life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, January 29, 2014

Scan@KKIA : Air ketuban kurang??

Actually scan kat kkia patutnya buat 14/1, tapi memandangkan tarikh tu jatuh public holiday, maka postpone ke semalam (28/1). Alasan doc, slot utk scan dah penuh. So semalam pegi lone ranger. Daddy ada job pagi tu takleh nak teman.

Guess what?
Kau orang tahu lah aku dengan doc yang kat kkia tu kan pernah ada sejarah. Suka kau je nak anti padahal dia la yang check up kau bulan bulan. Kahkahkah. Scan punya scan aku saja ringan mulut tanya nampak tak jantina baby, condition cemana, blablabla. Sajaaaa nak peramah bagai. Lepas ni dah tak jumpa dah kan. Nak dijadikan cerita, doc cakap air ketuban aku agak sedikit kurang. Dalam 6.3 macam tu. Normal untuk trimester ke-3 ni 8cm keatas. Macam tu lah kiraannya aku pon bukan reti sangat. Doc terus buat surat refer ke ppum (sebab aku pi booking kat ppum). Suruh aku jam tu gak follow up kat ppum. Dia cakap bahaya la apa la itu la ini la buat aku cuak. Serius weh, kau cakap kalau air ketuban kurang nnt baby boleh meninggal dalam perut, baby tak normal etc ibu mana tak susah hati. Dah aku tak keruan gitu.

Tapi, disebabkan tak berfikir dengan waras, aku tak pegi pon ppum. Boleh? 

First, sebab aku takuit nnt kena warded. Iolls tak ready. Tiba tiba pulak. Then macam aaaaa, kenapa? bukan aku dah minum air banyak ke. Cuma yelah, air kelapa muda tak amalkan lagi. Tu je.

Lepas tu stress, terus melantak BK, kemudian nampak JB ada sale. Terus rembat seketul dua. Hahahaha. Dasar tak boleh ada masalah langsung. Sambil tenangkan fikiran aku call daddy nak luahkan perasaan. Solution, the next day baru pegi follow up. Tak yah pening kepala nak berebut. Lagipun aku kena masuk ofis. Tak sedap la asyik kauuu je yang selalu off. Kang orang menyampah dalam diam tak pasal.

Yummeh. Campak mana pon, lone ranger aku okayyy. Tak yah susah ikut vontot orang. Ahaks.

Lepas tu habiskan duit. Kemudian menyesal. Hihihi. Jangan contohi aku ok.

So hari ni pegi. Settle dengan nurse cakap iolls ada surat refer dari kkia. Terus diberinya aku appointment utk buat another scanning. Kali ni mungkin dia nak kasi confirm yang betul ke tidak air ketuban aku tu kurang. Eleh, bagi tarikh pon next week. Beriya doc kkia update aku tanya dah pegi ppum ke belum dah pegi ke belum. 3-4 kali jugak lah call. Concern sangat lettew padahal dia takut aku tak pegi pastu salahkan dia lak. Kahkahkah. Yelah, iolls tahu. Bukan iolls tak nak pegi ppum semalam. Tapi sebab kekangan masa, plus fikiran tak waras pastu dengan keseorangan.

Ni lepas urusan kat ppum aku terus cabut balik. Dah inform kat ofismate yang hari ni el. Rehat la weh, This week aku dua hari keje pagi-malam berterusan. Sampai rasa rindu lak kat anak bujang. Apa taknya, pagi pukul 715 dah hantar, balik ambik pukul 5 then after maghrib aku pegi keje balik. Dah tak terurus dah rumah tu aku rasa. So hari ni cadang nak rest kan badan. Nak minum banyak2, nak kasi air ketuban tu banyak balik. So malam tadi dah suruh daddy belikan air kelapa muda dan kalau boleh nak amalkan hari hari dari sekarang.

Itulah, dalam dok jaga benda benda lain, tak perasan lak air ketuban boleh kurang. Puas aku maintainkan hb, berat badan and amalkan makan benda2 berkhasiat masa mengandung ni, alih2 air ketuban jugak yang jadik mangsa. Wakakaka. Dah nak jadik kan. Sabau jela. So misi sampai bersalin, kena maintainkan air ketuban. Lagipun ahad ni aku nak pi scan 3d4d. Maka kenalah jaga kesihatan.


Oh ya ni la gambaran latest daku. Pipi kembang kembung kan. T__T nangesss. Takpela, iolls dah 30weeks pon. Tak koser nak melawa. Apa yang ada je la.






No comments: