life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, January 15, 2014

Set bersalin pilihan anda

Aaaaa. Baru 28 weeks tetiba dah meroyan nak cari set bersalin. Gila cepat hahahaha. Actually aku sedang survey je. Sebab nanti senang (Ewah keja nak senangggg je). Macam ni baru lah particular. Tak gitu.

Dulu, masa aqif aku pakai set amway tropical herbs. Bagus. Tapi masa tu aqif jaundice, maka kejap pakai kejap tinggal. Lama lama lupa. Hahahaha. Paling best dia punya baby oil. Tak tahu kenapa, aku jatuh chenta. Mungkin sebab bau dia wangi (tak macam minyak yuyi) dan semestinya ada logo halal. Cewahh. Eh betul, sampai sekarang aku masih order yang loose walaupun harga dia a lil bit mahal. ;p



So untuk berpantang anak ke-2 ni rasa nak ubah angin pulak. Nak try set berpantang yg lain. Anyone???? Aku dah jenuh survey ni. Macam nak amik set tanamera. Ada member geng susuk pernah try. Dia kata ok and more macam spa punya items.  Then ada vco lagi. Tapi masalahnya ok ke? Bukan masa berpantang kena makan jamu jamu ke? Halaaaa, pening aaa. Dan yang ni takde baby oil. Kena beli sendiri. Oi sedih. Banyak minyak pati gitu. Kok rajin nak lumur, sebab iolls ni rajin makan. Hahahaha. Kemudian, harga dia boleh tahan le mahal jugek dalam RM350. Hoi.


Lepas tu aku baca ramai gak yang suggest amik set berpantang dari shaklee. Yang ni tak silap aku more to supplement and multivitamins (kalau salah betulkan aku ye). Jamu jamu takde. Untuk yang nak bf anak start dari masa berpantang sangat lah sesuai. Hari tu aku ada beli esp, alfalfa dan lechitin. Memang la ok. Tapi multivitamins je la. Bukan fungsinya macam jamu tu ye. Ke takpe? Sebab kalau makan jamu pon kena start dua minggu selepas bersalin. Tu pon kalauuuu baby tak jaundice. Kalau ada jaundice alamat lambat sikit la kena makan. Tu pon kena hati hati sebab takut baby panas. Arghhh. Pening kuasa dua.


So mana satu ni?

Boleh tak aku nak amik loose sahaja shaklee ni? Tak nak beli banyak banyak. Itu nak beli, ini nak beli. Makannya kelaut jugak. Dah tahu dah. Teringat masa berpantang aqif dulu. Param pilis semua tu ada la beberapa minggu je pakai. Pastu hancur. Sebab utama, renyah. Kau bf anak. Nanti melekat semua kat anak. Dah la time berpantang badan hazabedah panas, berlengas bagai. Maklumlah, anak pertama, takde experience. The end, tinggal terkontang kanting. Maka kali ni toksah membazir. Beli mana yang badan perlukan je okay?

Marilah pening bersama sama. Tak aci aku sorang je yang pening. Badan ni nak pakai lama. Dah masuk anak kedua ni kena la berjaga jaga sikit. Kang laki kompelin susah pulak. Hiks. Yang pasti, misi berpantang 100 hari tatap diteruskan. Walauponnnn. Hahahahahaha.

Kbai!






1 comment:

Ct Edzreena said...

Assalamualaikum sis,
Saya ada menjual set bersalin...Amway, Shaklee & NR...

If nak loose item pun ada...if nak yg rempah mandian, rempah ratus tangas pun ada.... boleh roger2 yea...tq...