life is beautiful

life is beautiful

Thursday, February 27, 2014

Bedung

Baru baru ni ada isu kat fb orang dok share video/gamba ig pasal baby dibedung kat taska. Jap eh aku google gamba.
Tak silap aku natasha hudson yang post gamba ni. Eh jap. Bendung ikat macam tu aku rasa biasa kot. Hehehe ke aku yg bunguk ke cemana ni. Tapi ada nasik tambah kata bukan setakat dibedungnya lagi, malah mulut diselotape taknak kasi baby menangis. Eh. Betul ke.

Kalau macam tu tak patut la sebab apa kes nak tampal selotape kan. Pengasuh kat taska tu pemalash ke apa. Tapi bab bedung aku macam tak setuju sangat la sebab,

Tadaaaa.
Aqif dari dalam pantang memang hazab nak membedung dia. Ko bedung cemana pon tatap tangan nak kelua. Pernah aku saja bedung kaw kaw kekdahnya dia menangis sampai merah muka. Tu pasal lah masa dalam pantang tido tak lena. Kejap kejap dah bangun. Yg sakit jiwanya aku la. Baru je nak rehat tido sebarang dua, dahhh dia dah bangun dah. Tak jadi keja koo. So dalam pantang memang takde la bedung yg proper. Bedung gitu asalkan awak tak kesejukan.

But bila start hantar ke rumah mak dia, tu kauorang tengok lah kemain cantik mak dia bedung. Tak cukup dgn napkin, kain batik aku bekalkan. Sebab aqif umur dalam 7-8 bulan pun still tido nak berbedung. Tido toksah cakap, kemain lena. So aku tak setuju la kalau kauorang kata bedung tu tak elok. 

Bagi aku, budak pakai bedung tido dia sangat lena. Contoh, anak aku. So pengasuh ni senang la sikit. Takde la nnt budak tu tak puas tido. Budak, tak puas tido kan ke nangis. Ke anak kauorang bukan spesis macam tu. Kalau bukan, bagus la. Senang jaga ye tak.

Kelua jalan tido pon siap nak berbedung. Bukan nak kasi lemas, tapi dia yg selesa begitu. So kita ikut jela. Lagipon takde la dia terkejut kejut. Paham.
Seee, sampai terburai bedungan itu. Time ni dah lasak sangat anak den. Stail aku, time nak tido bedung, bila dia dah tido lena boleh la bukak. Ni utk tido malam la kekdahnya. Kadang tido tghari pon sama, sebab cuaca panas so aku leraikan la. Bagi dia bernafas sikit. Ikut kesesuaian.


Tido dalam bedungan baby feel like dia macam dalam rahim. Selamat gitu. Secara tak langsung takde la dia terkejut kejut. Aqif, telinga lintah. Dulu masa dia baby, pantang kau bukak pintu depan berbunyi sikit terus dia jaga. Adik adik aku bukan makan saman (masa tu). Kelua masuk kelua masuk. Ikut sedap rasa. Aku yg stress sebab time tu tido memang kat hall. Dengan tv lagi. Bunyi kipas, mak den masak lagi. Dah la aqif tak nak berbedung, so memang tido tak lena. Bukan dia je, dengan aku aku sekali. Aaaa stress tahu.

Jadinya, aku paham la perasaan pengasuh pengasuh itu. lagi satu, baby kecik 3-4 bulan kan memang kena bedung. Ke tak? Haihh--

Masing masing la noks. Anak kauorang. Janji bahagia sudah la. Tapi aku setuju je sebab seronok tgk baby tido dengan lena. Muka dia tu. Hahahaha. Halussss~






Monday, February 24, 2014

Farm in the City @ Seri Kembangan

Kelas kan ada pets zoo ditengah tengah bandor. Hahaha. Gila tak kelas. Ini sebab dapat free voucher je kalo tak jangan harap lah. Tu zoo negara pon belum dibawanya anak bujang lagi. Actually, email pasal redeem voucher ni dah lama dah cuma kitaorang bebudak ofis je baru hegeh hegeh. Nak buat camaner, derr email jabatan memang sebulan sekali je kot nak log in. Takde kepentingan. Maklumla iolls bukan boss nak kena update email sejam sekali.

Ehh ape kemelalut nih. Sambung balik.

Nak masuk sini kalau guna mykad, adult saja dah RM30. Kot? Lupa nak snap pic. Tapi ada pakej, 2 adults+2 kids dalam seratus lebih gitu. Dapat foc vitagen buat hilang haus. So sebab guna voucher maka kami anak beranak masuk free. Best tak? Best tak? Meh sini layan gamba dulu.

 Bird...
Ayam...
Bird...
Ayam la nakk.
Ok yang sini aku lalu sambil pejam mata. Pasal apa? Pasal ada ulaqqqq.
Derr, tengah pregnant ni kan. Maka pandangan mata kena lah tapis tapis jugak.
Plus haku memang penggeli benda melingkau ni.
Eeeuuiiii, yang kat atas cermin kaca tu pon dia ada.
Seram uolls.
Nak pegang tapi pentakut. Daddy pulak penggeli. Aaaaa.
Ni baru lah bird yang sebenar. Yg kat atas tadi tu ayam.
Kan umi dah cakap, ayammmm.
 Ni pembuli oi. Kemain dia buli merbuk tu. Eh merbuk ke? Hahaha
Hantam saja lah labuu.
Aku memang suka amik gamba view from back side daddy dan aqif.
Teghase sesuatu disitu. Like family bonding sangat. Berpimpin tangan.
Dua dua botaks, dua dua kaki melangkah sama.
Tak ke sesuatu tu. Kahkahkah. 
Motif umi kau ni.
Apa daaaa, pentakut.
Yang macam parit ni sebenarnya uolls boleh tangkap ikan.
Tak tau la ikan ape. Ikan bandaraya kot. Tak pon ikan guppy. Ahh entah.
Terhingat jaman kanak kanak ribena. Dok tangkap ikan kat longkang.
Padahal kan tu bukan ikan, tu beruduuu. Aaaaaaaa geli.
Comels rasa nak picit picit. Tapi anak bujang iolls tak hingin pon nk pegang.
Dia dah bosan kot kat rumah mak dia kan ada rabbit.
Budak ni sebenarnya tak cukup tido. Elok fefeling tido dlm keta, umi kejut suruh bangun.
Terus emosi. Muka nak ketat. Pastu nak berdukung je. Nasib dpt snap gamba masa comels.
Kauorang tak tengok pulak masa dia mengamuk.
Motip sangat tengok air terejun tu. Nak mandi lettew.
Iye, budak kan suka air.
Dasar pemalash. Tido je kejanya. Dia tak tahu ke ramai visitor ni.
Umi sorok perot. Hahaha. Malulah iolls. Perut dah makin over.
Tang pusat tu takleh nak buat apa dah.
Happy family sangat.

So far nak kata best tu, bagi aku biasa je. Bebudak best la kot. Sebab boleh feed binatang sendiri. Boleh tunggang pony. Boleh macam macam lah. Tapi sini takde ghimau. Like a small zoo for kids. Pun tempat nya takdelah luas mcm zoo negara. Kira gagah lah lagi aku yg mak buyung ni nak tawaf. Cuma skrg cuaca panas kan. Kalau nak pegi aku suggest pegi pagi. Weekends/PublicHoliday/School Holiday jam 0930 dah open dah. So serbu lah weii. 

