life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 16, 2014

Scan 3D4D

Dalam dok buat persiapan beli barang baby ni tiba tiba terhingat yang aku tak decide lagi appointment utk scan baby. Time aqif dulu beriya ko. Yang ni buat dek je kan. Sungguh tak aci umi sorang ni tau. Hahaha. Bukan apa, aku terlupa daa. Belum scan jantina cemana nak shopping baju baby ni. Bagus bagus. Kalo susah sangat aku beli je color universal. Jantan betina boleh pakai. 

Time anak bujang itu hari aku pi scan kat klinik Umra Shah Alam. Yang ni maybe sana jugak kot. Malas la nak mencari klinik lain lagi. Kalau ada pon, for sure doc suruh buat appointment time weekdays. Tu takpa, tgk nanti camaner. Sebab before ni aku dah aim satu klinik kat shah alam gak. Sebab baca review ramai mommies kata situ best. Doc dia friendly and soft spoken. So akan dipertimbangkan. Balik kena bincang dengan daddy. Kang aku memandai set appointment sat gi dia tak setuju kang naiya je. Hahaha. Maklumla, adat orang laki bini ni kena la tolak ansur. 
Eceh.

Haish-- 
Lately ni suka sangat aku kena pedih ulu hati. Tension betul. Angin tak lepas kat tekak. Bergelen air masak aku minum nak kasi sendawa kesudahnya membese je lebih. Tak suka. Lagi lagi nurse dah suruh aku start makan iron tablets 2 biji. Aaaa sangat tak sedap baunya sampai ke tekak uolls. Ohh memang kalau checkup kat klinik gov dia akan bagi bebanyak pill. Tapi kalau uolls beli kat farmasi luar, memadai beli obimin je. Sama khasiat macam vitamin yang kkia bagi tu. Tapi hazabedah la sebab obimin tu besau. Dulu ada beli then makan sepapan je. Pastu buang sebab tiap kali makan, tiap kali la muntah walaupon masa tu dah lebih 5 bulan. So lain orang lain ragamnya. Maka aku tak seswai dgn obimin. T__T

Eh apa kemelalut ni. Hajat dihati nak cerita pasal scan. Ni dah ke ubat apa dah. Tengoklah, next week aku try call klinik utk set appointment. Taknak lah lambat sangat kang nanti baby dah besar dlm porot, susah nak tengok muka gebu gebas dia. Tetiba teringat time aqif dulu. Masa scan 4d, kemain nampak pipi tembam tembam. Bila delivery, sah susu cap teko. Sejibik muka dalam gambar. Hihihihi.







No comments: