life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, January 01, 2014

Throwback Wonderful 2013

Banyak sangat momen indah sepanjang tahun 2013. Kalau nak ikutkan tak cukup page nak share. Kang kau orang bosan pulak. Dah bosan lalu muntah. KAHKAH. Ok kalini aku nak imbas balik apa yang jadi sepanjang januari sampai lah disember tu. Manalah tahu sambil mengimbau kenangan aku boleh create azam baru utk tahun baru ni pulak. Ops before terlupa, ada yg aku cerita kat blog dan ada yg aku tak cerita.

Lets' start bebeh!

January 2013

@ me turns 27 yeayy! Tak boleh nak percaya sikit lagi nak masuk 3 series. Aku lupa daddy bawak celebrate kat mana (ke tak celebrate, HAHA) tapi yang pastinya dapat present jam tangan yang mahal oi! Thanks daddy!  Muahh.
@ Surprise celebrate belated and in advance birthday party lah konon bersama geng susuk at Full House. Aku ngan ameer birthday sama bulan maka kena buat sekali jalan. Thanks korang. Shower bath and body scrub tu wangiiii!
@ Aqif Zaumar start meniarap. Suka sangat. Step by step. Dan dah officially reject direct feeding dgn umi dia. Sobs. Botol lebih umphh dari nipple umi ye. Okah!
@ Daddy fly to Guangzhou.
@ Bro-in-law kepada daddy passed away. Sudden heart attack. Al-Fatihah.
@ Start minum milk booster ESP by Shaklee. Saja try sebab feedback orang kata best.

February 2012

@ Me struggle exclusive pumping mommy! Bersengkang mata nak cukupkan stock ebm. 
@ Aktiviti tak banyak that month sebab aku tengah dok setup lagi masa utk anak, daddy dan juga keja.

March 2013

@ Happy 28th birthday daddy! Bawak pegi makan je. Pun lupa ingatan gak kat mana aku bawak. Hihihi. Teruk betul umi sorang ni. Tahu la urat dah putus dua. Tapi aku buatkan home made choc cake hokkay.
@ 1st hornymadu in 2013 at Port Dickson jer. Sekali dengan geng susuk. Lepak-ing, chatting, bbq-ing. Susah nak kumpul a complete set of geng susuk ni. Sekali dah ketemu hah kau retak dinding.
@ Aqif officially start with solid food. Aku buatkan puree etcs. Rajin kan umi muda sorang ni. :)

April 2013

@Still struggle buat stock ebm for anak bujang. Gigih sebab dari awal dah niat nak susukan sampai dia umur 2 years!
@ Anak bujang first time demam. Umi daddy cuak lebih. Anak nak membesar kot. Lepas je demam dah pandai pegang botol susu sendirik. Good job sayang.
@ Aqif start makan porridge. Makan solid food segala. Alhamdulillah selera dia kuat.

Mei 2013

@ Happy our 2nd wedding anniversary! Tak sedar dah masuk dua tahun. Banyak yang perlu dipelajari lagi. Oh btw tak pegi celebrate mana mana pon sebab kekangan masa. And i'm ok. 
@ PRU13. Sangat lah busy sebab kena standby.
@ Gambar i masuk magazine uuu!! Tapi gambar masa pregnant kan si aqif dulu. Hoi gems tahu! Hehehe magazine for staff rtm je.
@ Got my own bike. Tapi tak berani nak pi riding pegi keja balik keja.

June 2013

@ Aqif start naik walker. Tu pun masa nak beli masih lagi dalam pertimbangan kami laki bini. Sebab kalau boleh tak nak aqif naik walker terlalu awal.
@ Celebrate belated birthday daddy dan sorang lagi geng susuk. Oh kita orang memang macam tu. Kalau dalam satu bulan ada dua tiga orang punya birthday, wajib celebrate berjemaah. KAHKAH. Bukan apa, nak jimatkan kos satu. Lagi kau orang ingat senang nak kumpul reramai? Haishh. Payah. Kita orang ni keja busy kalah menteri gitu.
@ Join Festival Belia Putrajaya. Saja jalan amik angin sambil bawak anak bujang.
@ Anak bujang start tumbuh gigi yang pertama. Hoyehhh!!
@ Aqiqah and cukur jambul anak bujang. Dan besar baru nak bercukur ke dik. HAHAHA. Jadilah daripada takde dan alhamdulillah semua berjalan lancar.
@ First time my period datang setelah sekian lama tak hadhir. Terkejut jugak.

Julai 2013

@ Aqif fully botaks like abam dom F&F. Comelss. Kagum dengan anak sendirik ;p
@ Aku still breastfeed aqif and STILL ep mommy. Gigih tahu.
@ Puasa uolls. Struggle gegila sebab stock susu merundum.
@ Fisrt ever di tahun ni aku demam/batuk/sakit tekak. Pakej. Nasib dapat daddy yang memahami. 
@ Iftar Ramadhan kat Maeps Serdang with geng susuk yang tak cukup korum.

Ogos 2013

@ Bulan raya. Tapi tahun ni raya di SA. Wuwuwu. Eh balik BP dan muar jugak. Nasib dapat merasa beriani marbeles. 
@ Aqif dah dapat kaki. Yeayyy!! Nak jalan lettew. Suka sangat tengok dia.
@ Guess what? I'm PREGNANT again!

September 2013

@ Aqif 1st birthday. Umi daddy kiss kiss. Tapi bila tengok awak saat tu terus nangis. Sebab kenangkan awak dah nak ada adik. T__T
@ Start buat buku pink at kkia bangsar for my second pregnancy.
@ Start balik main sudoku.
@ Bulan yang banyak dugaan. Emosi terganggu. Pembawakan budak mungkin. Hanya aku je yang tahu.
@ First time bawak anak bujang jalan kat park. Saja nak bagi dia berlatih jalan banyak lagi. Bior kaki awak kuat.

Oktober 2013

@ Mabuk yang tak berapa nak mabuk. Tapi ada lah mabuk jugak. Letih woi. Rasa nak tikam diri sendiri.
@ Fil naik haji. Hantar dia orang kat Kompleks Kelana Jaya. Gagah kan diri walaupun condition badan tak berapa nak okay.
@ Cuti panjang balik sban sebab pengasuh warded plus daddy outstation. Heaven.
@ Port Dickson 2nd hornymoon. With geng susuk jugak dan tak cukup korum. Wakakaka. Apada, asyik PD, PD saja.
@ Aidiladha without fil. Sedih sebab takde lauk best di hari raya. Wakaka.
@ Im bleeding. Seram uolls. But nothing happen. Sebab letih kot.
@ Daddy's family day at Sunway Lagoon. Tak sedor diri baru lepas bleeding pon kau berjimba lagi ye.

November 2013

@ Mabuk dah takde dah. Diri semakin stabil. Aku suka sebab selera makan dah ok. Badan pon dah tak berangin macam early pregnancy. 
@ Perangai perempuan pembawakan budak menjadi jadi. Siap bawak balik rumah lagi. Sedih dengan diri sendiri.
@ Daddy banyak pegi outstation. Me is sedih sebab keterpaksaan jaga anak bujang yang tengah lasak keseorangan dengan nak jaga diri sendiri lagi.
@ Fil balik haji.
@ Baru terkedek kedek nak setup balik nuffnang ads. Macam hawau je.
@ Terpaksa berpisah dengan anak bujang 3-4 days. Sedih sangat. First time ever. Memalam nangis sambil peluk bantal polok dia. Saiko.
@ Proses beli rumah settled! Alhamdulillah. Now tunggu rumah siap. Hope everything is gonna be alright.

December 2013

@ Genap 7 years berkhidmat di sektor awam.
@ Terminate insurance GE.
@ Busy dengan list barang baby.
@ Sayonara waja garang. In memories 2008 - 2013.
@ Have a new family member. Alhamdulillah. Rezeki kami sekeluarga.


Rasanya tu je yang big issued. Overall semua dah tak macam dulu sebab dah tambah bilangan ahli keluarga. Kuikuikui. Aku masih lagi dalam proses membiasakan diri dengan anak. Ni kan pulak nak masuk anak ke-2. Still. Percayalah. Semoga tahun 2014 hidup kami anak beranak semakin bahagia, dilimpah kurniakan lagi rezeki dan semua yang baik baik lah yang aku harapkan.

Goodbye 2013, Welcome 2014.
Please be kind to us!

xoxo.






No comments: