life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, February 18, 2014

Catatan-dari-wad-bersalin

catatat-dari-wad-bersalin

Klik dan baca lah weh. Ni aku dapat dr facebook. Kemudian aku takut aku lupa so aku tepek sini. Aaaaaa. Begitu lah antara pengalaman aku time bersalin aqif dulu. Tapi daddy je takde sebab ppum tak kasi mr.hubster masuk labor room. Kiranya incik suami empunya blog tu teror la sebab tak pengsan tengok darah melambak. Tak cuak bila bini dia dah start contraction. Good job.

Dulu masa aku tgh bertarung nyawa, daddy kena duduk bawah. Kalau tak duduk bawah, dia dok kat luar lb. Tu pun kejap kejap. Sebab bosan kot. Daddy cerita masa aku kat dalam lb tu, dia siap balik rumah lagi (maklumla rumah dekat) tapi dah balik rumah hati tatap risau gak so macam tak berbaloi balik rumah. Balik just mandi, makan, rehat jap then pegi balik. Iolls kan masuk lb 0900, jam 1700 baru start nak push bagai. 1750 aqif zaumar pon lahir kedunia. Hiks. So bayangkan la berapa lama tu nak menunggu. Fil siap datang tengahari pastu balik SA balik sebab menunggu lama menantu dia ni tak beranak ranak.

Well, nama je nak masuk anak kedua tapi aku tak sure ingat lagi ke tak sakit bersalin tu cemana. Wahahaha. Mengada kan. Alah, tak reti la weh nak describe. Sebab orang kata setiap anak sakit lain lain. Betul la kot. So aku redha jela. Kalau Allah tu nak bagi aku sakit yang teruk, aku tadah je. Kalau dipermudahkan, Alhamdulillah. Maka aku harap aku bersalin secara normal, mudah dan selamat lah hendaknya ye. Doa tu yang penting. Bukan doa dari kita saja, dari suami (especially) mak, bapak, kawan kawan.


Aaaaa, ngeri tak? ngeri tak?

Aku yang tengok ni pon dah terbayang dah. Haaa gitu la bukaan kat bawah tu ghupa eh. Selalu kalau dah 5cm, dah boleh masuk lb. Then tunggu bukak sampai 10cm. Dah ada gesaan dr baby baru la kau orang boleh push. Wahh gitu. Seingat aku, time nak push aku siap tergelak gelak lagi sebab teran panjanggg kot tapi doc cakap tak cukup panjang lagi. Terannnnn. Kahkahkah. Dah takde tenaga koo. Tulah, sakit beranak ni dikatakan sakit yang kedua paling sakit selepas sakit nak mati. Yang ketiga pulak sakit gigi. Eh? Apa kena mengena ni.

Tu yang kadang kadang tengok muka anak, terhingat masa sakit bersalin kan dia. Selalu kalau daddy hilang sabau ngan anak bujang aku siap back up nangis nangis lagi sambil berkata, umi beranak kan aqif sakit tau. Touching nak lebih. Tak paham aku. Patut la mak mak ni cepat sangat nak kecik hati kalau anak dia diperkotak katik kan oleh orang lain. Sakit nak melahirkan tu satu, abis sakit pening masa kita mengandungkan dia tu tak fikir lak kan. Melayan muntah bagai lagi. Haa tuh dia dah membebel dah.

Macam sekarang ni, aku tak sure la aqif ni dah pandai kecik hati ke apa. Dah pandai mengamuk. Pastu mengamuk bukan main hebat. Siap nak hentak kepala kat dinding or lantai. Ko dah kenapa anak? Umi and daddy awak walaupun adik dah kelua nanti tatap sayang awak jugak ok. Tu yg selalu aku titipkan kat telinga dia kasi dia ingat kalau time dia mengamuk. Aku ni dah la perut dah besau. Tak terlarat dah nak melayan. Ke sebab jantina dalam perut ni sama cam dia so dia ada sikit jeles. Ke cemana tu? Confuse.

Haihh--






No comments: