life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 23, 2014

Scan 3D4D : Part 2

Hari tu kan aku ada cakap nak buat scan 3d4d. Nak confirm jugak la baby dalam perut ni boy or girl. Senang nanti kalau orang tanya jantina baby, aku dah ada jawapan. Hahaha. Ni tidak, asal orang tanya je, kemain panjang aku punya goreng. Diorang bukan faham. Scan kat klinik gov tu scan ala-ala, takdenye dia nak godek perut ko bagai. Maka lets buat kat private. Macam biasa, aku guna khidmat Klinik Umra utk ke kedua kalinya. Eh belum lagi. Ni baru part booking.


Situlah aku pi booking online. Klik lah wei, klik la. Ramai je mommies yang guna khidmat scan 3d4d kat sini.

Gini lah goman eh. Kena pilih dulu kau orang nak buat kat mana. Now dah banyak tempat. Tak macam dulu ada la 4-5 tempat je. Bagus bagus. Ini la yang dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan. Harga affordable. Tak macam sesetengah private yang harganya tak masuk dek akal oleh rakyat marhaen macam aku. Kahkahkah. Berkira kooo.

Bila dah pilih tempat, kena pilih pulak date & time. Tengok masa yang free. Macam aku booking kat umra gila fullhouse je memanjang. Aku dapat belah pagi. Nasib badan kena bangun awal kan. Tapi tadi aku try login balik dan saja check ada free slot tak utk tengahari. Alhamdulillah ada, so aku teruih reschedule aku punya appointment. Kelas kan. Sukati makpak engko je.


Ini appointment yang mula mula aku buat (semalam). See, belah pagi. Hazabedah nak bangun awal dengan nak menguruskan hal anak bujang lagi. Tu yang tukar ke tengahari. Boleh la bernafas sikit. Tapi kena tunggu confirmation email dari dia. Kang aku selamba je pegi alih alih slot aku dah diambil orang kan ke naiya. Dah la 2/2 tu nanti kandungan dah cecah 30weeks. Makin penuh la perut aku dengan baby. Acane nak nampak pipi gebu gebas baby nanti. Kahkahkah.


Dah reschedule. Yeayyy! Harap harap dapat la slot tu. Tak pagi sangat tak petang sangat. Selalu time lunch baby iolls aktif. Sebab lapa nak makan. Hihihihi. So uolls pi la booking online. Aku sebab bab nak mencari private clinic ni memang malas. 






No comments: