam porot. Right now dah mula terbayang dah sakit contraction macamana. Aaaaaa. Kata kalau boleh nak normal delivery kan. Insyaallah. Mudah mudahan kali ni aku lebih bersedia dari segi mental. Sakit tak tertahan apa apa pon kau kena makan. Makan tau. Jangan macam hari tu breakfast pon tak lalu. Padahal kejap lagi nak pi masuk labor room. Huwaaaa.

*doa-sambil-pejam-mata*






No comments: