life is beautiful

life is beautiful

Monday, January 20, 2014

PPUM Booking

Orang yang paling cemerlang adalah orang yang berjaya mengawal nafsunya semasa berada di shopping malls. Yes. It's true. Aku lettew. Wakaka. 

Tadi, pegi booking utk bersalin kat ppum. Dah la kena tunggu lama. Amik borang and set appointment date dengan doc je pon. Stress aku. So alang alang dah stress lets releasekan tension ke mid. Tujuan utama nak lunch je sebab lone ranger kan. Daddy tak dapat nak teman. So iolls decide nak beli barang sikit. Sikit je. Utk anak bujang dan jugak baby. And then nak usha Jelly Bunny ada sale. Ofismate gigih dah pegi  dulu seawal 10am. Aku je yg ketinggalan. Tapi, tapi, tapi, ajaibnya aku mampu mengawal nafsu. Peliks.

Tabik dengan diri sendiri sebab dah la alone. Selalu kalau sendirian mesti fail dalam bab shopping. Ada benda mengarut je dibelinya nanti. Tapi tadi keajaiban telah berlaku. Just beli a few pyjamas utk aqif dan rompers for baby. Tu pon berkira sebab minggu ni kan ada maternity fair. So gigih nak save bajet supaya tak berbelanja berlebihan hari ni. Kahkahkah.

Haish tak menyabor nak pegi shopping utk baby ni. Cepat la jumaat. Come to mama pleaseee. Harap takde aral melintang. Tu je la masa yang ada. Nak pegi weekends memang tak le. Sapa nak jaga anak bujang? Umi daddy tak larat woo bawak dia pi mall. Semua nak di explorenya. Budak bujang tu sesuai bawak pi park, dataran boleh la. Macam lipas kudung berlari. Semput iolls laki bini.

Tak nak tanya ke ngape aku booking ppum?

Sebab pertama-tama sekali, dekat dengan rumah. Walaupon ic anak kat tengah tu nanti jadi 14. Laki iolls kalau boleh nak anak dia dapat ic selangor. So gigih pujuk aku pi booking kat hospital kajang or serdang or mana mana hospital dalam selangor. Adehh. Macam tu pon ada. Haishh-- Bagi aku mana mana la janji time nak bersalin nanti tak kelam kabut. So aku selamba je pi booking kat ppum. Nak senang kan dia jugak. Kann.

Booking utk masuk ward saja (tak silap aku) dalam RM500. Kalau normal delivery rate antara RM500-RM700, Caesar Birth RM1K and above. Wuhooo. Thorbaek baq hang. Dan lucky me sebab gov staff dan boleh guna guarantee letter. Kahkahkah. Dah ada kemudahan, maka lets guna sebaiknya. 

So next appointment utk jumpa doc bulan feb nanti. Kira oklah tu. Sebab malasss sangat nak pegi checkup dua minggu sekali. Yang tak tahan tu nak menunggu. Bukan apa, pegi lone ranger. Daddy kan kena pegi work awal. Mana boleh nak lari lari cam kita. Eh? Hahahahaha.

Kedua, selesa la. If baby kau orang admitted jaundice ke apa, mak boleh tunggu. Tak perlu nak pegi-balik rumah. Sebilik ada 4 katil. Ada sofa yg comfort gitu. Bathroom ada dua. Kiranya, kau duduk jela jaga baby. Tu time masa aku jaga aqif dulu la. Sekarang sama lagi kot.

Kita ni nak beranak harusla mementingkan keselesaan. Kalau kata doc, nurse cam hagram, mana mana hospital gov mesti ada. Ke tak ada? Private lain la. Siap boleh pilih macam pakej hornymoon. Hahahaha. Bagi aku, lain anak lain ragamnya. Masa yang first dulu alhamdulillah semua ok je, takde la aku nak merungut itu ini tak betul. Adat la. Ada yg nurse ok, ada yg garang nak mam. Ahh lantak la. Janji aku beranak dengan selamat sudah.

So harapan yg kedua ni, mudah mudahan umi and baby selamat. Tu je. Kalau boleh baby takmo la jaundice lagi. Penat woi stay kat ward jaga dia. Nak mandi pon payah dok fikir anak takde sapa nak tengok. Memang la nurse ada je 24jam. Tapi iolls kan jenis cuak lebih.

Selamat menempuh hari hari mendatang. Nak g meeting dua tahun sekali ni. Kbai!





2 comments:

zurinazakaria said...

lisa dh cuba amalkan minum susu kambing ke? cuba la minum hari2, sekali sehari pun jadi..bagi k.zrin mmg berkesan sbb dua2 anak k.zrin tak kena jaundice..lisa cuba la amalkan minum susu kambing hari2..

si peri peri said...

belummmm. hihihi best ke rasanya kak? ada nampak kat mahnazfood semalam susu kambing fresh. tapi mcm aaaaa nak beli ke..;p thanks kak for the info. nk tak nak kena minum gak kan.