FITC ni betul betul kat belakang giant seri kembangan. Entrance dia macam bangunan tinggal pon ada. Memula confuse acik haaa. Ingatkan sesat tadi. Kahkahkah. Kauorang jalan depan sikit ada building baru. Nama dia Atmosphere. Boleh tangkap gamba 3D. Tapi aku tak singgah. Sebab cuaca panas hazabedah. Iolls kan puteri lilin. Hiks.
Gini ahh artsphere@atmosphere. Ni ofismate aku. Diaorang sempat menyinggah. Shooting gamba pre-wedding pon cantik gak ni. Art sangat. Asyik asyik gamba kat tasik, kat putrajaya. Ahh bosan. So sesekali tukar angin. Seri kembangan pon dah maju. Dulu masa aku tgh cari rumah kat area sana masih under construction lagi. Sekarangggg, aaa jammed sana sini. Cannot go.

Eh tu jelah aktiviti minggu lepas. Sabtu ahad penuh jadual. Takpela, saja habiskan masa dengan anak bujang. Later nak bawak pi mandi manda pulak. Tapi tak tahunya bila.






Thursday, February 20, 2014

Ragam anak

Aku tak tahu la lately ni anak bujang sorang tu asyik nak mengamuk je. Pantang ada yg tak kena kat mata dia cepat je nak mengamuk. Yelah, aku as a parent mesti ada tahap kesabaran. Kadang tu sampai dah uji keimanan tapi takde lah sampai nak pukul bagai. Sepuk manja gitu.

Ngape eh?

Paling ketara sekali bila malam masa nak tido. Ada jeee dia make a point ajak gaduh dgn umi daddy. Pastu nangis. Pastu yg tak boleh belah sekali siap hantuk kepala kat lantai/dinding. Dia acah saja tapi ada satu ketika tu terkuat pastu nangis. Dah salah sendiri kan. Hati tu masa balik semban lagi lah hoi. Dah kat sana mmg keja dia suka round naik moto. Malam sabtu ahad tu boleh pulak buat hal memalam nak naik moto jugak ajak ronda. Aku lagi lah berapi dah pukul berapa lak kan. Tak bagi, mengamukkkk. Nangis macam nak tercabut anak tekak. Atok dia pon melayan. Bagi lagi naik moto. Pastu dah naik moto tak puas hati, naik keta lak. Dah nak terlelap dlm keta, bawak masuk rumah. Pastu nangis. Aaaaaaaa.

Why? Why lah anak??

Kau orang faham tak org mengandung ni badan boleh tahan panas woi. Nak nak cuaca sekarang boleh mengundang panas lak dlm hati. Dengan anak bujang lg yg mengamuk sakan. The end, dia tido sambil berdukung dgn atok dia. Same like last night. Cari pasal. Pastu nangis. Selalu lepas dinner, kena tukar baju tido yg baru nak bagi dia selesa. Boleh pulak buat hal, tak nak pakai pampers, seluar baju bagai. Pastu nangis. Tak bagi masuk bilik air, nangis jugak. Hello, dah malam kot nak mandi manda. Pujuk suruh pakai selua boleh dia campak remote astro kena bibir umi dia. Aku apatah lagi, panas dlm hati. Nak ku sepuk, anak sendiri. Tapi kena lah jugak babap kat punggung. Daddy pon dah tak tau nk buat apa dah. Nak kata kita org ada marah dia, cannot. Kot dia ada teghase hati, pon tak tahu la.

Mak aku ada sound, biasa lah budak. Nak nak umi dia tgh ngandung skrg ni. Ada lah tu yg tak berkenan kat hati dia. Kita mana tahu. Dia budak baru umur setahun setengah. Akal pon takde. Nyawa dia pon terletak kat tangan kita. Wuwuwuwu T__T Sekali setepek aku kena.

Aku panas hati bukan apa, aku panas sebab takde angin takde ribut, tetiba nak mengamuk. Pantang tak dpt apa yg dia nak, terusssss, nangis mcm hape. Malam tadi, boleh pulak pukul 1pagi dia nangis tak tahu tetiba. Tido nak berdukung. Mampu? Pulak tu dah ckp anak daddy kan, mencari daddy je. Dengan aku taknak. Daddy tu melayan kejap oklah, ni kalau dah sampai nak tido berdukung sejam dua letih baq hang. So bergilir. Aku sampai dukung dia sambil sandar kat dinding sambil dodoi sampai dia tido.

Pengorbanan.

Yes. Tahu tu. Tapi dengan keadaan sekarang aku rasa agak kehilangan kesabaran lak. Rasa nak picit picit je. Nasib comel. Bukan takde amalkan petua petua yg selalu aku baca kat fb tu. Ada. Cuma yelah. Mungkin ada satu tahap tu, budak memang macam tu. Satu ketika dia baik sangat. Satu ketika kita yg mak bapak ni ada masa letih. Maka jadi hilang sabar. Aku tak nak lah jadi macam tu. Selagi ada daya aku taknak la marah marah dia. Kesian. Aku cuma terfikir, dekat rumah mak dia bagaimanakah? Kalau dia mengamuk, kena pukul kah? T__T

Anak bujang umi daddy.

Awak kena marah, bukan sebab umi daddy tak sayang. Umi daddy sayang sangat dengan awak. Awak bakal jadi contoh utk adik adik awak. Umi babap, bermakna umi nak bagi awak lesson. Umi marah awak hantuk kepala kat dinding sebab umi takut awak sakit. Nanti bengkak berdarah. Umi tak suka tengok awak nangis mengamuk sebab kalau awak buat begitu nnt umi akan ada perasaan marah kat awak.

Awak tahu tak,
anak pertama adalah anak yg dinanti. Sedih umi kalau awak selalu begini. Rasa macam umi tak pandai didik awak je. Walaupun awak masih kecik. Tapi umi tahu, awak anak yg bijak. Insyaa allah.


Umi cuba layan awak sebaik mungkin.






Tuesday, February 18, 2014

Catatan-dari-wad-bersalin

catatat-dari-wad-bersalin

Klik dan baca lah weh. Ni aku dapat dr facebook. Kemudian aku takut aku lupa so aku tepek sini. Aaaaaa. Begitu lah antara pengalaman aku time bersalin aqif dulu. Tapi daddy je takde sebab ppum tak kasi mr.hubster masuk labor room. Kiranya incik suami empunya blog tu teror la sebab tak pengsan tengok darah melambak. Tak cuak bila bini dia dah start contraction. Good job.

Dulu masa aku tgh bertarung nyawa, daddy kena duduk bawah. Kalau tak duduk bawah, dia dok kat luar lb. Tu pun kejap kejap. Sebab bosan kot. Daddy cerita masa aku kat dalam lb tu, dia siap balik rumah lagi (maklumla rumah dekat) tapi dah balik rumah hati tatap risau gak so macam tak berbaloi balik rumah. Balik just mandi, makan, rehat jap then pegi balik. Iolls kan masuk lb 0900, jam 1700 baru start nak push bagai. 1750 aqif zaumar pon lahir kedunia. Hiks. So bayangkan la berapa lama tu nak menunggu. Fil siap datang tengahari pastu balik SA balik sebab menunggu lama menantu dia ni tak beranak ranak.

Well, nama je nak masuk anak kedua tapi aku tak sure ingat lagi ke tak sakit bersalin tu cemana. Wahahaha. Mengada kan. Alah, tak reti la weh nak describe. Sebab orang kata setiap anak sakit lain lain. Betul la kot. So aku redha jela. Kalau Allah tu nak bagi aku sakit yang teruk, aku tadah je. Kalau dipermudahkan, Alhamdulillah. Maka aku harap aku bersalin secara normal, mudah dan selamat lah hendaknya ye. Doa tu yang penting. Bukan doa dari kita saja, dari suami (especially) mak, bapak, kawan kawan.


Aaaaa, ngeri tak? ngeri tak?

Aku yang tengok ni pon dah terbayang dah. Haaa gitu la bukaan kat bawah tu ghupa eh. Selalu kalau dah 5cm, dah boleh masuk lb. Then tunggu bukak sampai 10cm. Dah ada gesaan dr baby baru la kau orang boleh push. Wahh gitu. Seingat aku, time nak push aku siap tergelak gelak lagi sebab teran panjanggg kot tapi doc cakap tak cukup panjang lagi. Terannnnn. Kahkahkah. Dah takde tenaga koo. Tulah, sakit beranak ni dikatakan sakit yang kedua paling sakit selepas sakit nak mati. Yang ketiga pulak sakit gigi. Eh? Apa kena mengena ni.

Tu yang kadang kadang tengok muka anak, terhingat masa sakit bersalin kan dia. Selalu kalau daddy hilang sabau ngan anak bujang aku siap back up nangis nangis lagi sambil berkata, umi beranak kan aqif sakit tau. Touching nak lebih. Tak paham aku. Patut la mak mak ni cepat sangat nak kecik hati kalau anak dia diperkotak katik kan oleh orang lain. Sakit nak melahirkan tu satu, abis sakit pening masa kita mengandungkan dia tu tak fikir lak kan. Melayan muntah bagai lagi. Haa tuh dia dah membebel dah.

Macam sekarang ni, aku tak sure la aqif ni dah pandai kecik hati ke apa. Dah pandai mengamuk. Pastu mengamuk bukan main hebat. Siap nak hentak kepala kat dinding or lantai. Ko dah kenapa anak? Umi and daddy awak walaupun adik dah kelua nanti tatap sayang awak jugak ok. Tu yg selalu aku titipkan kat telinga dia kasi dia ingat kalau time dia mengamuk. Aku ni dah la perut dah besau. Tak terlarat dah nak melayan. Ke sebab jantina dalam perut ni sama cam dia so dia ada sikit jeles. Ke cemana tu? Confuse.

Haihh--






Thursday, February 13, 2014

Mengidam

Yang berbaju oren tu somi saya.
Walaupon dia macam agak garang, eh garang ke? Bukan.
Walaupon dia agak tegas sedikit, tapi saya ok.

Macam tadi,
sebenarnya dari semalam dah terhingin sangat nak subway.
Tapi sebab semalam dia tak sihat, badan dedor dedor, pening, badan berangin,
maka dia tak dapat nak melayan tekak saya.
Saya dah mention hari ni kalau balik awal tapau kan subway eh.
Takde lah mengharap sangat sebab saya tahu nanti dia terkejar kejar nak balik rumah.
Nak amik anak. Nak rehat.
Maklumlah, dia work bukan macam bini dia.
T__T

Nak jadi cerita,
kat area sini ada berlaku satu kebakaran.
Jalan jammed, tapi dia gagah jugak pegi beli.
Kemudian datang hantar kat ofis.

Mungkin sebab dia takut saya kempunan sebab tu gigih jugak pegi runner walaupun agak rushing.
Well, nak nangis ni.
Begini kasih suami saya terhadap isteri dia yeah?
Tiba tiba rasa macam aaaaa susahkan awak je.






Rumah untuk disewa

Eh, hello.
Anyone yang sedang mencari rumah utk disewa kat area semenyih sila lah klik sini ye,

Semenyih Hillpark Phase 2

Rumah baru uolls.
Dah lah baru, persekitaran menarik lak tu.
Sebab area semenyih dah ada macam macam. :)
Tesco ada, McD, Kfc, kawasan perumahan pon dah banyak yang naik.
Akses highway dekat, nak pi kajang, kl, seremban ahh semua dekat lah.
Rate sewa pon berpatutan. Tak rugi.
Tapi kalau boleh nak penyewa muslim. Berkeluarga or bujang tak kisah.
Janji pandai jaga ghete orang dan pembersih.

Iolls kalau dah dapat transfer ke kajang confirm sewa je rumah ni.
Tapi tulah, masalahnya. Belum ada rezeki lagi nak tukar ke kajang.
Sobs.

Deposit 2+1
Deposit api dan air RM500

Kalau boleh kemasukan segera lah ya.

Sila call,
Din 012-2305837


TQ.