life is beautiful

life is beautiful

Monday, February 10, 2014

Amanville, Space U8

Dah kata CNY berkampung di SA, sehari before tido sana kami saja datang melawat kawasan. Actually nak bawak anak bujang main kat sini. Itu pon sebab ternampak schoolmate update kat fb. Wahh, ni tempat baru ni. Harus pegi. Bahaha. Sekarang dah kena pegi tempat yang boleh bawak anak bermain. Maklumla anak bujang iolls dah big. Riang hati dia, riang lagi hati kami umi dan daddy. :)

Amanville, Space U8. 

First time sampai, first time masuk sini. Jakun. Sebab aircond takde, tapi kipas besar ada. Hikhikhik. Open air gitu. Then tak banyak kedai yang bukak ke sebab kita orang pegi time public holiday. Kawasan luas seluas luasnya. Boleh la anak kau orang nak main lumba lari. Naik je escalator terus nampak amanville. Tapi tak singgah terus, kami jalan jalan ukur kawasan dulu. 

Aku tak sure la rates dia berapa sebenarnya sebab kalau dalam website dia harga lain, kami masuk harga lain. Haritu kids below 3y, masuk RM10, mak bapak masuk foc. Kalau takde stokin kena beli RM3. So better bawak stokin sendiri. Boleh drop anak perhour dalam RM30 macam tu. Masuk unlimited, So boleh main sampai lebam. 


Atas bawak kiri kanan semua anak bujang ni explore. Fening iolls nak mengikut. Dia tak tahu ke yang umi dia tengah sarat pregnant sekarang ni. Sambil main sambil berkumandang lagu toddler. Memang awesome sangat lah. Tak rugi tak rugi. Bayaran masuk pon murah. Iolls suka jimat ceremat ni.

Kindergarten sangat tau. Belah sana tempat main toddler, yang belah sini like babies area. Ada soft toys. Ada house playground. Ada kerusi meja comels utk bebudak. Then toilet bersih. Selesa. Tu yang daddy sampai lepak tepi tu tengok anak bujang bermain. Eh sini pon boleh buat birthday party. Rates tak tahu berapa so pegi check website dia okay utk lebih details.

Yang ni kat dalam surau space u8. Kagummmm. Sebab dah macam spa bali kot. Surau luas, bersih, kemas. Ada deruan air kat tepi kiri kanan dinding. Tempat ambil air wudhuk siap ada ciri ciri spa jugak. Batu batu segala. Ada ruang utk bercerminkan diri. Design superb. Seumur hidup, ni la surau yang paling cantik designnya aku penah masuk. Sebab ada deruan air mungkin. Terasa tenang je. :)

Kemudian, lepas solat maghrib bergilir gilir, check out amanville, saja suruh anak bujang main remote car ni pulak. Nak pegi dataran putrajaya memang tak lah sebab jauh. Nak pegi downtown/uptown malas sebab ramai orang. So main je kat sini. Tak ramai orang plus kau boleh pusing keliling mall. Hahahaha. Ok ni lawak. Nasib baik ada banyak kerusi boleh la umi dia duduk sambil makan subway.

Dia dah penat dah time ni so redha je daddy bawak kemana saja. See, kemain luas kan kawasan dia. Nak bergonjeng sakan aku rasa ni boleh sangat. Apatah lagi nak main lumba lari. Mungkin time ni public holiday, cuba pegi time weekdays kalu, confirm ramai kot sebab keliling mall ni banyak office. Ah lantak lah. Aku pegi pon bukan selalu. Lepas ni entah pegi lagi ke tidak. Tapi amanville ni best. Tu je nak cakap. Hihihi.


Meh la singgah. Anak sibuk main, mak ngn apak boleh relaks kat dalam tu. Food pon ada jual. Sebelah amanville ni pulak ada subway. Memang elok sangat lah tu. Nom nom nom.

So lepas ni misi mencari tempat bermain yang lain pulak. Dengar cerita kat seri kembangan ada satu. Yeah?






No comments: