life is beautiful

life is beautiful

Thursday, February 27, 2014

Bedung

Baru baru ni ada isu kat fb orang dok share video/gamba ig pasal baby dibedung kat taska. Jap eh aku google gamba.
Tak silap aku natasha hudson yang post gamba ni. Eh jap. Bendung ikat macam tu aku rasa biasa kot. Hehehe ke aku yg bunguk ke cemana ni. Tapi ada nasik tambah kata bukan setakat dibedungnya lagi, malah mulut diselotape taknak kasi baby menangis. Eh. Betul ke.

Kalau macam tu tak patut la sebab apa kes nak tampal selotape kan. Pengasuh kat taska tu pemalash ke apa. Tapi bab bedung aku macam tak setuju sangat la sebab,

Tadaaaa.
Aqif dari dalam pantang memang hazab nak membedung dia. Ko bedung cemana pon tatap tangan nak kelua. Pernah aku saja bedung kaw kaw kekdahnya dia menangis sampai merah muka. Tu pasal lah masa dalam pantang tido tak lena. Kejap kejap dah bangun. Yg sakit jiwanya aku la. Baru je nak rehat tido sebarang dua, dahhh dia dah bangun dah. Tak jadi keja koo. So dalam pantang memang takde la bedung yg proper. Bedung gitu asalkan awak tak kesejukan.

But bila start hantar ke rumah mak dia, tu kauorang tengok lah kemain cantik mak dia bedung. Tak cukup dgn napkin, kain batik aku bekalkan. Sebab aqif umur dalam 7-8 bulan pun still tido nak berbedung. Tido toksah cakap, kemain lena. So aku tak setuju la kalau kauorang kata bedung tu tak elok. 

Bagi aku, budak pakai bedung tido dia sangat lena. Contoh, anak aku. So pengasuh ni senang la sikit. Takde la nnt budak tu tak puas tido. Budak, tak puas tido kan ke nangis. Ke anak kauorang bukan spesis macam tu. Kalau bukan, bagus la. Senang jaga ye tak.

Kelua jalan tido pon siap nak berbedung. Bukan nak kasi lemas, tapi dia yg selesa begitu. So kita ikut jela. Lagipon takde la dia terkejut kejut. Paham.
Seee, sampai terburai bedungan itu. Time ni dah lasak sangat anak den. Stail aku, time nak tido bedung, bila dia dah tido lena boleh la bukak. Ni utk tido malam la kekdahnya. Kadang tido tghari pon sama, sebab cuaca panas so aku leraikan la. Bagi dia bernafas sikit. Ikut kesesuaian.


Tido dalam bedungan baby feel like dia macam dalam rahim. Selamat gitu. Secara tak langsung takde la dia terkejut kejut. Aqif, telinga lintah. Dulu masa dia baby, pantang kau bukak pintu depan berbunyi sikit terus dia jaga. Adik adik aku bukan makan saman (masa tu). Kelua masuk kelua masuk. Ikut sedap rasa. Aku yg stress sebab time tu tido memang kat hall. Dengan tv lagi. Bunyi kipas, mak den masak lagi. Dah la aqif tak nak berbedung, so memang tido tak lena. Bukan dia je, dengan aku aku sekali. Aaaa stress tahu.

Jadinya, aku paham la perasaan pengasuh pengasuh itu. lagi satu, baby kecik 3-4 bulan kan memang kena bedung. Ke tak? Haihh--

Masing masing la noks. Anak kauorang. Janji bahagia sudah la. Tapi aku setuju je sebab seronok tgk baby tido dengan lena. Muka dia tu. Hahahaha. Halussss~






No comments: